..i fOlLow U..

Saturday, April 12, 2014

Majlis Perkahwinan Adikku

Assalammualaikum..
Selamat Pagi semua..sarapan apa ye?
Hari nie nak cerita sikit pasal Majlis Perkahwinan adik kesayanganku.. Tahniah buat keluarga kami dapat orang baru dalam keluarga.Alhamdulillah..Majlis perkahwinan diadakan dirumah kami di Sungai Ara. Majlis serba ringkas berjalan lancar..Door gift di sediakan beberapa hari lepas. Banyak sebab jemputan banyak.Semuanya berjalan lancar dan dirahmati dengan hujan di petang hari.elok ja pengantin sampai,terus hujan..Semoga dirahmati Allah.. Jom tengok gambar-gambar kenduri adik saya..









Tuesday, April 8, 2014

Lamanya tak pergi bercuti dengan geng sekolah...

Assalammualaikum wbt... Selamat petang..alhamdulillah sekarang dah boleh wassap dengan geng satu sekolah dulu..gembiranya.. hari-hari macam-macam cerita depa.. salah satunya pasal bercuti la.. rancang la banyak kali pon,kadang-kadang ja menjadi. Apa boleh buat..bukan semua ada masa dan cuti pada masa yang kita kehendaki.. baru-baru nie geng 5p1 telah pergi bercuti ke Singapore.. Bestnya depa.. Lepas nie rancang nak p Port Dikson pulak.. tapi tak tau la bila.. aku macam biasa la keja time orang cuti,cuti time orang keja.. okeh.. rindunya nak pergi bercuti.. :) korang macam mana?


Thursday, March 20, 2014

Selamat Hari Lahir...

Assalammualaikum wbt... Selamat malAm..alhamdulillah masih bernafas di bumi yang indah ini.. 12 Mac merupakan hari yang paling indah buat diri ini. Selamat Hari Lahir buat saya FADHLINA AHMAD.. Selamat bertemu angka bersiri '3' Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta permudahkan urusan yang telah dirancangkan.. Syukur sangat dapat hadiah yang tak ternilai dari insan tersayang. semoga ikatan yang terjalin sentiasa mekar dan diredhai Allah. Terima kasih juga buat keluarga serta sahabat yang telah memberi ucapan kepada saya. Terima kasih pada yang Maha Esa kerana mengurniakan insan-insan yang sudi menyayangi saya. semoga anda jua diberkati Allah.. ameen.. syukur alhamdulillah.. #baekbaeksayang

Thursday, February 27, 2014

Pearl Hand Bouquet untuk Cik Ili

Assalammualaikum wbt.. selamat malam..

Lamanya blog nie bersawang... sekarang nak cerita tentang tempahan bulan lepas.. bunga tangan dengan manik-manik serta reben untuk bakal penganti Cik Ili... alhamdulillah dia suka.. nie la bunga tangannya...


jadi ada yang nak tempaah boleh contact saya..oke bye.. <3 p="">

Saturday, November 30, 2013

Sembilang Oh Sembilang

Assalammualaikum wbt..

Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak..

Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir..

Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun petang semalam selepas En.Kpop telefon tanya ikan dah masak ke belum.Alahai,sian dia..Dia ingatkan aku nak suprisekan dia..Rupa-rupanya memang aku tak masak lagi.. huhuhu..Merajuk!

Aku apa lagi,bangun cepat-cepat,mandi,solat pastu terus masuk dapur. Bukak la kertas resepi letak atas meja.Meh aku kongsikan untuk korang.. Sebelum tu,rendam ikan bagi lembut sebelum pesiang. Sediakan bawang besar,bawang kecil,bawang putih,rempah kari,santan,cili mesin,air asam jawa,halba campur,bendi,tomato,cili hijau dan paling penting daun kari.Bawang besar serta bawang kecil dan bawang putih aku mesin separuhnya dihiris untuk tumis.. Periuk aku panaskan dan tumis bawang dan daun kari.Kemudian masukan halba sedikit.Biar kekuningan. Kemudian sediakan rempah kari,bawang mesin,cili mesin dan masukkan ke dalam tumisan tadi.Gaul hingga rempah masak. Kemudian masukkan air asam jawa serta sedikit air apabila rempah sudah masak. Biarkan ia mendidih ulang kacau. Sediakan santan dan ikan.
Bila dah mendidih,masukan santan dan ulang kacau.bila dah sekata,masukan garam sedikit dan masukan ikan. biarkan ikan masak kemudian rasalah kuahnya.Jika tidak masam,tambahkan air asam. Jika tidak masin,Tambahkan garam secukup rasa. Kemudian masukan bendi,tomato dan cili hijau.biar sekejap.Kemudian biar sekejap dan tutup api.

Lepas jea masak gulai,goreng telur dadar.Terus amik nasi dan siapkan bekal..Bawak bekal dan kami makan di Taman permainan yang berhampiran..SEDAP katanya! macam tak caya jea,macam tipu jea.. hahaha entah la En.Kpop cakap sedap.. Aku makan sikit jer kuahnya dengan telur.Ikan dia yang tolong habiskan..
Sekian.. Kesimpulannya kena la cuba masak menda yang kita tak makan walaupun geli jugak bila nak menyiang ikan sembilang nie.Gambar kari sebenar terlupa nak amik,pinjam gambar ikan kat google jea la..

Tuesday, November 19, 2013

Mood berbunga tangan sudah datang...

Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam..
hari nie kerja double.. penat jugak la.. tapi dapat setel pesakit awal..
Dua hari dah mak mai KL. Dan malam nie aku nak belanja dorang makan sate... Yum Yum.. cedapnya..
Sure penat mak melayan cucu dia sorang tue..
Semalam ada sorang PM untul tempah hand bouquet. Dah beberapa bulan aku tinggalkan hobi aku yang satu nie.Maklum lah kan tengah ikut kursus.Tak dapat la nak buatkan tempahan untuk pelanggan saya. Maaf yea kawan-kawan..

Insyallah next year banyak lagi tempahan nak buat :D..Mood Dah MARI... yeayyyy...

Sunday, November 17, 2013

Lamanya bersarang...

Assalammualaikum wbt...

Apa habaq semua..? sehat kot? semoga semua bergembira di hujung minggu...
Dah lama tak keluarkan catatan-catatan kat blog nie.. Adeh.. RINDU sangat-sangat.. selama bebarapa bulan nie banyak perkara yang belaku yang tak dapat aku nak kongsi kat sini.. Maaf yea kawan-kawan.. Pelbagai perkara yang melibatkan diri,keluarga serta persekitaran aku.. Hanya dapat dilalui dengan sabar dan ketenangan dari Allah SWT.

Alhamdulillah khusus yang aku ikuti selama 6 bulan telah tamat dan mendapat keputusan yang memuaskan.. Kami semua LULUS! Syukur Alhamdulillah... Dan konvo akan diadakan pada 30 November nie..Tapi aku tak dapat pergi kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan..
Nie antara kawan-kawan group di KSKB Sg Buloh...TAHNIAH semua..