..i fOlLow U..

Sunday, September 30, 2012

Felt hand bouquet lagi...

Assalammualaikum wbt dan selamat hujung minggu...

Alahamdulillah sekarang berada di Penang untuk beberapa hari...
minggu lepas sempat siapkan tempahan dari sorang pelanggan yang tempah bunga tangan dari kain FELT.. dah separuh siap dah.. tinggai nak tambahkan reben dan aksesori lain... harap-harap pelanggan saya puas hati bila dapat bunga tue..:) dan cantik bila pakai di hari bahagia mereka nanti... pas ni ada lagi 2 nak buat...hehehe


Monday, September 17, 2012

Brownies chocolate chips dan oreo..

Assalammualaikum wbt dan selamat malam... Hurm rumah terbuka hari raya masih belum berakhir lagi kan..begitu juga di rumah makcik saya... rumah terbuka yang dibuat secara kecil-kecilan berakhir dengan meriahnya. Aku juga sempat menjemput beberapa teman rapat...Tq sebab sudi datang.. kali nie aku empat buat 2 loyang brownies.. alhamdulillah menjadi kali nie.. Nak tau resepinya? meh nak kongsi...


Resepi nie di ambil dari blog http://hanamemories.blogspot.com Tq kak sebab sudi share resepi nie..
Aku mula berminat makan brownies sejak menjejak kaki ke bumi indonesia.. memang teruja sebab banyak jenis brownies yang kita boleh dapat di sana... so bila dah resepi nie,aku mula cuba buat.. nie antara bahan-bahannya..

1 cawan tepung gandum
1 cawn gula perang-kisar dahulu (iena pakai gula buah dr Zhulian)
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cawan minyak masak atau butter cair
1/2 cawan chocolate chip

cara-caranya..
panskan oven 180,griskan loyang dengan butter.ketepikan
satukan semua bahan kecuali chocolat chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
bila dah sebati masukkan separuh chocolate chips,kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki chocolatechips tadi.
Bakar 25-30minit sehingga masak..Potong dan hidangkan..:)

Selamat mencuba.. chocolate chip boleh jugak ditukar pada oreo kalau suka..

Tuesday, September 4, 2012

Bila teringat kesayangan...

Untuk kesayanganku...

Terima kasih kerana masih sudi menerima aku sebagai sahabat..
Masih sudi menghubungi aku sebagai seorang kenalan..
Masih sudi bertanya perkembagan aku sebagai sahabat..
Masih bertanya soala yang sama...
Masih ingat kenangan-kenangan lama..
Masih sudi berkongsi crita...
Masih sudi ingat pada aku....

 
Thank You Allah...