..i fOlLow U..

Saturday, February 12, 2011

..4 hari tak update..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...


Apa khabar kengkawan? Harap-harap semuanya sehat.. Sekarang nie musim demam dan selesema.. Yang sakit tue,tolong makan ubat,rehat dan cepat sembuh.. Dah 4 hari tak tambah entry.. Maaf yea.. Iena agak sibuk menyiapkan apa yang patut untuk event pada 14.2.2011 nie.. Bukannya nak menyambut hari kekasih tapi nak menyambut majlis perjumpaan semula budak kelas Diploma Kejururawatan 1/2003,Kolej Teknologi Islam Melaka @ singkatannya KTIM.

Pernah dengar tak kolej iena tue? Sekarang dah tukar nama baru tau.. Selama 3 tahun belajar di sana,segala pahit manis,jatuh bangun pembelajaran kami,akhirnya kami lulus semuanya dan bergelar JURURAWAT di serata negeri dan negara.. Alhamdulillah..

Walaupun iena tak selalu menyebut hal ini.. Tapi hari nie,iena dah pun beritahu.. Perjalanan selama lebih kurang 5 tahun berkhidmat sebagai jururawat adalah amat baik.. Tapi ada juga pahitnya.. Biarlah pahit tue iena sorang jea yang telan yea..

Banyak perubahan pada kengkawan seperjuangan antaranya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,berumah tangga, berpindah,berkerja di bumi Arab dan sebagainya.. Nielah masanya kami hendak bertemu kembali setelah 5 tahun..

Owkeh,setakat ini dahulu yea. Nanti sambung kemudian..

Assalammualaikum Wbt..

2 comments:

kakchik@ella said...

pasni rajin-rajin updet eh. hihi

!eNa PnG said...

Kakchik..

Baiklah.. Mekaseh yea..