..i fOlLow U..

Wednesday, June 30, 2010

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..


Tanggal 27 haribulan 6 tahun 2010... hari yang cukup indah sekali gus memanaskan suasana keindahan bumi Melaka... AKU,DD,MUNI serta KAK PIJA ( osmet muni ) memulakan perjalanan kami ke Melaka Bandar Bersejarah... tepat jam 9.30 pagi,kami bertolak dari bandar Putrajaya.. sebabnya.. aku dan DD bermalam di rumah Muni yang terletak di Putrajaya.kami sampai ke Melaka dalam 11.15 pagi... keadaan jalan raya waktu tue agak lancar...kami terus ke kawasan MMU untuk mengambil pemandu pelancong kami iaitu Cik Adilla... dia nie junior kami masa skolah menengah dulu :)

kami memulakan tuor ke Bandar Hilir.. setelah memakir kereta Myvi merah kepunyaan cik Muni,kami terus menyerbu Menara Taming Sari... sebelum nie memang aku nak sangat naik benda nie.. tapi memandangkan tak berkesempatan... nie la first time naik... ehehe best best best... selepas membeli tiket,kami di minta untuk ke sesi fotografi sebelum beratur tuk naik ke menara nie..memang panjang barisnya sampai kami terpaksa menunggu untuk naik trip seterusnya.. biasa la kan.. kami pergi waktu cuti.. memang ramai orang la kan... kini sampainya giliran kami pula... setiap orang perlu duduk di kerusi masing-masing..masa yang diambil untuk naik ke puncak menara ialah selama 7minit sahaja.. kejap jer kan.. tak puas langsung... [^_^].. lupa pulak.. harga tiket sebenar ialah RM10 bagi warganegara yang mempunyai kad pengenalan.. bagi orang asing,harga sebenar ialah RM20.. kanak-kanak pula RM10.. semasa menara berpusing,kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah di bumi Melaka ini.. mulalah tangan tak duduk diam.. asyik bergambar jer dalam menara nie..."clik..clik...clik..."


Menara Taming Sari

muni-adillah-DD-iena






hehehe pada kengkawan yang tak dapat pegi..jangan sedey yea..:) selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kota A'Famosa... binaan nya dari batu-bata yang sangat kukuh pada dahulu kala.. setelah bergambar di depan kota ini,kami meneruskan perjalanan dengan mendaki bukit St Paul dimana terletaknya sebuah gereja yang dinamakan Gereja St. Paul..Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya “Our Lady of the Hill” tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula sebagai “Gereja St. Paul’s”. Ia juga digunakan sebagai tempat persemadian bangsawan Belanda.St. Francis Xavier yang meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai tangan kanan.Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.[maklumat di ambil dari portal rasmi negeri melaka] rupanya memang patung paderi tue tak ada tangan sebelah... :)


selepas penat mendaki.. kami menuruni bukit ke kawasan yang dinamakan bangunan merah.. di sini terdapat pelbagai jenis muzium serta gereja-gereja lama yang maseh di gunakan lagi... di sekitar kawasan bangunan merah ini bolehlah anda menaiki beca jika penat berjalan... harganya agak berpatutan... sekitar kawasan ini juga banyak barang-barang kraftangan serta kuih-muih tradisional dijual..anda bolehlah memilih serta menawar untuk mendapat harga yang lebih murah... waktu kini sudah hampir jam 1 petang...perut mula meronta-ronta minta di isi... kami mula mencari kedai makan yang mempunyai masakan kampung di sekitar kawasan. yang aku tahu,ada sebuah kedai makan Asam Pedas selera kampung yang terletak berhadapan menara taming sari.. kami terus ke kedai tersebut..tapi malangnya kerusi sudah penuh.. tak dapat nak tunggu lama kerana waktu itu cuaca panas terik... kami beralih mencari kedai lain.. akhirnya kami makan di Mahkota Parade Food Court...setelah selesai makan,kami terus ke dataran untuk membeli belah...setelah membeli beberapa barang,kami ke Medan Samudera tuk mencari kuih-muih seperti inang-inang,dodol,kerepek-kerepek dan sebagainya. setelah penat berjalan,kami singgah di Masjid Selat untuk menunaikan solat... Masjid Selat merupakan sebuah masjid terapung yang terletak di atas air laut... senibinanya sangat menarik hati... syukur aku berpeluang ke sana..:) kami meneruskan perjalanan pusing-pusing bandar melaka,singgah di kampung Morten yang kaya dengan rupa bentuk keindahan rumah-rumah kampung yang unik di Melaka..melepak di perhentian bas lama yang kini telah cantik dibina semula sebagai salah satu tarikan pelancongan di Melaka..Asam Pedas Claypot merupakan destinasi terakhir di sini.. kami menjamu selera di sini setelah gagal ke beberapa kedai asam pedas yang femes tidak beroperasi..:( perut pon sudah kenyang.. hehe tibalah masanya untuk kami pulang.jam menunjukkan jam 9 malam...kami menghantak cik Adilla pulang ke rumahnya... dan terus pulang ke Kuala Lumpur..:) sekian...cerita dari Bumi Melaka... Insyallah kami akan kembali tuk ke tempat yang lain pula.. segalanya manis belaka...walaupon penatnya sangat terasa..terima kaseh kawan-kawan.. nanti kita akan berjumpa lagi di lain waktu :d

Wednesday, June 23, 2010

PeNAt nYe....

Akhir-akhir nie.. makin cepat pulak terasa kepenatan... banyak faktor jugak yang menyebabkan aku jadi cam nie.. antaranya.. tak cukup rehat... walaupun cuti.. aku ligat jugak berjalan-jalan.. mana tak penatnya..asyik tak dok diam ja aku nie.. tapi time akucuti nie la bnyk pogram yang bertindih-tindih... antaranya wedding berberapa kawan maya aku..budak-budak VF..:) sorry guys, xdapat nak attend.. sebab lain nya.. selera makan aku bertambah-tambah menyebabkan berat aku dah naik berkilo jugak :( sedey.. punya la susah nak turunkan... adeh... sebab lain nya.. cuaca kat tempat yang aku pergi tue panas sangat :D.. haha macam tak munasabah pulak kan... tapi.. sebenarnya aku tak berhak cakap semua nie.. semua nie atas kehendak sendiri kan.. selagi aku ada daya,insyallah semuanya akan aku cuba atasinya.. kena mula kurangkan berat,rehat secukupnya..dan buat apa yang patut.. yang paling tak bleh blah tue,mak aku bagi warning supaya jangan asyek berjalan jew :)) dia rimas kew aku g jalan-jalan.. aku tau la mak susah hati tiap kali aku kuar dari umah... MAAFKAN ANAKMU YANG NAKAL NIE MAK...:) AKU SAYANG KAMU>>>

Sunday, June 13, 2010

Kepulangan....

Kehadapan rakan-rakan sekalian....

mulai hari jumaat lagi aku dah mula bercuti dan dari hari jumaat sampai la ke hari ahad aku menjadi pengunjung setia pasaraya Queensbay...hari Jumaat.. aku meminta abah menghantar aku dan kakak ke sana.. dalam hujan renyai-renyai aku dan kakak redah gak... basah sikit jer sebab malas mo bawak payung.. so..tujuan nya yang satu tu jerk... nak bli hadiah kat Cik Zaidah... pusing lunya pusing... tak jumpa jugak... last skali.. p kat kedai Nice Day.. ternampak la set mug yang sangat comei.. buleh pakai minum atau buat pasu tanam pokok bunga.. siap boleh gantung lagi... pastu p lepak jap kat J.co donut n coffe...tapau donut sambil minum chocolate blended..sponsered by akak saye...maceh kakak... Keesokan harinya.. Hari Sabtu... dah janji ngan cik Intan Mgm mo p majlis pertunangan cik Timah... kol 11.45 pg..sedara saya dari KL sampai umah plak.. sembang-sembang jap...sambil wat air.. pastu cepat-cepat masuk bilik siap-siap tuk p majlis cik Timah...dalam 12 lebih cin Intan sampai umah..pastuu kami terus g cari kedai kek... tak dak apa nak bg,bagi kek jew la kat cik Timah.. pastue teruskan perjalanan ke Balik Pulau mengikut jalan baru... sempat kami lewati Anjung Indah di mana pesta buah-buahan semestinya raja buah "Durian" yang tengah galak orang cari pada musim kali nie... dah sampai balik pulau,kami terus ke rumah Muliati... dah amek Muliati.. kami terus ke umah cik Timah... kami datang lewat rupanya.. MAAF yea Cik timah..dan TAHNIAH kerana dah menjadi tunangan orang.. semuanya dah selesai pun...keluarga dari pihak lelaki dah beransur pulang... tapi yang beshnya..kami di jamu dengan durian.. baru jer cakap nak makan.. hehehe apa lagi..makan smpai pengsan la jawapnya... tapi baru 5 ulas,aku dah rasa lain macam..panas weh hehehe...intan pun sama..menitik-nitik segala peluh ahahaha.. padan muka kan... pastu baru kami makan nasi kenuri.. lauk kampung yang sememangnya sedap.. nasi lauk ikan kering +nanas,kerabu taugeh,ayam goreng,daging masak tok,sambal belacan serta ulam-ulaman...air sirap dan buah oren.. sungguh kenyang...selepas makan serta bergosip..kami pon meminta diri.. seterusnya aku ke rumah Cik Dila(adek sayam ) tuk tumpang solat... seterusnya ke rumah cik ZAIDAh...kali nie tema warna pink pulak...sesuai sangat baju yang aku pakai hari nie... all pink..:) TAHNIAH jugak buat Pn. Zaidah... semoga menjadi suami isteri soleh dan solehah...Amin.. then.. lepas kenuri kami ke Queensbay tuk menonton wayang...Lagenda Budak Setan... besh jugak..tapi adeh..ramai pulak yang buat hal lam cerita nie...:s


dan hari ini... saya tengah bersiap-siap kelengkapan serta menyusun segala pesanan dari orang kolumpo....antaranya... Belacan dari Pulau Aman kegemaran makcik saya... jeruk kelubi dan salak,Order dari cik wawa.. tempeyek kacang tanah,order dari kawan sekerja saya Cik Ani... dan ole-ole buat sepupu saya iaitu kasut Crocs yg saya beli di QUEENS BAY...kebetulan ada SALE pulak... apa lagie.. kasi borong lew... ;)) sepanjang kat umah nie...owkeh.. mo tido sudah... nanti sambung lagi:)

adeh... terbaca la pulak....

Salam kengkawan sekalian....

agak lama tak hapdate blog aku nie.. maklum la.. kebizian serta kekacauan jiwa yang melanda baru-baru nie dah memusnahkan mood aku tuk berlog...
adeh... terbaca pulak enty kat blog si Ojin a.k.a Lanun Ranggi...
dah tue siap pulak ada tag tuk iena...










.....tag FrOm Mr Ojin....


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award

1 >> dak nie kenal kat lam vf
2 >> ehem-ehem dia panggei dia CHENTA hati...
3>> sudah semakin kaacak sekarang...awwww...
4>> rajin sangat update blog.. ada saja nak dikatatakan n rajin komen enty saye......
5>> dia sangat lah suka candid gambar org......


Jot down 10 interesting facts about yourself or your hobbies

1>> saya seorang yang agak pemalu...(malu la sgt)
2>> suka hapdate blog bila ade mood ( tabiat buyuk kan)
3>> rajin g kenduri kawan-kawan saye... ( sy bila lagie)
4>> suka merayap jalan-jalan bila ada masa lapang (kaki x bedung)..
5>> 1st time jumpa saya,org akan cakap saya seorang yang sombong....(xheran dah pon )
6>> agak cerewet jugak dalam apa jua hal...(ngada betul )
7>> kalo saya dah suka something or someone... susah nak lepas...
8>> suka makan charketeow n nasi kandaq....(penang mai)
9>> kalo buleh,sentiasa nak bahagiakan keluarga saya....
10>> kalau dah kenal saya... anda tau saya bagaimana orang nya...


PicTebalk your 10 most deserving receipients and describe them
1>> cik Intan Mgm sila jawap tag saya.....
2>> cik Buzu ediany.....try jawab weh...
3>> cik ona ( kawan skolah rendah saye)...
4>> mR aries aka Man terjunam.. dak VF gak...
5>> kak leez ( kaki jalan jugak nie )
6>> adeh dah la... sesape pon bole.....
>> sekian <<


Wednesday, June 2, 2010

Jun just around..

Haha cik intan dah mula bertanya.. Apa yang menanti bulan jun nie.. Banyak jugak program yang bakal berlaku bulan nie.. Antaranya pulang ke kampung.. Menghadiri kenduri kawen cik Zaidah serta majlis pertunangan cik Timah..harap2 cik Intan sudi pegi dgn saye.. Seterusnya mengikuti rombongan ke Terengganu atas tujuan majlis pertunangan anak kawan saye.. Seterusnya apa yea...?