@klcc Jumaat merupakan penghulu segala hari.. Jam 7.00 pagi aku tamat waktu kerja. Aku bercuti hari nie selepas 2 hari kerja shif malam. Petang Sebelum tue aku mengajak adik Paan (Farhan) keluar dating.. ehhh... silap..keluar outing.. Dia bersetuju dan berjanji untuk berjumpa jam 2 petang.. Selepas pulang dari kerja,aku terus mandi, makan biskut cicah air milo sebelum meneruskan hajat yang satu nie..TIDO.. ! Tak lupa jugak ubat selsema bersama penadol aku telan.. jam aku kunci dengan harapan tidak terlajak tido..hehe.. "tit tit tit tit tit tit" jam henfon aku berbunyi.. aku masih bermalas-malasan di atas tilam empuk bercadar pink biru berbelang putih... Golek kiri kanan, aku pun bangun mandi dan terus siap-siap untuk keluar.. Solat dulu dan Sementara tue aku panaskan air di dapur. teringat biskut Digestiv sekerat bungkus yang maseh ada.. selesai make-up, aku bancuh air nescafe suam dan mencelup biskut digestiv dan makan sambil lepak atas kerusi biru depan tv. Jam dah menunj...