Posts

Showing posts with the label share

13.3.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi.. Selamat hari lahir buat Akak wad saya.. Kak Marlina.. Semoga berbahagia,dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh yang baik...       Alhamdlillah semalam besda saya,walaupun sibuk bekerja,daat juga buat celebrate birthday last minit.. Ahai.. bestnya.. Tq kak ina tolong beli kek untuk kita bertiga.. memandangkan birthday kami sederet, kena buat small celebration la.. Semoga kami semua teruskan baagia dan berjaya dan diberkati Allah...     Selamat Hari Lahir buat Kami

16.2.2013

Image
  Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi... Cuti? Saya pon sama.. cuti dan berada di Penang :) Sukanya... Hari nie sangat sejuk cuaca pagi.. Terketaq-ketaq bila mandi dengan ayaq sejuk.. ewah speaking lorat Penang.. Hari nie ada 3 kenduri.. 1st p kenduri my BFF Intan Mgm Tunang.. 2nd p Permatang Pauh... 3rd tue tak janji jadi p dak kat Kepala Batas..     Jadi.. Gambar kat atas tue memang salah satu menda wajib start seminggu nie.. Balik Penang pon kena makan ubat batok jugak.. Bila dah start,kerana segelas air sirap ais.. terus batuk lekat tak hilang-hilang.. risau la jugak... harap-harap cepat sembuh.... 

15.2.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Salam Jumaat... Selamat Pagi.. Alhamdulillah selesai kerja malam 2 hari... Hari nie tibalah masanya saya bercuti 4 hari dan balik Penang.... Bunga tangan dah pun sampai ke tangan tuannya... Alhamdulillah... dia suka..:) Saya pun suka... Jadi.. Bag semua dah siap paking semalam.. Tinggal siapkan tuannya saja.. Balik labat sikit sebab berhasrat nak singgah Kedai Buku 1 Malaysia kat Pudu Central... Kalo ada yang menarik memang nak menangkap sebuah buku... Ok... Semoga saya selamat daam perjalanan dan sampai ke kapung halaman... Amin...   Hand Bouquet BabyPink+BabyBlue

21.1.2013

Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhulah...  Tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah...  Tika bahu ini tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah...  Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT...  Agar tunduk di saat yang lain angkuh Agar teguh di saat yang lain runtuh Agar tegar di saat yang lain terlempar .. Assalammualaikum wbt... Sebenarnya kata-kata ini sudah lama tersimpan dalam profile saya di sebuat website iaitu Virtualfriends.net. Saya juga tak pasti kat mana saya cedok kata-kata ini. Satu hari saya post kata-kata ini di ruangan FB saya.. Wah..tak sangka ramai yang respond.. Jadi saya nak share pada kawan-kawan blog saya pula.. Jom hayati.. Yang mana baik sila ambil teladan... Terima kasih...

Awak Suka Saya Tak?

Kalau kita ingat kita kaya, Ada orang lain yang lagi kaya. Kalau kita ingat kita cantik, Ada lagi yang lebih cantik. Jangan terlalu sombong dengan apa yang kita ada, Sekejap aje Allah tarik balik. Cinta itu datang tanpa diundang, Perginya tanpa dihalau. Cinta itu pelik dan penuh misteri, Sejuta orang,sejuta pelbagai rasa cinta. Jangan persoalkan bagaiman seseorang  itu boleh mencintai kita. Cinta yang suci tiada jawapannya. CUMA HATINYA DAPAT MERASA. Cinta suci itu ada, Hanya yang bertuah saja akan memilikinya. "CINTA YANG SUCI,TIADA PERSOALAN DA TIADA JAWAPAN.IA DARI ALLAH.HANYA MEREKA YAnG IKHLAS SAJA YANG TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA. AJAIBNYA RASA CINTA INI,HANYA  ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI." GO FIND YOUR TRUE LOVE! Berikut adalah kata-kata yag saya petik dari novel " AWAK SUKA SAYA TAK? " Penulisan dari Melur Jelita .Terbitan Karya Seni . Kepada peminat novel tegar,adakah anda sudah mendapatkan naskah ini? Jika belum silalah berbuat dem...

Permintaan Hati 2013

Image
Wish list 2013 1. Menjadi hamba Allah yang lebih baik. 2. Menjadi anak yang Solehah buat kedua ibubapa saya. 3. Menyempurnakan hasrat ibubapa saya untuk melihat saya dimiliki seseorang dan membahagiakan mereka. 4. Mengikuti kursus Perawatan Renal dengan jayanya. 5.  Menambah amal ibadat saya. 6. Tidak menyakiti insan yang saya sayang. 7. Menjadi seorang pekerja yang cemerlang. 8. Mengunjungi tempat-tempat yang menjad idaman. 9. Makcik yang baik kepada bakal anak saudara saya. 10. Mengharapkan pintu hati saya terbuka dan Allah mendengar, memberkati,mempermudahkan permintaan saya.   Buat anda, laksanakan impian anda jua.. Semoga sama-sama kita berjaya dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin Ya Rabbal 'alamin..

Korang kenal tak?

Assalammualaikum wbt..Selamat malam.. Hujan lebat magrib tadi..Kami bercadang nak ke Pustaka Rakyat untuk membeli perkakas sekolah buat dua sepupu saya nie. Minggu depan dah nak buka sekolah..Jadi lepas hujan berhenti kami bersiap dan keluar ke sana.. Sampai ja kedai,terus g parking dan saya terus ke tingkat 1 untuk membelek buku-buku lain.. ternampak satu rak yang penuh dengan buku-buku yang esuai dengan remaja.. dan ternampak 1 buku yang saya pernah lihat penulisnya dalam youtube tentang pernikahan beliau.. wah.. macam mana tak tau nie yang dia merupakan seorang penulis..:) Penulisnya Hilal Asyraf juga lebih muda dari saya. Jadi balik jer dari sana terus g makan kat Restoran cina muslim area Sri Gombak.. Barulah pulang ke rumah... Terus Solat Isyak,terus search Hilal Asyraf dan terus buka blog baru dia.. memag banyak pengisian yang boleh kita ambil dan amalkan... salah satunya.. Bukan Semua Yang Kita Mahu,Kita Dapat Memang betul apa yang kita mahukan tidak semestinya kita aka...

Unifi..

Image
Assalammualaikum wbt,Salam Jumaat yang penuh barakah..Penghulu segala hari,Jumaat yang terakhir pada tahun 2012.. Alahai.. cepatnya masa berlalu..kankawa-kawan.. Namun kita mengalu-alukan tahun 2013 kan.. Jadi dua minggu lepas ada budak TM datang rumah promote pakage unifi..jadi.. saya anya menjadi pendengar yang setia di samping budak Tm tu dok cerita... Jadi.. disebabkan banyak kelebihannya.. pakcik saya pon bersetuju.. Jadi setelah borang di isi semua.. pemasangan akan datang dalam masa seminggu.. jadi tarikh yang dipilih tue tak menepati ciri-ciri yang aku ada kat rumah.. jadi.. lepas seminggu baru dorang datang.. time tue aku dah balik kl la... Jadinya.. sekarang online pakai Wifi pakage VIP5 RM149/month... Happy unifi..:)

Kek Besday

Image
My Carrot Cheese Cake Assalammualaikum wbt dan Selamat berhujung minggu.. Alhamdulillah selamat dah potong kek hari lahir kita yang ke-20++ hiew.... dah nak menjengah angka 30an tak lama lagi.. Syukur kehadrat ilahi kerna dikurniakan umur yang panjang setakat ini dan moga dimurahkan lagi rezeki saya..Bahagia bersama family serta sahabat tersayang Amin Semalam kami sekeluarga keluar makan malam bersama-sama di Medan ikan bakar Sri pantai yang terletak berhampiran Queens bay.. Selepas tue baru mulakan sesi potong kek.. hehe Mekaseh Mak n my family..:D taun nie tak sempat nak sambut ngan al my fren.. masing-masing bz.. tak pa. next year kita boleh celebrate skali k..Tak lupa juga pada my BFF Hamzah.. happy birthday...:D Sesi potong kek... hehe Yummy... THANK YOU...MMMUUAAAHHHH.....

..Mac terus berlalu...

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.. Menggigil jugak jari nak menaip nie,apa tidak nya asyik baca enty orang jew kan.. dalam masa sebulan nie aku hanyalah menjadi silent reader jer kat blog kengkawang yang lain... bukan tanak komen,tapi semangat tue kureng sikit la pulak...Mintak MAAF yea semua.. Mac sangat pantas berlalu.Beberapa perkara yang baik dan yang kurang baik berlaku sepanjang bulan nie... Alhamdulillah aku dapat mengatasinya perlahan-lahan.. Hari nie aku sampai di Penang,macam-macam jugak jadi dalam perjalanan hari nie.. Dari HKL aku jalan kaki menuju ke Star Lrt,tah macam mana boleh bli token ke Bandaraya,padahal aku nak ke Plaza Rakyat..hehe nampak sangat tak fokus kan.. dah la kena bli kat kios skarang nie,sebab pakai token. Dah dalam tren baru aku tersedar.. apa lagi,kena la turun dan beli token balik untuk ke Plaza Rakyat. Sampai di Puduraya,aku terus beli tiket trip yang paling awal.. siap p tunggu depan bas lagi,alih-alih driver tak nak bukak pintu bas. Aku pon...

..Jaga-Jaga..

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Sebelum nie aku terbaca kisah tentang Diabetis dari blog Mama Orked ..katanya keluarga mereka dah ada keturunan kencing manis nie.. So ada kemungkinan beliau jugak akan mengalami masalah yang sama jika tidak dirawat.. Apa yang nak dicelotehkannya ialah tentang diabetis dalam keluarga aku.. Mak aku jugak salah seorang pengidap diabetis.. tapi aku memang selout ngan mak sebab mak betul2 jaga pemakanan dia dan seharusnya makn pon adalah sebahagian dari Kakitangan Kementerian Kesihatan.. Jadinya memang sangat perlu dan wajiblah mak mengambil tahu dan menjaga kesihatan dirinya.. Ubat yang diberi oleh dr semestinya di makan dengan dos,masa yang telah di tetapkan.. Alhamdulillah abah masih sehat dan tidak di diagnos mengalami apa-apa penyakit kronik.. Sekarang nie tengah usahakan agak tak melarat penyakit nie kepada aku.. Alhamdulillah aku telah berjaya menurunkan berat badan kepada berat badan yang sesuai.. badan pon jadi ringan dan dapat mengekalka...

ISO 5...Kelebihannya?

Image
rangkaian produk ISO 3,5,7 Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia... Haaa.... nak kongsi siket tentang stu produk yang saya suka n nak share kepada anda semua yg mungkin ada masalah tentang Sembelit,Buasir atau apa saja masalah tentang usus anda... Jom memahami apa itu kelebihan ISO 5..Nota hasil perkongsian dari Prof Dr Mat Eassa.. Ramai bertanya "apa kelebihan ISO5 berbanding produk fiber lain"? Jawapannya, ISO5 sudah lengkap mengandungi serat dietari yang larut dan tak larut, juga enzim hidup dari sumber nenas dan betik, juga mengandungi probiotik dari sumber halal. Serat + enzim + probiotik = penjagaan sistem penghadaman yang mantap. Jika tidak kita perlu ambil produk serat + yogurt + produk enzim secara berasingan. Kini tak perlu terlalu banyak produk, sudah ada satu produk yang merangkumi semua ramuan untuk sistem penghadaman. Satu sacet ISO5 mengandungi 6 gram serat dietari, ~ 200 mg enzim dan melebihi 7 billion bakteria berfaedah. Ambil selalu waktu petan...

..InFo Tentang Kanser..

Assalammualaikum wbt dan Selamat petang... Harap-harap Sehat semuanya...Petang nie nak share tentang artikel yg dibaca melalui FB Ikhtiar untuk melawan kanser.. Menurut aktikel berkenaan,berikut adalah beberapa faktor lain membantu menghalang pertumbuhan kanser.... Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Allah menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula Sebagai insan beragama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Allah mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada’ buat s...

Terukir Di Bintang

Image
Mengingatkan Mu bagai Terukir di bintang... Jika engkau minta intan permata Tak mungkin ku mampu Tapi sayangkan ku capai bintang Dari langit untukmu Jika engkau minta satu dunia Akan aku coba Ku hanya mampu jadi milikmu Pastikan kau bahagia Hati ini bukan milik ku lagi Seribu tahun pun akan ku nanti Kan kamu Sayangku jangan kau persoalkan Siapa dihatiku Terukir di bintang Tak mungkin hilang cintaku padamu Hati ini bukan milik ku lagi Seribu tahun pun akan ku nanti Kan kamu Sayangku jangan kau persoalkan Siapa dihatiku Terukir di bintang Tak mungkin hilang cintaku padamu Sayangku jangan kau persoalkan Siapa dihatiku Terukir di bintang Tak mungkin hilang cintaku padamu Terukir di bintang Tak mungkin hilang cintaku padamu

Pernah Baca Tak Novel Nie?

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi... Menurut soalan yang di atas tue..jawapannya yer.. pernah baca.. tapi pada 1 waktu yg lama dulu..Now buku tue pon tak tau tersimpan kat mana dah.. Sekarang nie dah diterbitkan kisah tentang buku novel Gemersik Kalbu.. teringat critanya yang totally sama dengan yg pernah dibaca dulu... Jalan ceritanya pada permulaannya sangatlah slow.. tapi makin lama..dah nampak kerancakkan cerita sebenar,so makin lama kalau kita ikuti kisahnya,sure tak sabar nak tgk sampai abiskan... Betul tak? Bab pelakonnya memang lah sangat sesuai.. mulanya tak suka si Akasha yg jadi Heronya,tapi Akasha pandai melakonkan watak kasanovanya tue.. Wow.. meletops gitue.. so makin la aku tertarik nak tengok citer nie till endingnya.. hehehe sampai bebudak rumah tertanya-tanya best sangat ker crita nie????? Kepada peminat novel,mungkin nanti banyak lagi cerita2 novel yang akan diterbitkan dalam bentuk drama bersiri.. KAYO la penulis novel pas nie..Alhamdulillah.. Yang ada bakat unt...

..Info Tentang Kolestrol...

Image
Memahami kolestrol merbahaya dan kolestrol tidak merbahaya Assalammualaikum wbt dan Salm Sejahtera... Apa khabar anda?Pastinya anda tergolong dalam sebilangan bsar yang menjaga kesihatan dengan cara yang brbeza kan... Pastinya mendapat result yang TERBAIK... Hurm... beberap hari lepas saya terbaca satu result darah kawan sekerja..result yang lain amat baik tetapi yang satu itu la amat tinggi sekali kandungan kolestrol dalam badan...Di sini sy nak share sesuatu tentang memahami kolestrol yang di petik daripada nota Prof. Dr Azhar Mat Easa,Pakar Perunding Pemakanan... Beberapa bulan lalu, ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawap yang sengaja menabur paku di atas jalanraya berdekatan jambatan dan di atas jambatan Pulau Pinang. Bayangkan 100 buah motosikal dengan tayar pancit di atas jambatan Pulau Pinang. Motosikal yang diparkir di tepi jalan ini tidak begitu mengganggu lalulintas. Tetapi, bayangkan pula 100 buah bas dengan tayar pancit di atas jambatan. Jambatan tentu menjadi ses...

..Nak perhiasan Cantik tak semestinya MAHAL..

Image
koleksi Rhodium yang menawan... syantik uoolllss... Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera... Sehat ka semua? tQ pada yang sudi mai melawat blog saya nie.. kat sini saya suka share tentang perhiasan utk wanita khususnya..nak cantik tak semestinya kena beli yang mahal-mahal kan... tapi bagi yang berkemampuan mereka bebas membeli dan memakai apa saja... tapi bagi saya.. saya lebih suka dapatkan perhiasan yang menawan tetapi harganya lebih murah dan berpatutan.. yang penting kualitinya.. So.. saya dah pun memiliki beberapa set barangan di atas.. sangatkan BEST bila memakainya.. Anda mau juga? Email saya untuk tempahan dan selanjutnya.. iena_png@yahoo.co.uk :D TQ yer..

..Manisnya CINTA..

Image
Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... aishh... tetiba ja keluarkan tajuk cam gitu kan... tak der ape lah.. saja ja.. sebab baru lepas baca kad kawen kawan-kawan yang akan melansungkan hari bahagia mereka tak lama lagi.. Alhamdulillah sy tumpang happy buat semua kawan-kawan yang dah melangkah ke status "SUAMI ISTERI" peliharalah sebaik mungkin.. chewaahhh... Dalam tengah sibuk-sibuk buat asegmen,ternampak 1 dokumen lama yg tersimpan lam pen drive yg 1 nie.. haaa... sure la kan ada ayat-ayat dengan someone yang pernah rapat dahulu.. bila baca balik,sedey,happy n pelik pon ada.. apa tidak nya.. akibat tiada keberanian mmg segala hasrat terpendam tak dapat diluahkan dengan cara yang betul dan pada waktu yang betul.. tapi semua tue adalah pengalaman.. tahu pandangan orang tentang kita lebih membuka minda utk kita menerima sesuatu walau apa jua keadaan.. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang pernah rapat dahulu telah melayari alam rumah tangga dengan jayanya.. Syukur.. Bagi aku,sem...

..Ingin Badan Sehat Idaman?...

Image
Assalammualaikum wbt,Selamat Pagi... Hari nie nak share tentang Macam mana nak sehat... Dengan pengamalan semua produk yang dibawah,insyallah anda akan bertambah sihat... Saya adalah pengamal setia dan hasilnya pasti menakjubkan.. anda sudah mengamalkan nya? usah tunggu-tunggu,usah nanti-nanti.. dapatkan segera! Pelihara sihat anda demi orang tersayang.. wajib dan tak pernah tinggal yg nie... backup utk kulit usus n saraf halus.. Menakjubkan bagi yang ingin badan idaman... HAYATILAH... Aku ingin SIHAT.. Dulu aku seperti kamu Lincah, ligat, tegap, berwawasan Idea mengalir laju, fikiran kritikal-kreatif, mengalahkan Profesor Tutur kata jelas, meyakinkan, mengalahkan Pengarah Pemasaran Ditolak tak jatuh, dicabar tak kecundang Aku SIHAT Kini aku berbeza, Seringkali terkapai-kapai, tercungap-cungap meminta nyawa Agiliti minda pudar, tekanan sedikit, bisa menewaskan Aku bukan tua, sekadar kurang daya-upaya, lemah sedikit di sini sana Tubuh mudah kalah Minda sering berdarah Aku kehilangan SIH...

..Untuk yang ingin mendapatkan ZURIAT dan meningkatkan kesuburan..

Image
Asssalammualaikum wbt.. Salam Sejahtera.. Apa khabar semuanya..? maaf la saya agak sibuk dengan urusan seharian.. Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog saya.. Di sini saya selaku pengedar barangan kesihatan Zhulian ingin berkongsi info tentang wanita yag masih belum mempunyai zuriat..Dengan pengambilan Spirulina greenlex . Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien > Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik. > Spirulina Disahkan Organik. > Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang. > Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat. > Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan. Terdapat satu kajian (Kistanova et al, 2009) menunjukkan keupayaan spirulina menambah prestasi reproduktif pada khinzir hutan yang diternak di Bulgaria. Khinzir jantan baka ini ditugaskan untuk mensenyawakan beberapa puluh ekor khinzir betina, maka amat perlu bagi khinzir ini menjadi sihat dan subur. Selama 40 hari spirulina telah dibekalkan ke dalam diet enam ekor khinzir jantan, kemudian ...