..i fOlLow U..

Thursday, October 20, 2011

..baru jea cakap...

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...


Artikel lalu saya telah menceritakan tentang kematian saudara akibat kanser hati.. kali nie benar-benar terjadi pada teman sekerja yang mengalami komplikasi pada jantungnya. Memang tak sangka akan jadi teruk sampai macam tue.. mulanya hanya tekanan darah rendah saja, di tambah dengan sakit dikepala.. pada satu hari.. kawan mengadu letih lesu.. apabila tekanan darah di periksa, makin rendah.. nadi pula makin tinggi... dia di suruh berehat di atas katil pesakit.. Pemeriksaan jantung dilakukan.. setelah dilihat oleh doktor,ada perubahan pada carta ecg.. terus kami menghantarnya ke unit kecemasan.. kemudian di tempatkan di unit rawatan rapi untuk pesakit jantung..:) umur masih muda 31 tahun.. Alhamdulillah sekarang makin pulih..


semuanya ada bahagian masing-masing.. untuk anda,pelihara sihat kita kerana ia satu anugerah..insyallah Allah akan memberi nikmat lain dari segi rezeki yang melimpah-ruah..:)

Sunday, October 16, 2011

..deCo fOr mY Bff..

Assalammualaikum wbt n selamat malam...



Alhamdulillah.. kenyang sudah makan malam hari nie.. now time to deco hantaran my BFF yang akan melansungkan majlis pada hujung bulan 11 nie... harap-harap dapat memenuhi citarasa mereka n selesai dalam masa yang pantas nie..so... maaf la tak dapat nak upload pic sebab nfon ai sudah masuk sungai..:)


Untuk anda.. sehat ka? harap-harap semuanya berada dalam keadaan sehat.. seorang lag sedara saya telah menjalani pembedahan kanser payudara... sungguh cepat merebak dan silalah berhati-hatai wahai anda semua.. Minumlah air yang dirawat sekurang-kurangnya dapat mencegah dari terkena Penyakit Kanser..Amalkan pemakanan berfungsi tahap sel yang boleh merencatkan sel kanser.. INGAT TAU.. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.. bila dah mengalami,barulah anda akan menyesal.. Jaga pemakanan anda,tidur anda serta persekitaran yang sihat... Take Care Tau.. KESIHATAN AMAT MAHAL JIKA TIDAK MENJAGANYA DENGAN BAIK..


sekian..TQ :)

Wednesday, October 12, 2011

..Pernah terfikir akan kena Penyakit PEMBUNUH NO 1 itu..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi..


Apa khabar semua.. harap anda semua sihat-sihat di samping insan tersayang..
lama tak berkongsi bicara di sini.. 2 hari lepas,diberi perkhabaran yang tidak menyenangkan hati kecik ku ini.. Sungguh tak ku sangka seorang kakak sedara ku telah meninggal akibat kanser hati.. permulaannye entah bila,tetapi akhirnya dah tau masa stage 4..memang dah teruk.. hanya menanti dijemput kembali oleh-Nya.. Al- Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Buat anda seorang wanita..lakukan ujian yang sepatutnya untuk mengesan abnormal pada diri anda.. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah 1 cara untuk menghalang dari terkena kanser dan minumlah air yang dirawat mengelak dari klorin yang berlebihan boleh menyebabkan kanser..
Amalkan makan B'young dan minumlah air hidup semulajadi Beyond Water Bio-activ Reforming System..



buatlah pilihan sebelum anda terpilih mengalami penyakit KANSER..
MENCEGAH lebih Baik Dari MENGUBATI..:)

Thursday, October 6, 2011

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia....


Apa yang nak di luahkan di sini adalah sipi-sipi apa yang ku rasa.. Maaf andainya ada bait-bait kata yang menyentuh hati kalian yang membaca.. Dari kecik saya di asuh oleh keluarga tersayang.. makin hari makin dewasa.. walaupun apa yang telah dicurahkan oleh mereka sedikit sebanyak terserap kepada aku.. mungkin aku bukanlah anak harapan namun aku bangga punya keluarga seperti mereka.. Sentiasa memahami.. Namun bagaimana mahu jadi seperti mereka.. diri Yang kurang sabar ini.. yang selalu sahaja membuat onar dalam sedar mahupun tidak..


Aku bukanlah sempurna.. namun ku tahu ku akan sentiasa membuatkan sesuatu menjadi sempurna dengan apa cara sekali pun.. Tiada tempat lain yang hendak ku mengadu..Hanya padaMU Allah.. Kau berikanlah ketenangan hati dalam apa yang ingin aku terima kemudian aku sampaikan pula pada mereka demi kebaikan bersama..

Bersyukur aku pada-Nya yang Esa.. namun aku masih lagi belajar erti hidup... Ingin aku jejakkan kaki ke RUMAH ALLAH bersama mereka satu hari pasti..

Engkau yang Maha Mengasihani.. Maha Mendengar.. kau pertimbangkanlah isi hati kami.. Semoga diperkenankan..INSYALLAH..

Monday, October 3, 2011

Jantung Sihat Bermula Di Rumah..

Assalammualaikum wbt dan selamat malam...
Just nak share tentang artikel yg sy jumpa dalam laman web KKM.. :) Jom baca!

“JANTUNG SIHAT BERMULA DI RUMAH”

HARI JANTUNG SEDUNIA

29 SEPTEMBER 2011





Penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok) adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital KKM. Pada tahun 2010, 25.4% (11,812) kematian adalah akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular juga adalah penyebab utama kematian pra-matang di hospital-hospital KKM, di mana kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun. Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup, penyakit kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta mengurangkan produktiviti negara.



Secara keseluruhan, lebih dari 90% pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu:



Tabiat merokok
Menghidap hipertensi
Berlebihan berat badan atau obes
Tahap kolesterol yang tinggi
Gaya hidup yang sedentari (atau tidak aktif)
Menghidap diabetes







Selaras dengan tema Hari Jantung Sedunia di peringkat global, iaitu “One World, One Home, One Heart”, iaitu kesihatan jantung anda perlu bermula di rumah. Dengan tumpuan kepada semua ahli keluarga, termasuklah kanak-kanak, beberapa amalan gaya hidup yang sihat yang dilakukan di rumah mampu mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi tujuh (7) langkah yang boleh diambil oleh anda dan keluarga anda bagi menjalani kehidupan bagi menjamin jantung yang sihat:


(1) Jadikan rumah anda kawasan larangan merokok. Ini bukan sahaja memanfaatkan anda, tetapi yang lebih penting melindungi kesihatan anak-anak anda. Jika anda berhenti merokok sekarang, anda akan berjaya mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 50% dalam tempoh satu tahun sahaja;

(2) “Aktifkan” hidup anda. Setiap ahli keluarga perlu berusaha untuk mengurangkan masa riadah di hadapan TV atau komputer kepada kurang dari 2 jam setiap hari. Rancang aktiviti fizikal atau senaman di luar rumah, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari;

(3) Ketahui keperluan kalori harian anda yang sesuai dengan gaya hidup yang anda amalkan. Anda perlu bijak membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, dan imbangi pengambilan makanan (kalori) dengan tahap aktiviti fizikal anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula;

(4) Ketahui BMI anda dan kekalkan berat badan yang unggul dengan mensasarkan BMI kurang dari 23 kg/m2. Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% mampu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;

(5) Ketahui tahap kesihatan anda. Pastikan anda dan ahli keluarga menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI dan ukurlilit pinggang. Minta doktor terangkan tahap risiko anda;

(6) Tangani stres dengan bijak. Individu yang mengalami stres yang keterlaluan lazimnya mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok, makan secara berlebihan dan meminum alkohol secara tidak terkawal; dan

(7) Hidup sihat tanpa alkohol. Pengambilan alkohol secara berlebihan, termasuk binge drinking boleh memudaratkan kesihatan dan jantung anda.


Melihat situasi terkini tahap kesihatan rakyat Malaysia, saya ingin menyarankan agar semua rakyat Malaysia yang dewasa berumur 30 tahun dan ke atas menjalani ujian saringan ini setahun sekali. Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit NCD di bawah umur 50 tahun, berlebihan berat badan atau obes, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.



Dengan mengamalkan saranan di atas, anda dan ahli keluarga mampu untuk mengurangkan beban akibat penyakit kardiovaskular. Walau bagaimanapun, tidak semua penyakit kardiovaskular boleh dicegah. Jika anda mensyakki ada ahli keluarga yang mendapat serangan sakit jantung atau strok, dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.



DATO’ DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

29 September 2011