..Sebening Jumaat...
Salam hari Jumaat.... Hari nie lepas keje malam... aku cepat-cepat balik rumah dan terus mandi..bukan apa.. semalam semasa bertugas,seorang pesakit telah pergi menemui Ilahi... Takziah dan Al-Fatihah buat Arwah makcik Mariah Majid dan keluarga. Beliau pergi dengan tenang semasa melakukan rawatan dialisis..Kami dah cuba menyelamatkan makcik sedaya upaya,tapi makcik pergi jua... Al-Fatihah..Semoga di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Kebetulan malam semalam adalah malam Jumaat.. semoga beliau tenang di sana.. Aku sempat lelap dalam sejam lebih.. Kemudian bangun dan bersiap-siap nak pegi buat pasport tuk 2 membe aku nie...selepas setel tue.. aku bersiap-siap ulak tuk balik kampung.. Last minit sebelum balik banyak pula kengkawan yang ajak jumpa... Maaf la yea. Saya dah plan nak balik kampung..:) Sepanjang perjalanan dari Kl ke Penang redup jea.. hujan mula turun di pertengahan perjalanan.. Sejuk memang tak terkata la.. Mujur aku bertshirt lengan panjang.. So.. Sekarang ni...