Posts

Showing posts with the label my k-pop

Selamat Hari Lahir...

Assalammualaikum wbt... Selamat malAm..alhamdulillah masih bernafas di bumi yang indah ini.. 12 Mac merupakan hari yang paling indah buat diri ini. Selamat Hari Lahir buat saya FADHLINA AHMAD.. Selamat bertemu angka bersiri '3' Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta permudahkan urusan yang telah dirancangkan.. Syukur sangat dapat hadiah yang tak ternilai dari insan tersayang. semoga ikatan yang terjalin sentiasa mekar dan diredhai Allah. Terima kasih juga buat keluarga serta sahabat yang telah memberi ucapan kepada saya. Terima kasih pada yang Maha Esa kerana mengurniakan insan-insan yang sudi menyayangi saya. semoga anda jua diberkati Allah.. ameen.. syukur alhamdulillah.. #baekbaeksayang

Sembilang Oh Sembilang

Image
Assalammualaikum wbt.. Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak.. Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir.. Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun...

Rindunya....

Image
Hand Bouquet terbaru June/2013 untuk tempahan sila PM di FB saya TQ... Assalammualaikum wbt.... Selamat berhujung minggu... mudah-mudahan sentiasa berbahagia di samping orang tersayang. Perjalanan hari demi hari makin berat terasa.. Pembelajaran di ikuti dengan ujian yang satu persatu datang dan pergi. Alhamdulillah semuanya beransur baik dan berjaya diharungi.. Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah,kekurangan. Hanya pada DIA yang satu tempat ku bermohon agar dipermudahkan.Benarlah ungkapan "hidup tak sentiasa indah" sebagaimana yang kita harapkan. Jika ini berlaku,kembalilah meneliti hidup ini,tingkatkan ibadah,sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan rahmat yang kita rasai.. Mudah-mudahan sentiasa tenang dan sabar mengharungi liku-liku hidup. Semoga anda semua jua bersemangat tak kira dalam apa jua rintangan. Semoga dipermudahkah Allah SWT.

12.3.2013

Assalamualaikum wbt.. Selamat Pagi...   Hari nie.. Hari Lahir Saya...   Selamat hari lahir Fadhlina Ahmad.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh, diberi kesihatan yang baik, diberkati Allah.. Gembira bersama insan-insan kesayanganku...   Sekian.. With lots of LOVE...

2.3.2013

Image
Assalammualaikum wbt... Hari ini.. Hari yang di nanti-nanti buat KAMI.. Seperti yang dirancang.. Alhamdulillah tibalah masanya KAMI bersua.. Dengan restu mama,diizinkan bertemu.. 10 pagi..agak lambat bersiap dan keluar dari rumah.. Kereta aku pandu ke tempat yang dituju.. Lalu kami bertemu.. Aku memandu terus ke desinasi pertama rumah Buzu bersama Encik Kpop.. Selesai ambil papan untuk photobooth kami ke Medan Selera TTS.. Menu yang sama..aku bihun sup dan Encik Kpop kueyteow + mee sup.. Seterusnya selesaikan urusan Encik Kpop baru selesaikan urusan aku pulak.. Dari ofis Encik Kpop kami menaiki feri Penang untuk ke seberang.. Lama sudah tak naik feri dengan kereta.. selalu aku jalan jea kalau naik feri.. Sampai di seberang sana kami terus mencari makanan tengahari.. Encik Kpop dah mula lapar.. Kami singgah kedai makan area Sunway Canival.. Boleh tahan jugak lauk kat situ.. Aku tak dak pilihan terpaksa makan nasi juga.. Lepas tue kami ke A to Z,mencar...

19.2.2012

Image
  Assalammualaikum wbt..Selamat malam.Alhamdulillah kini ku sudah sampai di KL.. Perjalanan 5 jam dari petang tadi amat lancar walaupun hujan renyai di sesetengah tempat.. Banyak ku bawa bekal hari nie. Spagethi,kek coklat,roti john,sosej dan nugget,nescafe suam dan buah dokong.. Complete set.. hehehe semua nie sebab dah breakfast nasi merangkap lunch.. Jadi semua kena tapau la..Lama dah tak tunjuk skill buat spegethi. Maklumlah balik kejap-kejap jea.. Bekal yang dibawa semangnya tak habis. Jadi rezeki orang KL la yang ada kat rumah nie..       Dalam perjalanan, aku habiskan dengan membaca novel yang aku beli baru-baru nie.. One Day You'll Be Mine dah setel diganti pula dengan cerita The Wedding Breaker.. Wow.. sangatlah gigih menghabiskannya... Another 1 book masih ada di Penang. Bertemankan hujan renyai-renyai ku minum nescafe serta makan roti john yang di bawa..Bestnya..memang layan habis la cerita nie..   Dalam masa tue sempat online up...

Hari ini...

Alhamdulillah... selamat dah lagi seorang BFF aku bertunang.. 1 langkah sedang menuju gerbang perkahwinan.. Syukur.. aku amat bahagia sebagai seorang sahabat..serta mendoakan sahabat-sahabat yang lain sama-sama ke arah yang sama.. Mudah-mudahan... walaupun tak sempat menunggu majlis sarung cincin tapi lega sebab dapat temankan dia sekejap kat sana.. Lepas kenduri my Bff,sy pon balik rumah dan solat Zohor. Terus ke rumah kenduri yang lagi satu.. Pergi ambil Zam dan Jin.. Kawan VF saya, Nazrul Fitri. walaupun lambat,sampai gak kami...Makan laksa plak tue..sangat sedap walaupun kuahnya agak cair. wah.. tak puas makan laksa..Jadi gambar akan di upload kemudian..oke.. mata malam nie mengantuk awal la... :( napa yea? hati pulak tak keruan dibuatnya.. tengah sembang pasal kenduri tadi dengan mak,terselit pulak satu cerita tentang saya.. Sekadar memberitahu apa sebenarnya dah terjadi pada anaknya yang jauh nie.. Jadi..dengan rela hati mak mendengar cerita-cerita aku.. Terima kasih MA...

7.2.2013

Image
Buat insan yang hampir denganKU,Kesayangan hamba.. Seindah pelangi asmara Menghias taman cinta kita Biarpun sekian lama Tak terpadam cinta Ku genggam janji cinta kita Tak akan ku mengingkarinya Berpada kasih ke akhirnya Hanya Tuhan saja penentunya [*] Ku hulurkan tangan tanda kasih Di dalamnya ada rasa rindu Mekar bunga cinta dalam hati Hanyalah untukmu [**] Setialah pada janji kekasih Moga cinta kan bersemi terpatri Dan pergilah onak duri Tabahlah kau menghadapi [***] Andainya masa diizinkan Tuhan Kan ku bina mahligai indah bersama Hanyalah engkau seorang Untuk selamanya Seindah pelangi asmara Menghias taman cinta kita Biarpun sekian lama Tak terpadam cinta Yang menyala…

4.2.2013

Kala Cinta Datang Tak terduga... Sahabatku yang di Rahmati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.Kala cinta datang tak terduga...Silih berganti menghampiri kehidupan kita...Ketahuilah bahwa cinta tak kenal waktu,dan tak kenal tempat dan kepada siapa... Manakala menyedari saat JATUH CINTA peganglah kendali diri, jangan sampai terjebak dengan keindahan duniawi yang belum tentu akan menjadi halal bagi kita... Peganglah kendali diri dengan selalu mentaati-Nya, jangan sampai DIA murka karena kemaksiatan kita....Kalau JODOH Tentu Tak kan Kemana... Maka jauhkan rasa yang belum menjadi halal itu kepada ktentuanNya. Yakinlah bahwa dalam penjagaan-Nya segalanya akan baik- baik saja...Hingga jika sudah tiba saatnya kalau dia jodoh kita Allah Subahanahu wa Ta’ala mempertemukan kembali dengan Redha-Nya melalui ikatan Suci PERNIKAHAN yang BAHAGIA. Sekiranya dia bukanlah jodoh kita, Maka Bersabarlah dan Mengharaplah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala saja,yang tidak pernah berbuat dzalim kepada hamba...

Menyambut Janji..

Image
Hari nie saya suka lagu nie... Jom dengar sama-sama...:)

Sampai Hujung Nyawa..

Assalammualaikum wbt.. terjumpa lagu nie.. Tidak pernah Ku terfikirkan Bahawa kau dan aku Ditakdirkan bercinta Aku bagaikan tak percaya Bila kau melafazkan Kau cinta kepadaku *Terasa indahnya perasaan Sejak kau hadir dalam hidupku Setiap hari merinduimu Tanpa jemu ku menantikan mu Gelora di jiwa membuatku gelisah Menanti saatnya untuk bersama Betapa sabarnya ku dibakar rindu Yang menjulang-julang cintaku kasihku kusimpankan untukmu Tidak sedikit berubah hati Bertapa setianya cintaku kepadamu Sampai hujung nyawa Kuberdoa agar kau pun setia... Ya Tuhanku bahagiakan kami... *my k-pop..

Syukur padamu Ya Allah..

Image
Saat ini aku bersyukur padamu Ya Allah.. Doa aku mohon padaMu Tuhan.. Bicaramu yang penuh bermakna Menambah keyakinanku padamu Ya Allah.. Semoga segalanya berada dalam keredhaanmu.. Tak pernah aku harapkan apa yang aku tak mampu nak lakukan.. Cuma diberi peluang mengenali diri serta menyenangi hati orang-orang yang disayangi.. Doaku agar ianya satu permulaan yang baik.. Demi masa hadapan.. Andai ia milik ku.. Sudah pasti ia jua atas kehendakmu- Ya Allah.. Terima Kasih Ya Allah.. Pasti sujudku hanya padamu Yang Maha Agung.. Alhamdulillah... gambar dari encik google..

20.1.2013

Image
HIDUP ini susah kita nak DUGA: Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH. Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI. Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA

Love My Butterfly

Image
..."Dalam perut I, umpama ada sekumpulan rama rama. Kalau seorang lelaki berjaya membuatkan butterflies in my stomach mengepak laju, bererti dia berjaya menari ... k perhatian I sedikit. Tapi kalau rama rama bergerak dari dalam perut naik keatas dada...mengepak riang...bererti dia berjaya mengocakkan hati I. Kalau rama rama itu tak mahu turun, tetap mengepak ghairah di jantung I, bererti that guy sangat sangat menawan. And he's my soulmate"... Iris...♥ Love that words..May Allah Always Bless All kind of Love around me.. Please Stay...!

19.1.2013

Izinkan saya merindui awak, mengingai awak, mencintai diri awak. Kita tidak ditakdirkan bersama di dunia ni. Semoga di akhirat kelak, kita akan menjadi pasangan suami isteri. Maafkan saya kerana mencintai diri awak. Saya tidak akan melupakan awak. Tidak akan selama-lamanya. Saya bahagia mencintai awak. Mencintai awak secara diam-diam. Mencintai seseoang yang tidak tahu dirinya dicintai. Biarkan saja ia menjadi rahsia dalam hatiku. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang perlu tahu kerana satu dosa mencintai hak orang lain. Selagi ia tidak terluah,selagi itulah ia bukan dosa. Aku bahagia dan tenang dengan cara ini. Walau berada di daerah yang sama. Tidak sekali-kali aku berbuat demikian. Tidak akan lukakan hati perempuan sebaik dia . Kata-kata ini adalah petikan dari novel Awak Suka Saya Tak.. Namun ia juga pernah terjadi pada diri aku.. Bebas mencintai sesiapa tanpa aku luahkan.. Memang bahagia dengan cara ini kerna aku tahu cinta aku hanya dari pihak aku.. Namu...

18.1.2013

Sastera Kupu-kupu.. Lagu nie mengingatkan tentang kisah rama-rama yang sentiasa ada bersama Iris.. Dan ianya jugak hidup bersama aku.. jom layan.. ost Setia Hujung Nyawa.. dari Mimie Haris       Betapa kelam buat aku tak termampu Di manakah mentari Yang dahulu di sisi Betapa kejam bila sayapku kau patah Tubuhku pun melemah Diriku pun merebah Sakit ini Adalah setia yang tak pernah kau mengerti Berharap kasih moga engkau mampu memahami Walaupun bukan sekarang Bahagia menjelang Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama Andai musim pun berubah Dirimu kan datang Aku si kupu-kupu Hinggap di kuntum hatimu

Needed..

Image
  Jika benar..In Sya Allah 

16.1.2013

Merayu dari Thomas Arya Tahukah engkau betapa ku menyanjungimu tahukah engkau semua cinta tercurah padamu biar bumi membelah dua namun sayangku takkan berubah bukan rayuan semua terucap dari hatiku hanya dirimu slalu menjadi bunga tidurku jangan biarkan ku menunggu hadirlah kasih aku merayu andainya kau dapat ku miliki tak mungkin lagi ku lepaskan kaulah penghuni relung hatiku sayang dan cintaku untukmu berjanji diriku pada cintamu sumpah demi langit dan bumi dirimu akan ku jaga selalu sampai akhir batas waktuku Assalmmualaikum wbt.. Selamat pagi.. Pagi nie baru  balik dari kerja.. penatnya.. semalaman tak tidor.Pesakit yang maha ramai.. Sampai rmahcam biasa la mandi-manda makan..Sambil dok sia tempat tidor..Sampai 1 sms suh cari lagu nie.. Korang pernah dengar tak? Seriusly aku memang tak pernah dengar pon lagu nie.. Dah jumpa pon lagu nie..Rupanya memang top sangat lagu nie..Macamana aku tak tau.. hehehe sian kan..Tapi takpe..kita layan lirik dia yang agak best..

Awak Suka Saya Tak?

Kalau kita ingat kita kaya, Ada orang lain yang lagi kaya. Kalau kita ingat kita cantik, Ada lagi yang lebih cantik. Jangan terlalu sombong dengan apa yang kita ada, Sekejap aje Allah tarik balik. Cinta itu datang tanpa diundang, Perginya tanpa dihalau. Cinta itu pelik dan penuh misteri, Sejuta orang,sejuta pelbagai rasa cinta. Jangan persoalkan bagaiman seseorang  itu boleh mencintai kita. Cinta yang suci tiada jawapannya. CUMA HATINYA DAPAT MERASA. Cinta suci itu ada, Hanya yang bertuah saja akan memilikinya. "CINTA YANG SUCI,TIADA PERSOALAN DA TIADA JAWAPAN.IA DARI ALLAH.HANYA MEREKA YAnG IKHLAS SAJA YANG TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA. AJAIBNYA RASA CINTA INI,HANYA  ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI." GO FIND YOUR TRUE LOVE! Berikut adalah kata-kata yag saya petik dari novel " AWAK SUKA SAYA TAK? " Penulisan dari Melur Jelita .Terbitan Karya Seni . Kepada peminat novel tegar,adakah anda sudah mendapatkan naskah ini? Jika belum silalah berbuat dem...

Setia Hujung Nyawa Ost

Assalammualaikum.. Salam Sabtu di hujung minggu.. Meh dengarkan lagu yang tengah femes.. cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. Dan apa Yang kau mau kan dari ku Telah lamaku kataYang ku cinta sepenuh hatiku Sampai bila Harus aku menunggu cinta mu Dan pabila ku sedari Kaulah yang pertama kucintai Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu Hanya saat ini yang dapat menemanimu Dengarkanlah sekali lagi Jika kau tak percaya pada diriku Bilaku berkataI said i love youu.. Dan apa Yang kau mau kan dari ku Telah lamaku kataYang ku cinta sepenuh hatiku Sampai bilaHarus aku menunggu cinta mu Dan pabila ku sedari Kaulah yang pertama kucintai Maafkan lah diri ini Jika takdir menjemputku dahulu Hanya saat ini yang dapat menemanimu Dengarkanlah sekali lagi Jika kau tak percaya pada diriku Bilaku berkataI said i love youu.. Maafkan lah diri iniJ ika takdir menjemputku dahulu Hanya saat ini yang dapat menemanimu Dengarkanlah sekali lagi J ika kau tak percaya pada dirik...