Posts

Showing posts with the label bicara

4.2.2013

Kala Cinta Datang Tak terduga... Sahabatku yang di Rahmati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.Kala cinta datang tak terduga...Silih berganti menghampiri kehidupan kita...Ketahuilah bahwa cinta tak kenal waktu,dan tak kenal tempat dan kepada siapa... Manakala menyedari saat JATUH CINTA peganglah kendali diri, jangan sampai terjebak dengan keindahan duniawi yang belum tentu akan menjadi halal bagi kita... Peganglah kendali diri dengan selalu mentaati-Nya, jangan sampai DIA murka karena kemaksiatan kita....Kalau JODOH Tentu Tak kan Kemana... Maka jauhkan rasa yang belum menjadi halal itu kepada ktentuanNya. Yakinlah bahwa dalam penjagaan-Nya segalanya akan baik- baik saja...Hingga jika sudah tiba saatnya kalau dia jodoh kita Allah Subahanahu wa Ta’ala mempertemukan kembali dengan Redha-Nya melalui ikatan Suci PERNIKAHAN yang BAHAGIA. Sekiranya dia bukanlah jodoh kita, Maka Bersabarlah dan Mengharaplah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala saja,yang tidak pernah berbuat dzalim kepada hamba...

22.1.2013

Image
  Apa MAKNA S.A.Y.A.N.G ?     Tolong mai habaq sat....!!!     *saya budak baru belajar* 

Syukur padamu Ya Allah..

Image
Saat ini aku bersyukur padamu Ya Allah.. Doa aku mohon padaMu Tuhan.. Bicaramu yang penuh bermakna Menambah keyakinanku padamu Ya Allah.. Semoga segalanya berada dalam keredhaanmu.. Tak pernah aku harapkan apa yang aku tak mampu nak lakukan.. Cuma diberi peluang mengenali diri serta menyenangi hati orang-orang yang disayangi.. Doaku agar ianya satu permulaan yang baik.. Demi masa hadapan.. Andai ia milik ku.. Sudah pasti ia jua atas kehendakmu- Ya Allah.. Terima Kasih Ya Allah.. Pasti sujudku hanya padamu Yang Maha Agung.. Alhamdulillah... gambar dari encik google..

21.1.2013

Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhulah...  Tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah...  Tika bahu ini tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah...  Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT...  Agar tunduk di saat yang lain angkuh Agar teguh di saat yang lain runtuh Agar tegar di saat yang lain terlempar .. Assalammualaikum wbt... Sebenarnya kata-kata ini sudah lama tersimpan dalam profile saya di sebuat website iaitu Virtualfriends.net. Saya juga tak pasti kat mana saya cedok kata-kata ini. Satu hari saya post kata-kata ini di ruangan FB saya.. Wah..tak sangka ramai yang respond.. Jadi saya nak share pada kawan-kawan blog saya pula.. Jom hayati.. Yang mana baik sila ambil teladan... Terima kasih...

20.1.2013

Image
HIDUP ini susah kita nak DUGA: Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH. Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI. Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA

Love My Butterfly

Image
..."Dalam perut I, umpama ada sekumpulan rama rama. Kalau seorang lelaki berjaya membuatkan butterflies in my stomach mengepak laju, bererti dia berjaya menari ... k perhatian I sedikit. Tapi kalau rama rama bergerak dari dalam perut naik keatas dada...mengepak riang...bererti dia berjaya mengocakkan hati I. Kalau rama rama itu tak mahu turun, tetap mengepak ghairah di jantung I, bererti that guy sangat sangat menawan. And he's my soulmate"... Iris...♥ Love that words..May Allah Always Bless All kind of Love around me.. Please Stay...!

19.1.2013

Izinkan saya merindui awak, mengingai awak, mencintai diri awak. Kita tidak ditakdirkan bersama di dunia ni. Semoga di akhirat kelak, kita akan menjadi pasangan suami isteri. Maafkan saya kerana mencintai diri awak. Saya tidak akan melupakan awak. Tidak akan selama-lamanya. Saya bahagia mencintai awak. Mencintai awak secara diam-diam. Mencintai seseoang yang tidak tahu dirinya dicintai. Biarkan saja ia menjadi rahsia dalam hatiku. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang perlu tahu kerana satu dosa mencintai hak orang lain. Selagi ia tidak terluah,selagi itulah ia bukan dosa. Aku bahagia dan tenang dengan cara ini. Walau berada di daerah yang sama. Tidak sekali-kali aku berbuat demikian. Tidak akan lukakan hati perempuan sebaik dia . Kata-kata ini adalah petikan dari novel Awak Suka Saya Tak.. Namun ia juga pernah terjadi pada diri aku.. Bebas mencintai sesiapa tanpa aku luahkan.. Memang bahagia dengan cara ini kerna aku tahu cinta aku hanya dari pihak aku.. Namu...

Suami Cue-rang

Status FB Prof Dr Muhaya...   Banyak menanyakan tentang suami yang curang- Ini jawapan yang dapat saya berikan , memang berat jika di cuba tetapi kita sebagai hamba Allah amat lemah "banyakkan renung diri, perbetulkan hubungan dgn ALlah dan banyakkan bertaubat. jgn biarkan perangai suami mengubah saudari dari wanita solehah kepada sebaliknya. HAti manusia dalam genggaman Allah. Lihat anak anak dan fokus didik ahli syurga di rumah dan segala tenaga jgn buang dgn sakit hati, marah dan dendam. Beri kasih sayang kepada semua mahluk Allah in shaa Allah kasih sayang kita dapat. Hentikan pergaduhan kerana setelah bertahun buat benda yang sama hasil sama, maka ubah strategi . Saya doakan puan sekeluarga"   LEMBUT bukan bererti LEMAH.... TANGISAN bukan bererti KALAH....   aduhai.. sangat setuju dengan jawapan Prof.. Jika itu berlaku,fokus pada anak-anak.perbetulkan diri kita,hubungan kita dengan yang Maha Pencipta..Pasti Allah menguji kita dengan sebab..Berfikiran p...

Awak Suka Saya Tak?

Kalau kita ingat kita kaya, Ada orang lain yang lagi kaya. Kalau kita ingat kita cantik, Ada lagi yang lebih cantik. Jangan terlalu sombong dengan apa yang kita ada, Sekejap aje Allah tarik balik. Cinta itu datang tanpa diundang, Perginya tanpa dihalau. Cinta itu pelik dan penuh misteri, Sejuta orang,sejuta pelbagai rasa cinta. Jangan persoalkan bagaiman seseorang  itu boleh mencintai kita. Cinta yang suci tiada jawapannya. CUMA HATINYA DAPAT MERASA. Cinta suci itu ada, Hanya yang bertuah saja akan memilikinya. "CINTA YANG SUCI,TIADA PERSOALAN DA TIADA JAWAPAN.IA DARI ALLAH.HANYA MEREKA YAnG IKHLAS SAJA YANG TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA. AJAIBNYA RASA CINTA INI,HANYA  ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI." GO FIND YOUR TRUE LOVE! Berikut adalah kata-kata yag saya petik dari novel " AWAK SUKA SAYA TAK? " Penulisan dari Melur Jelita .Terbitan Karya Seni . Kepada peminat novel tegar,adakah anda sudah mendapatkan naskah ini? Jika belum silalah berbuat dem...

11.1.2013

Image
  Salam Ceria.... Semoga hari-hari mendatang meceriakan hariku..

9.1.2013

Image
Assalammualaikum wbt.. Hari nie hari cuti aku... Lepak atau pun berkurung kat rumah sahaja.. Hanya melayan cerita korea kegemaran aku.. Melayan cerita baru yang aku ada.. Semoga ianya merupakan saat-saat manis tatkala usia melangkah mara.. Kalau bab melayan cerita korea memang tak boleh belah.. Masuk jer waktu solat.. Terus ambil wuduk.. Solat dan terpacak balik kat depan TV.. Malamnya terima panggilan dari mummy sayang.. Macam biasa..cerita itu ini kami sembang.. Terselit soalan yang "SAMA" Lants aku memberi jawapan macam biasa.. Digelakkan oleh mummy lagi... Mummy sayang,doakan anakmu yang sorang nie yea.. Bertemu seseorang yang akan menantu pilihanmu.... Hari nie tak dapat aku balik ke Penang kerna lusa aku sudah berkerja.. Insya Allah bulan hadapan baru dapat pulang... Maaf lah kalau ada yang tak sudi dengar ayat "Balik Kampung" Itu dah menjadi rutin setiap bulan tau lebih kerap lagi setiap dua minggu... Sungguh aku suka balik kampung.. R...

Singkap rahasia hati..

Image
Makin lama.. berganti-ganti.. perlukah membuang segala yang terpendam di hati yang masih kukuh tersimpan jauh di sanubari.. datang ia dan pergi bagai angin yang meniup dipipi.. luka walau sedalam mana pun tidak mampu hilang melainkan dihilangkan ingatan..Tak baik mengeluh dengan apa yang dilaui sebagai seorang manusia.. segalanya bagai di atur indah walaupun hanya sekadar mengenali, mengetahui, memberi dan menerima, meninggalkan dan ditinggalkan.. Hidup ini indah jika kita mengindahkannya dengan warna-warni liku kehidupan.. mendengar mendalami merasai dan mengambil iktibar.. Saat kita masih ksamaran,ada bantuan pengantaraan dari Yang Maha Esa.. Yang amat mengasihi kita walaupun kadangkala kita tak lari dari melakukan dosa.Dilukai juga indah jika dipandang dari sudut positif.. Dari sini kita lebih mendekatkan diri dengan-Nya..S egalanya bermula dari hati...   Saat ini perlukah aku membuka pintu hati yang sudah lama tertutup rapat..hati yang du...

Jalan-jalan Carefour..

Image
Assalammualaikum wbt... Lepas subuh aku terus tido balik..9.30 pagi aku dikejutkan untuk bersiap-siap ke Carefour.. Lepas mandi,sepasang jeans dan t-shirt berlengan panjang aku sarungkan..Mengenakan tudung berwarna coklat siap sedia menjadi pemandu kereta kepunyaan pak cik.. Aku membawa mak cik serta dua orang anaknya ke sana.. Tujuannya hanya mahu memilih kain untuk dijadikan pasangan pada baju yang telah ditempah..Kes nak buat baju raya la nie... Siap parkir wira hijau itu lalu kami beriringan berjalan masuk ke pintu utama Carefour..orang mula membanjiri tempat itu.. Kami terus memasuki kedai Nagoya yang tak kurang juga pelanggannya.. satu demi satu kain kami mencari.. akhirnya terjumpa kain kosong yang mempunyai dua ton warna yang amat padan sekali.. lantas setelah memadankan dengan kain yang dibawa,ternyata sesuai.. bil dibuka dan urusniaga selesai.. Kami berjalan keluar dari kedai itu,deretan kedai-kedai yang ada di situ kami lewati.. banyak baru kurung moden yang sudah terg...

Soal Wanita @TVAH

Assalammualaikum wbt.. selamat malam... Baru balik terawih ker semuanya? bestkan dapat lakukan solat terawih..Tapi aku baru ja pulang dari bertugas..Hari nie berbuka bersama-sama 2 lagi rakan setugas di hospital..Sempat membeli juadah berbuka di sekitar Kg Baru yang senantiasa sesak sepanjang Ramadhan...Alhamdulillah.. Hari bekerja dengan hari yang sangat riang walaupon banyak dugaannya.. Sampai ja rumah terus pergi bersihkan diri dan solat isyak..then duduk depan tv sambil menonton TV Al-Hijrah yang membincangkan tentang PUASA YANG YUK..Hostnya yang sangat berilmu ditambah dengan tetamu jemputan yang memberi hujah dengan penerangan yang jelas dan teruja sangat menyentuh kalbu..terasa menitis air mata sayu.. rasanya aku sorang ja yang berkata demikian,tapi host jua menyebut perkara yang sama... Terima Kasih Ustazah yang dijemput.. Banyak sebenarnya perkara yang simple yang kita rasa tak perlu dititikberatkan sebenarnya memberi impak yang besar dalam menjalani hidup seharian contohn...

Hidup dan pilihan

Image
cilok pic by encik yahoo... tq Andai kamu masih hidup,memang tak kan lari dengan membuat pilihan... Setiap apa yang kamu pilih mempengaruhi apa yang kamu bakal hadapi seterusnya.. Memilih perkara yang baik semestinya dituntut agar mendapat result yang baik.. andai memilih perkara yang buruk,sudah pasti ianya akan mendapat result yang tidak baik... Setiap pilihan terletak pada diri sendiri. Begitu juga aku.. tak kan lari untuk membuat pilihan apa sahaja dalam hidup.. Aku percaya semua ini adalah dugaan serta ketentuan dari-Nya. Terdapat sebab dan asbab yang mempengaruhi setiap pilihan kita.. Untuk membuat pilihan, kita perlulah sentiasa berada dalam keadaan tenang,memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan membuat pilihan.. Berat telinga mendengar,berat lagi otak yang ligat berfikir tentang penyelesaiannya.. Setiap pilihan yang akan dibuat adalah berlandaskan kebaikan serta petunjuk dari Dia. Walaupun pilihan kita tak seperti yang diharapkan,pasti terselit sedikit kebaikan dan kege...

..KaseH...

Image
$esungguhnya rasa sangatlah bosan jika perjalanan hidup ini tak diselitkan percutian nan indah bersama rakan atau keluarga.. macam dah lama sangat tak g jalan-jalan tempat jauh-jauh.. adeh... sesak jer kepala nie bila fikirkan pasal bercuti nie.. mana tidaknya, setiap hujung minggu aku terpaksa berebut dengan rakan sekerja untuk bercuti. maklumlah,aku bukannya bekerja seperti yang lain,senang-senang ja boleh cuti di hujung minggu. @ku rasa tak der mood jer sepanjang 2 minggu nie.. mungkin sebab tak balik kampung lagi lepas raya puasa baru-baru nie. RINDU sangat nak balik PENANG. rakan-rakan lain suka bertanya kenapa aku suka sangat balik kampung? Jawapan aku senang jer la.. Nak jumpa family,kawan-kawan kat kampung. selain tue nak balik makan makanan yang besh macam masakan mak dan NASI KANDAQ :D.. febret tue.. bagi orang lain aku tak tau la kan... tapi bagi aku,aku MESTI balik jugak sebulan sekali ataupun dua minggu sekali :) Minggu depan nak balik kampung.. ada nak buat kenduri kesyuk...

..Sedih @ gembira..

Dua rasa ini amat sinonim dalam menjalani hidup ini..Berapa banyak rasa sedih,berapa banyak rasa gembira yang anda rasa? Mampukah kita mengukurnYa? Dua rasa ini selalu bermain dalam fikiran aku.. Mungkin aku sedih kerana gembira.. Mungkin sedih kerana kepedihan,kepiluan,derita perasaan. Gembira dikala bersama keluarga,rakan-rakan.. Namu semua itu bersifat sementara.. Semua rasa ini haruslah disertai dengan syukur..barulah kita akan lebih tenang..