..i fOlLow U..

Saturday, June 30, 2012

Majlis Pertunangan Ana Dan Am..

Assalammualaikum wbt dan selamat petang...

Mata masih lagi tak mau lena..sedangkan malam nanti saya akan bekerja..apa sebabnya? mungkin banyak perkara yang berterbangan di fikiranku... Semoga Allah mmberi ketenangan senantiasa tak kira masa.. Lepas berlansungnya hari pertunangan sepupu  saya,maka sy telah dilantik menjadi pendeco ataupon perancang majlis perkahwnan beliau yang akan diadakan pda bulan 3 nanti Insyallah.. Semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar.... antara gambar-gambar sekitar majlis pertunangan beliau...:)



tepak sireh yang sy gubah...fresh flower+felt flower


bakal pengantin,saya,my sister,my cousin

all hantaran dari pihak lelaki dan perempuan

love this pic..


lastly...my handmade hand bouquet.. cantik jugak kan...
tapi kecik jea...


Selesai...:)

Jiwang ker? Bila rindu...


Bila rindu kembali datang,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini ‘cinta’,
Lalu mereka hadirkn aku menolak ‘cinta’,
Tapi aku pasti ianya adalah ‘petaka’ ,
karena rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Karena rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Karena rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertaut,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak maukan rasa ini,
Aku tak maukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
Kerana aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
Kerana aku takut pada bayangannya,
Kerana ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya boleh pada Tuhan,
Kerana ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.


mohon sare dari Pakar Cinta...

Wednesday, June 27, 2012

OST Dejavu di Kinabalu...

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu (LIKE)

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi iniHanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera... terpesona bila dengar aqasha mainkan lagi nie dengan gitar buat Tiz dalam citer Dejave di Kinabalu...:) besh gak dia nyanyi...  Jom layan lagu nie..:)

Saturday, June 23, 2012

My Handmade Hand Bouquet

Assalammualaikum wbt dan Selamat berhujung minggu....

Alhamdulillah dah selamat sampai Penang semalam... Singgah jap p beli nasi kandar kat Nasi Kandar Kayu sebungkus..Kongsi berdua dengan sepupu saya..Lepas siap makan terus g rumah sebelah buat hantaran yang tak siap lagie.. Gambar kat atas tue ialah bunga tangan yang sepupu saya akan gunakan hari nie... Homemade tau...Semuanya dah siap atas dulang hari nie.. nampaknya bakal tunangan orang pon dah get ready...  tunggu orang datang jea pukul 3 nanti.. semoga semuanya berjalan lancar..

Rumah penuh dengan sanak saudara.. memang seronok.. tapi salah satu soalan yang akan bertubi-tubi terkena pada aku ialah..."bila turn KAK CIK pulak".... Aish.. nak jawap apa lagi.. "insyallah,,doakan yang terbaik..." ewah...

Dah dah.. malam nanti sambung lagie... Jom siap g kenduri... Selamat Bertunang Sepupuku..:)

Wednesday, June 20, 2012

..Rabu..

Assalmmualaikum wbt... Selamat Petang..

Jerebu meyelubungi bumi Kuala Lumpur.. Pagi-pagi dapat call dari office..rupanya terbawa balik Ubat penting  untuk di guna pada pesakit hari nie.. Terus siap-siap untuk ke office hantar..Lepas tue singgah kedai sekejap beli kertas minyak.. Nak balut bungkusan yang di pesan oleh orang Sabah..Kawan dari Sabah nak try gunakan produk Greenlex I Complex yang dirumuskan khas utk masalah mata atau pon bagi yang mahu mengekalkan ketajaman mata anda.. Harus di ingatka mata adalah salah satu organ yag sangat penting selagi kita hidup.. Jadi haruslah menjaganya dengan baik...

Sampai umah.. balut siap-siap bungkusan tue supaya senang nak di pos nanti.. nOw nak kemas-kemas baju.. Lusa nak balik Penang.. HOYEAHhhhh...

Thursday, June 14, 2012

Cinta Bersatu-Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Tuesday, June 12, 2012

..Deco Time..


Assalammualaikum wbt dan Selamat malam.. sure tengah santai-santai kan... Now baru tengah try  buat bunga menggunakan kain felt..  yang dalam gambar kat atas nie la hasilnya..
Amacam? Cantik tak... hehehe 1st time buat...Alhamdulillah menjadi jugak.. banyak tutorial yang dah dikaji dan barulah aku beli bahan dan buat.. Sure ramai yang minat buat menda nie kan... Nie baru 2 kuntum.. belum siap lagi... Nak deco nie pon kena amik mood jugak.. Kalo tengah rasa stress tue tak payah la buat lagie... Time tenang baru la dapat buat..

Jadinya..nie sebenarnya nak buat hand bouquet untuk pertunangan sepupu saya.. Insyallah sempat siap...So nantikan hand bouquet yang sebenar yer...

Saturday, June 9, 2012

Mi berlapis bantu atasi obesiti

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang...
Alhamdulillah dapat jugak ikuti Seminar Asas Kejayaan pagi tadi....pada petangnya kembali bertugas seperti biasa... dapat juga ilmu berkenaan produk untuk hari ini..Salah satu produk terbaru yang bakal memasuki pasaran kini.. tak lain tak bukan,Mi Kesihatan yang Khusus untuk orang yang mempunyai masalah berat badan... Jangan ketinggalan untuk mengetahui kemunculannya di pasaran nanti...Tq Prof Dr Azhar Mat Eassa...

untuk keterangan lanjut,jom ikuti artikel link kat bawah nie..


Berita Harian Online | Mi berlapis bantu atasi obesiti