..i fOlLow U..

Monday, November 29, 2010

..AA Promo..




Jom klik link nie tuk view promo AirAsia http://www.airasia.com/nl/nl101123n9dm_my.html



ahaks.... promo nie memang best bagi yang rajin pergi bercuti... Saya pun tak ketinggalan tuk booking tiket balik kampung...:)yeah... best best.. Cuti sekolah nie ada plan pergi bercuti tak ?

Saturday, November 27, 2010

...bUlan Puasa...


Bulan puasa lama dah meninggalkan kita..... Bilakah ianya kembali? Semestinya pada Ramadhan tahun hadapan.. Rindukan bulan puasa..! Aku amat liat nak bangun sahur... asal bangun jer,mesti dah tersedia makanan atas meja.. Selalunya mak dan kakak yang bangun dulu tuk sediakan makanan.. Lepas makan, rehat-rehat jap sambil menunggu waktu solat subuh. Aku pulak.. pasang keset kumpulan Saujana.. Antara lagu yang aku layan...

Suci Sekeping Hati, Teman Sejati, Sendiri, Sepohon kayu, Bulan Bintang,Padamu selamanya, Usia antara masa, Keluagra bahagia...

semuanya aku suka dengar....


Anda bagaimana?

Friday, November 26, 2010

Tik..tik..tik hujan turun..

Hari nie seperti biasa aku ke tempat kerja.. Memang tak berapa sibuk kerana ramai yang bekerja shif yang sama.. Aku ditugaskan menyiapkan data dan memasukan ke dalam MYCPD ONLINE..Semua nie untuk melihat dan mengukur prestasi diri di tempat kerja..

Hujan lebat tiba-tiba menjelang tamat waktu bekerja.. Aku sudah merancang mahu keluar mencari barang. Terpaksa aku tangguhkan jua..

Lepas magrib hujan mula berhenti.. Selepas solat magrib aku mengajak zura menemaniku ke kedai untuk mencari barang..

Cari punya cari.. Akhirnya jumpa jua bunga yang sama warna.. Aku terus membeli dan pulang ke rumah..

Sebelum tu,singgah makan dulu kat Shukumvit Restoran, Kampung baru.. Dekat ja ngan umah..

Sesampai ja di rumah,aku memulakan operasi yang telah ditangguhkan akibat tak cukup bunga.. So,apa lagi,terus deco je.. Dan siap sepenuhnya.. Tuan badan pun cakap kiut-miut.. Tinggal nak touch-up je nanti..


Selesai satu bab.. :-D

Thursday, November 25, 2010

Bahagiakah anda?

Senang tidak mesti bahagia..
Susah tidak mesti gelisah..
Kaya tidak mesti selesai masalah..
Miskin tidak mesti membuat masalah..

Janganlah bersusah hati jika tidak mendapat kasih manusia..
Kerana ia tidak abadi dan tidak sejati..
Ketagihkanlah cinta Allah..
Carilah kasih sayang-Nya..
Kerana ia kekal abadi lagi sejati..
Bertemu janganlah terlalu kerap,
Berpisah janganlah terlalu lama..
Agar persahabatan dan kasih sayang sentiasa terjalin..
Bertemu tidak jemu..
Berpisah tidak gelisah..





Oleh..
< Syuib Sulaiman >

Tuesday, November 23, 2010

..Fenat..

Fenat..
Tapi seronok lakukannya..
Memang pack jadual aku kebelakangan nie..
Mood teratur..
Steady jer kan..
Mungkin happy untuk rakan-rakan..
Perkara lalu memang tengah suam-suam kuku..
Harap-harap tak la teruk keputusannya..
Rindu makin menebal pada ayahbonda..
Alhamdulillah mereka gembira di sana..
Kami di bumi Malaysia makin erat pehubungan saudara..
Aku bersyukur kepada-Mu...

Sunday, November 21, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

Contest? tak pernah join pun... kecuali contest yang dibuat oleh Kak Leez.
So saya dah ditag oleh Aujinz
untuk sertai contest nie...
Anda pon boleh cuba...
Mari kita cuba....
klik..

Banner Comel

untuk mengetahui contest dan syarat-syarat.

Id Mommy Pink nak sama dengan id blog saya http://mamapink07.blogspot.com
tapi kami berbeza orangnya kan kan kan...
Jom layan entry nie yea Mommy Pink..

Saya amat meminati lagu nie..
Berdegup jangtung bila mendengar alunan muzik ala-ala arabic dan lirik-liriknya amat menyentuh hati,meresap agar kita mencintai Allah dan Rasulullah S.A.W.
Mari kita hayatinya...



Tidak lupa jua cinta kita pada Ibu Bapa serta sesama umat..



...Rindunya MAK ABAH yang sekarang berada di Tanah Suci...

Refferal saya : Aujinz
Yang menyediakan contest : Mommy Pink


Dan saya mentag pula kepada...
1>Cik Buzu Ediany
2>Kak Leez
3>Cik Iryana

Semua nie kawan-kawan yang rajin online dan sure ada lagu febret masing-masingkan...
Selamat mencuba...




..1st Entry untuk Contest...

Saturday, November 20, 2010

...Cool Cha...



haaaaaa....
nampak sedap kan..
Makanan nie namanya Cool Cha Chicken...salah satu makanan kaum india selain tosei,capati...
Bagi sesiapa yang pernah nampak atau pernah makan... mesti rasa nak makan lagi kan.. cool cha nie ala-ala pizza jugak la.. di buat dengan roti nan dan di letakan isi ayam kat tengah tue.. pastue letak cheese kat atas.. Ia di makan dengan beberapa jenis kuah seperti kuah dalca,sos,pudina,dan coslow.. tak lupa juga dimakan dengan hirisan bawang besar,timun serta limau nipis..tak caya sila ke Kapitan Bandar Perda,Kapitan Georgetown atau Kapitan Quensbay.semuanya di Penang sahaja..:)


Selamat mencari dan mencuba...

..NeW bOrn...

7. 16 pagi - "Hellooo... Assalammualaikum... dah balik keje ke belom?" terima panggilan dari Choi,sahabatku. "Belom..ada kat tempat keje lagi.." jawabku. " nak bagitahu nie... aku dah bersalin 2 pagi tadi .. baby boy. ada kat wad nie..." tergamam aku seketika...."TAHNIAH !!! hehehe cepatnya.. " jawab ku kembali..

Tak sangka cepat pulak baby nie nak kuar. Baru ja aku jumpa mama Choi nie dua hari lepas.. hehe apa pun.. aku bersyukur baby sihat walaupun berat 2.3 kg jer.. Baby boy itu di beri nama Muhammad Adam Rayyan Bin Mohamad Fairus... Tahniah buat kalian.. Semoga kalian dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh. Syoknya dapat tengok baby petang tadi.. perasaan yang sukar aku nak gambarkan...hati berbunga-buga barangkali melihat baby tue.. Aku dengan automatiknya menjadi aunty buat rayyan...
Sayang Rayyan..:)


Wednesday, November 17, 2010

...Khabar Haji...



Menonton khabar haji di Astro Oasis memang amat menyeronokkan.. Dapat melepaskan rindu buat Abah dan Mak di sana.. Alangkah bagusnya jika aku dapat bersama-sama mereka di sana..





Pagi nie aku terima panggilan dari mak.. mak sehat.. tapi suara selesema masih kedengaran.. mak bertanyakan tentang kes yang sedang berlaku.. aku masih tak punya jawapan.. aku berkata jangan bimbangkan aku.. selesaikan urusan mak di sana..Mak berkata, abah dah botakan kepala.. bagaimana agaknya rupa abah..? sepanjang aku bersama abah,belum pernah aku lihat abah bercukur kepala...





Hari nie aku bekerja sebelah pagi.. jarang sebenarnya aku keje pagi di hari raya,sebab aku tak nak lepaskan peluang untuk solat hari raya.. tapi hari nie aku kerja,tak dapatlah aku ke surau..





Suasana tenang di tempat kerja.. cuma bilangannya sama seperti hari biasa..

Tuesday, November 16, 2010

...AidiladHA....



Dengan rasa rendah diri..
inginku menyusun sepuluh jari...
memohon maaf andai ada salah silap yang tak ku sedari..





Di hari berbahagia ini..
ku doakan agar setiap pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari-NYA..





Dalam melalui setiap detik demi detik...
ingatilah setiap pengorbanan orang tersayang..
pengorbanan mereka amatlah besar dan tak terbalas rasanya..





Oleh itu..
marilah kita menggandakan lagi ibadah agar sentiasa berada dalam golongan orang yang beriman serta mendoakan yang terbaik buat semua...





Salam Aidiladha buat semua....

Monday, November 15, 2010

..pUaSa Hari Arafah...

Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)


Hari nie aku berpuasa hari arafah sempena mak abah ada kat Mekah dan agar segala urusan mereka di sana di permudahkan.......
Insyallah......

Sunday, November 14, 2010

..menanti..

Menanti.. menanti.. menanti dan terus menanti..
BilaKah ketemu jawapannya..
Esok kan bicara lagi..
Hati tidak tenang..
Entah kemana pula kaki ini akan melangkah..
Tidak mahu aku putus kan..
Biar ia henti sendiri pada perhentian seterusnya..
hanya Doa pada-Mu mampu aku teruskan...
Cuba menyelami erti redha..
Hikmahnya terselindung tak mampu ku teroka..
Diiringi rasa tak keruan ini...
Kuatkanlah wahai hati..
Cekalkan teguhkan imanku..
Jangan kau lunturkan semangatku..
Di saat-saat aku tiada tempat mengadu selain padaMU Yang Maha Agung..
Siksa dunia..

Friday, November 12, 2010

...Baraka Allahu Lakuma....



i Love This Song

...Song By Maher Zain...

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Thursday, November 11, 2010

..Dup dap..

Dup dap dup dap.. Berdebar betul rasanya sejak masuk keje shift malam nie..

Adoi..! berita yang merunsingkan hati aku.. Khabarnya kami yang tersenarai antara staf yang Mungkin akan ditukarkan ke tempat lain.. Huhuhu akulah antara nama yang tersenarai tue.. Huuwwaaaa.. Tak suke tak suke.. Pening dibuatnya.. Tak putus-putus doa aku agar kes nie selesai secepatnya.. Makin lama makin tak senang nak buat kerja lain.. Tapi kalau penyelesaiannya adalah pertukaran ke tempat lain,aku pasrah..

Sebahagian perangcangan hidup aku dah mula goyah.. Dimana aku hendak mencari kembali semangat itu.. Punya lama aku menanti saat mengecapi impian nie.tapi, tiba jua apa yang halangan yang aku tak duga..

Aku hanya mampu berserah.. Andai sudah ketentuan rezeki aku bukan lagi disini,biarlah aku membawa diri dari sini..


Ya Allah, Titipkanlah semangat baru untuk aku meneruskan perjalanan di bumi ini.. Kau kuatkanlah semangat aku..

Wednesday, November 10, 2010

..Kewujudan..

Makin hari makin bertambah blog-blog baru muncul. Bagus jugakan.. Sekurang-kurangnya dapat mengetahui tentang kehidupan seseorang kan..

Selain tu,ia menjadi bahan rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang sesuatu. Kita dapat memberi pandangan serta komen dari individu.

Kita juga dapat mempelajari tip-tip yang bagus dalam melaksanakan sesuatu.

Pemilik setiap blog mempunyai kreativiti yang tersendiri..

Anda ada blog? Hendak saya mengikuti blog anda atau blog yang menarik? Nyatakan link blog anda..

Dan... Bagaimana anda menyedari kewujudan blog saya? apa pendapat anda?

Sila nyatakan.. Terima kaseh.. :-)

Tuesday, November 9, 2010

..Serabut..

Permulaan minggu yang amat memenatkan. Dah dua hari aku stay back lepas kerja pada shif pagi. Letih memang tak tau nak kata la kan. Letih fizikal memang bagus. Tapi letih mental mau tension di buatnya.

Nampak gayanya makin berat kes nie.. Siap kena buat kronologi laGi. Mana la nak mencari puncanya.. Mau tak pening nak mencari dan nak fikir balik benda yang lepas.

Pelbagai gosip-gosip telah menular kat tempat kerja sekarang nie. Yang paling utama tue mungkin kami akan di tukar ke bahagian lain. Alahai.. Lagi la pening..


Memang serabut betul minggu nie :-(

Friday, November 5, 2010

BiaRkan Aku JatuH cInta



mata ini...indah melihatmu ! rasa ini...rasakan cintamu ! jiwa ini,getarkan jiwamu ! jantung ini...detapkan jantungmu ! dan biarkan aku ! padamu menyimpan sejuta harapan ! aku padamu ! rasa ini tulus padamu ! takkan berhenti sampai nantiku mati ! biarkan aku jatuh cinta ! personaku pada pandangan ! saat kita jumpa ! biarkan aku kan mencuba !tak peduli kau berkata ! tuk mahu atau tidak........

mata ini
indah melihatmu
rasa ini
rasakan jiwamu...

Aku yakin aku suka lagu nie sekarang nie walaupun aku tak ikuti cerita Safar dan Marwah yang sedang di tayangkan dalanm TV sekarang nie...
Layan jer bila dengaq lagu nie..
korang try la layan..

Thursday, November 4, 2010

ke-1OO

entri nie adalah entri ke 100.. Maknanya dah banyak jugak la kan cerita-cerita aku sebelum nie. MENARIK atau tidak,blog ini akan diteruskan seperti biasa..

Sekalung ucapan Terima kasih pada yang sudi menjadi follower blog saya nie.

Hari nie aku serta rakan-rakan di soal selidik oleh ketua bahagian tempat aku bertugas. Memang berdebar,seriau,entah macam-macam rasa lagi.. Puas aku baca bermacam-macam doa sebelum tue.. Hehe sebab tak pernah mengadap sapa-sapa sebelum ni..

Sesudah mengadap,aku merasa sedikit tenang dan kami perlu membuat surat berkaitan masalah ini walaupun bukan 100% kesalahan dari pihak kami.

Pelbagai penambahbaik telah kami rangka untuk di laksanakan.. Aku berharap kami dapat selesaikannya dengan pantas dan baik.

Muncul pelbagai spekulasi dan pihak kami perlu bersiap sedia untuk menjawab semuanya.


Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..



..rindu abah ngan mak..

Alhamdulillah....

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku telah menjadi sedikit tenang selepas bermesyuarat dengan bos kat tempat kerja aku. Walauapapun,kekesalan tetap timbul jauh dari lubuk hati aku sebab aku tak begitu prihatin tentang perkara ini sebelum menjadi masalah besar. Sekarang kami tengah berusaha menyelesaikan masalah nie. Aku terpaksa berkorban masa untuk teruskan usaha ini. Harap-harap semuanya akan cepat selesai. Tension dibuatnya. Nak tido pon dah macam tido-tido ayam..kejap-kejap terjaga,susah hati dibuatnya. Minggu nie kena mengadap lagi bos kecik pulak.. tunggu jew la nak kena fire nanti. Surat insiden semua dah setel. Tunggu Nak mengadap je nie.. Haihhhhh.... sasau dibuatnya....

Monday, November 1, 2010

Hari ini..

Hari inie 1 hb november... tepat jam 11.30pagi abah dan mak serta jemaah haji yang lain berangkat ke Tanah Suci Mekah.. Pemergian mereka di iringi dengan doa dari anakanda sekalian serta sanak saudara rakan taulan semoga selamat menyempurnakan haji serta diberi kesihatan yang baik di sana.. Sejak dua tiga mingu lepas lagi aku tak keruan di buatnya.. Apa tidak nya,dulu masa mak p Mekah, aku masih di bangku sekolah . Tak da la sangat nak terasa. Bila dah besar nie, memang lah tak dapat nak sembunyi lagi semua tue.. Memang sedih sangat. Nak hentikan air mata nie memang la susah. walaupun kejap jer dorang pegi,tapi tetap rasa sedey jugak.. sampai merah la mata nie. Aku rasa aku yang paling over sedeh kot.. Even tengah menaip nie pon air mata aku meleleh... teruk kan.. :( lagi 44 hari dorang balik la... semoga segala di permudahkan..Aminnnnn.....


wEddiNg yaNafUziaNa



31.10.2010 merupakan tarikh bersejarah bagi pasangan Fuziana dan Izudin.. Pasangan pengantin segak dan molek berbaju sedondon coklat gold yang memang menjadi kegemaran si suami..Memang meriah majlis dorang nie.. kedua-duanya fotographer..tak sabaq mau nengok gambaq kawen depa dua nie.. TAHNIAH dan semoga bahagia dan cepat dapat baby.....