Posts

Showing posts with the label VF

21.1.2013

Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhulah...  Tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah...  Tika bahu ini tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah...  Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT...  Agar tunduk di saat yang lain angkuh Agar teguh di saat yang lain runtuh Agar tegar di saat yang lain terlempar .. Assalammualaikum wbt... Sebenarnya kata-kata ini sudah lama tersimpan dalam profile saya di sebuat website iaitu Virtualfriends.net. Saya juga tak pasti kat mana saya cedok kata-kata ini. Satu hari saya post kata-kata ini di ruangan FB saya.. Wah..tak sangka ramai yang respond.. Jadi saya nak share pada kawan-kawan blog saya pula.. Jom hayati.. Yang mana baik sila ambil teladan... Terima kasih...

Berbuka Puasa di Kenney Rogers Queensbay.

Image
 Assalammualaikum wbt... Selamat malam.. dan selamat bersahut jua. Alhamdulullah dapat jua berbuka bersama geng-geng VF PENANG walaupun secara tak rasminya majlis ni di buat...Terima kasih buat Cik Anne,Encik Penyue,Encik Ery,Encik HCJ dan memnya Kak Anis kerana sudi memeriahkan suasana.. Booking dibuat lepas solat jumaat.. call jer no nie.. +604422325 dan boleh terus buat tempahan meja dan makanan...sangat senang.. tak payah tunggu lama-lama... kami memilih menu yang sama.. tetapi dishes yang berbeza...Syukur.. dengan pertemuan ini..masing-masing bertukar cerita..tapi macam biasa.. soalan cepuemas tetap ada..cam biasa.. jawapan sama.. Insyallah jika ada jodohnya..:) mudah-mudahan...apa lagi sembang pasal kawan-kawan VF yang pernah hang out sama-sama dulu...masing-masing dah berkeluarga dan bz jugak bt masa nie...bila lama tak jumpa,memang seronok sangat kalau dah jumpa balik... Selamat bersahur semua...

..Lepakking at Old Town Bayan Baru...

Image
Lepas magrib aku bersiap-siap untuk jumpa jurufoto untuk Majlis Perkahwinan Cik Azura kita nie...8.30 malam aku dah sampai kat Old Town Bayan Baru.. Nasib tak ramai..Boleh la duduk kat bahagian luaq.. sementara nak tunggu dorang datang, aku membelek-belek menu yang ada atas meja.. lama sungguh tak lepak kat situ... Saya memilih Cold Hazelnut White Coffe dan roti bakar dengan peanut butter... Nak makan yang lain tak teringin pulak... kemudian, En.Ogee pon datang... sampai ja kat meja..terus story pasal eksident dekat Sunshine Bukit Gambir.. Moto dengan moto berembung dekat traficlight.. dengar-dengar mati dua-dua orang tue... Darah penuh atas jalan..Ish... Ngeri aku di buatnya... Nie la dua orang kawan aku... En.Ogee dan En.Zam.. Teringin beno nak ada sebijik camera cam tue.. adeh.. modal belum ado lagi.. Lgi sorang Cik Anne.. Lepas makan,sembang-sembang pasal diri masing-masing serta perkembangan lain.. :) beshnya.. last jumpa dorang nie masa puasa tahun lepas.. kat tempat nie jugak..:...

..VF @ Virtualfriends.net..

Image
Selamat Pagi..Pernah dengar orang sebut-sebut pasai web kat tajuk tue? Pepagi macam nie aku suka layan 1 web nie nama.. VIRTUALFRIENDS.NET . Meh aku story sikit pasal kelab nie.. Virtualfriends.net atau nama samarannya VF memang salah satu web yang tak pernah aku dengar satu masa dahulu, sehingga aku diperkenalkan oleh member chatting dalam MIRC dulu-dulu yang merangkap kawan aku sampai sekarang. Aku tak pernah tanya la kan pasal sejarah VF nie sebab aku tau bila nak buat web nie perlukan kewangan yang kukuh untuk memastikan web nie tetap bertahan. VF semasa ianya mula beroperasi yang pada tahun 2001... Terlalu banyak sejarah-sejarah VF yang tak dapat dilupakan dalam perjuangan VF terutama Webmaster , Advisor , Administrator , Moderator , serta ahli-ahli VF yang masih setia dengan VF dari dulu sampai sekarang... Dalam web nie macam-macam boleh anda lakukan antaranya tambah kawan,Post gambar,Lihat-lihat gambar,Komen-komen gambar,Post discussion,Komen-komen discussion,Baca article,Post ...

...Orang Jauh...

Image
Lepas outing ngan adek aku... malam tue aku p amek Kak Tinie yang baru sampai dari Melaka kat Hentian Lrt Titiwangsa sebab malas mau p Bukit Jalil.. Pastu lepak-epak kat umah dulu sementara nak tunggu Puteri Santubong dari Sabah landing kat Lcct.. Then Kak Ana datang selepas selesai segala urusan dia.. Sembang punya sembang, dapat mesej dari Puteri dari sabah tue,Kak Ari.. rupanya dia dah sampai rupanya. Kami pon bersiap-siap p amek dia kat Gombak.. Then kami terus g cari tempat makan... Kami singgah di Taman Bungaraya,Setapak tuk makan Char keteow Mali's... 4 Cahr Keteow kecil tuk 4 orang... Lepas setel ,kami p round-round kat Danau Kota yang tengah sebok-sebok nak tutup kedai... Penat berjalan, kami pon pulang.... Pagi Sabtu kami kluar bekpes di sekitar Kg Baru.. Nasi lemak bersama kangkung rebuh jadi pilihan.. lepas makan kami pulang ke rumah sebab kak ana nak terus balik kampung dan yang dua orang lagi nak p kenduri kat gombak.. Aku pulak kena kerja peang then lepas keja aku na...