..i fOlLow U..

Tuesday, October 23, 2012

Bunga tangan Hijau Pertonas...

Assalammualaikum wbt dan Selamat Malam...

Syukur... akhirnya dah siap bunga tangan untuk Cik Hazirah kita yang berada di Melaka.. Siap dua hari sudah... Idea tengah malam nie.. hehe bestnya.... saya sendiri yang teruja nak gayakannya... tapi tak boleh la sebab memang buatkhas untuk bakal Raja Sehari... harap-harap bakal pengantin kita nie suka la... Majlis beliau akan di adakan pada awal bulan11.Bakal pengantin request  nak warna hijau petronas dan silver.. jadi untuk mencantikkan lagi, saya tambah barisan manik-manik dah reben yang fancy.. Cantek kan....So tunggu feed bac dari tuannya jea la...



 
 
Kemudian lagi satu order untuk pihak lelaki.. Nak kena buat kelainan sikit la dari patern nie.. ok,nanti saya update untuk bunga tangan bagi pihak sebelah lelaki pulak.. k bye...
 
 
untuk tempahan boleh email ke iena_png@yahoo.co.uk Tq..

Monday, October 15, 2012

Mari menghayati...

 Mohon share dari Melur Jelita..

Kita cuma manusia biasa…

Mungkin kita pernah lalui situasi di mana … Kawan, teman atau sahabat kita sangat baik, alim, pelajaran tinggi… dan kita percaya dengannya. Itulah peribadi kawan, teman atau sahabat kita tu. Tidak di sangka-sangka..

 
 kawan teman atau sahabat kita itu telah membuat satu kesilapan… Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat” Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan sahsiahnya yang baik selama ini. Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia. Kawan teman dan sahabat kita itu juga manusia. Manusia, bukan malaikat.

Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya. Jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya. Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan.

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah. Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.

Tetapi akal kita sukar untuk rasional. Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia. Manusia, bukan robot. Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya. Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.

Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain. Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia seandainya kawan teman dan sahabat kita melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila kawan teman dan sahabat melakukan kesalahan.

Sebab kita berhubungan dengan manusia. Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW? Tiada. Nanti ada waktu, kita pula akn jatuh. Perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.

Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan. Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.

Hari ini, kita berusaha memahaminya. InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita. Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka. Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada. Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.

Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?
Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat? Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.

Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia. Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu? Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegganan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan..

Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil...

Sunday, October 14, 2012

Window shopping @ Gurney Plaza


Assalammualaikum wbt...Selamat Petang Ahad...
Lama sungguh tak melakukan hobi yang sangat marveles nie....Nak tau apa dia? WINDOW SHOPPING... Balik kali nie ditemani sepupu iena iaitu Nana Farhana dan adek sayang iaitu Ipi kami ke Gurney Plaza yang telah lama iena tak jejak.. Tujuan asalnya nak ke Parkson melangsaikan Voucer RM50 yang adik dapat melalui cabutan bertuah di tempat kerjanya.Jadi...kami bertolak dari rumah selepas Zohor..Semangat aku pakai shawl hari nie..siap dengan jacket merah yang dah lama terperap dalam almari tue. Maybe kurang bekenan mak abah tengok style anak dia dressing hari nie. Tapi jangan risau,tak terover pon.. Sampai ja kami terus masuk Vincci+..Terpegun tengok kasut yang bertatahkan bling-bling yang sangat sesuai untuk buat hantaran sepupu iena...Jatoh chenta jugak la..tapi menanges nak pakai sebab  tumit tinggi 5inci...hehehe
Kami tengok-tengok pulak patern yang lain... sangatkah cantik.

Lepas tue terus masuk bahagian women..banyak sangat salenya...Tergoda i bila terpandang pink shoes after less 80% become rm30 only...fuhhh terus try and grab 1..hehehe happynya... then pergi cari baju untuk adik i skali,maklumlah badan besaq nie payah nak jumpa saiz.So dapat la 2 helai..Lepas round-round,kami keluar dari situ dan singgah 1st Avenue pulak untuk lunaskan voucer tue kat Parkson..lepas setel,jalan-jalan tengok kasut lagi kat @Payless..halamak terjumpa kasut putih ala-ala kasut panguin yang boleh pakai buat pergi keje.Grab la sepasang.... Fuhhh minggu kasut betul bulan nie... Pastu boleh dah balik dengan hati yang tenang..:D...


 
me n nana


my new PINK shoes..<3 br="br">

Friday, October 12, 2012

It's Happen

Assalammualaikum wbt dan Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah...

Sehat ke semuanya...? Akhir-akhir ni tak berapa nak sehat sangat sebab 1 rumah selsema dan macam nak demam... Hari nie nak cerita beberapa berita sedih dah gembira yang berlaku minggu lepas....

Selepas pulang dari Penang hari tue, abah dan mak pan nak ajak aku p 1 majlis akad nikah anak sepupu abah di Putrajaya.Plan memang baik punya sebab aku kebetulan cuti panjang time tue..Plannya mcam nie,lepas abis keje malam iena balik ke Penang,lepas tue,hari jumaat sepatutnya dah bertolak ke Putrajaya sebab hari Sabtu nak attend Majlis akad nikah tue..Hari Ahad pulak terus balik Penang sebab iena pulak nak attend kenduri geng 5P1 yang akan beransung pada malamnya...

Jadi hari Jumaat lepas kakak dan abang ipar ke Pearl Maternity Hospital untuk buak check up pasal ada slighty bleeding macam datang haid.Unuk kepastian,mereka ke sana untuk check. Lepas berjumpa Dr,Alhamdulillah dr cakap kakak dah mengandung...Terkejut la dorang berdua tue. tak sangka pulak dah ada yang menjadi penghuni rahim kakak...Syukur alhamdulillah..setelah sekian lama menanti,akhirnya diberikan jua rezeki buat mereka..Ina sangat happy buat mereka dan iena bakal menjadi aunty to be next year...hehehehe excited kot..then lepas balik dari sana,Dr pesan suruh ke Hospital Penang pulak untuk tukar ubat dan buat buku merah. Isnin lepas kakak menelefon memberitahu bahawa dia dimasukkan ke wad lepas buat check up di Hospital Pulau Pinang.Kakak dimasukkan ke wad kerana nak monitor paras gula dalam darah.Aduh,belum apa-apa lagi dah admit.Kemdian pula di beritahu berita yang menyedihkan iena. Tok Iena jatuh dan menyebabkan patah tulang pergelangan tangan dan tengah berada di ruang kecemasan Hospital Penang.Aduh...2 berita yang sangat mengejutkan..mujur tak pengsan time keje malam tue..rasa macam nak rushing balik penang ja..Malamnya lepas setelkan tok,mak call bagitahu tok tak perlu masuk wad dan tangannya di simen kemudian dibawa pulang ke rumah..Syukur...

Nak di jadikan cerita,malamnya selepas bersimen,dalam masa 2 jam,simen habis dikerjakan tok.direndamnya ke dalam air dan di toreh menggunakan pisau yang mak pakai ketika memotong bawang..Masyallah...terornya...So semalam abah,mak dan iena bawak tok ke rumah bomoh patah di Sg Rambutan sebelum Sg Bayour..Sampai di sana,akak tue sembang-sembang dan mintak diri ke dalam,nak sediakan ubatnya.. setelah dibuka bandage,macam nie la rupanya tangan tok.


Lepas tue dia letakkan minyak dan urut masukan balik tulang tue..Di sapu dengan ubat jampi dan dibalut dengan kain hitam serta buluh yang diikat dengan tali seterusnya dibandage sekali.. Sakit jugak tgk masa dia betulkan balik tangan tue..Isk... memang menuji kesabaran kami sekeluarga....

Itulah al-kisahnya....