..FareWell ParTy..

Hari nie merupakan hari terakhir ketua wad aku berada bersama anak-anak buahnya yang nakal.. Sedey tue memang lah.. sebenarnya berita nie dah seminggu aku dengar..Sengaja aku simpan saja untuk mengelak kesedihan. Pertama kali saat aku menerima sms dari sahabat aku,aku tidak menyangka sama sekali bahawa berita itu memang la sangat teruk.. Jenuh jugak la aku tahan air mata nie, akhirnya jatuh jua.... Herm.. entah la.. dah tak terkeluar kata-kata dari mulut aku nie... walaupun kadang-kadang kelezeran mulut aku nie jelas dan nyata...
Beliau adalah Pn Normala Rosli.. Beliau telah berkhidmat selama 30 ++tahun.. Perwatakannya sangat biasa, 1st time aku daftar dulu,aku risau sebab takut dapat ketua yang Garang... Rupanya memang lah dia garang tapi baik hati... Hari-hari beliau bawa bekal ke tempat kerja, kadang-kadang bawakan makanan untuk anak buahnya.. Pernah tak BOS korang buat macam tue? Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki. Aku antara rakan sekerja yang rapan dengan keluarga beliau. Mana tidaknya, sampai ke JOHOR dia bawa aku jalan-jalan.. Aku akui,walaupun beliau selalu di komplain tentang tugasnya,Namun dia tak pernah nak lepaskan atau tunjukkan marah beliau depan kami sebagai anak buahnya.. Budi beliau memanglah tak dapat kami nak balas. Hanya orang di bawah pimpinan beliau tahu akan keuntungan serta bertuahnya jadi anak buah beliau. Susah sebenarnya kita nak cari ketua yang boleh di bawa berbincang.Tak hiraukan orang lain yang nak mengata padanya...Dia tetap buat yang terbaik untuk anak buahnya. Makin lama aku bercerita,makin sedeh pulak aku rasa...
Hari nie,kami mengadakan satu jamuan perpisahan buat beliau.. tak nak sedey-sedey dah... kami semua terima seadanya. mungkin bagus untuk penambahbaikan selepas ini... Menu utama ialah Nasi Beriani Gam yang di tempah di Kampung Baru,area umah aku... Karemel buatan seniorita aku,aku tolong sponser kordial jer..dan tukang bancuh air..Kami juga menyediakan hadiah berupa jam tangan buat beliau.. Semoga beliau dapat menerima persekitaran baru nanti. begitu jua kami yang akan menerima bos baru... Beberapa keping gambar di ambil sebagai kenangan...
nanti aku upload kay..:)

Comments

Unknown said…
alahai..sdey nyerr
!eNa PnG said…
Alinac..

Sedih tu memang la sedih, tapi terpaksa lepaskan jua..

Popular posts from this blog

Selamat Kembali..

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..