Posts

Showing posts from June, 2013

Rindunya....

Image
Hand Bouquet terbaru June/2013 untuk tempahan sila PM di FB saya TQ... Assalammualaikum wbt.... Selamat berhujung minggu... mudah-mudahan sentiasa berbahagia di samping orang tersayang. Perjalanan hari demi hari makin berat terasa.. Pembelajaran di ikuti dengan ujian yang satu persatu datang dan pergi. Alhamdulillah semuanya beransur baik dan berjaya diharungi.. Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah,kekurangan. Hanya pada DIA yang satu tempat ku bermohon agar dipermudahkan.Benarlah ungkapan "hidup tak sentiasa indah" sebagaimana yang kita harapkan. Jika ini berlaku,kembalilah meneliti hidup ini,tingkatkan ibadah,sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan rahmat yang kita rasai.. Mudah-mudahan sentiasa tenang dan sabar mengharungi liku-liku hidup. Semoga anda semua jua bersemangat tak kira dalam apa jua rintangan. Semoga dipermudahkah Allah SWT.