..Berkampung di Sik...

Jam 1 petang aku menaiki feri menyeberangi laut menuju ke Butterworth. Cik Zura dan adiknya telah menanti aku di sana. Hari nie kami meneruskan perjalanan ke Sik,Kedah. Hampir setengah hari hujan di bumi Penang. Dalam hujan kami teruskan perjalanan.. berpandukan peta melalui kad kawen yang diberi.. Maklum la dah lama tak menjejak kaki ke sana...Cuaca memang agak menggusarkan sebab lebat sangat hujan masa nak peri tue.. hampir satu jam lebih perjalanan, kami sampai ke daerah Sik..Mujurlah hujan sekerat jalan saja.. Apabila sampai di pekan Sik,aku menghubungi bakal Pengantin.. Mereka menunggu kami di pekan. Seterusnya kami dibawa ke rumah..Rupanya tak susah pon jalan ke sana.. Terus ka ke simpang kanan selepas tol Gurun. Terus jer sampai jumpa nama tempat Chepir. Masuk kanan ikut simpang tue.. terus lagi sampai jumpa rumah selepas surau.. Turun dari kereta, kami bersalam-salaman dengan keluarga bakal engantin Cik Wawa. Jejak ja kaki dalam rumah, pelamin berwarna putih tersergam indah sia...