..i fOlLow U..

Wednesday, September 28, 2011

..Apa pun HATI KENA IKHLAS..

Assalammualaikum wbt...dan Salam 1 Malaysia..


Apa khabar semua? harap-harap sehat-sehat belaka yer... Kalau tak sehat,sila dapatkan rawatan segera...


Hari nie nak cakap bab HATI dan IkHLAS... dua-dua perkara nie memang tak boleh dipisahkan.. Untuk berbuat sesuatu perkara mestilah datang dari hati,dimulakan dengan niat.. barulah kita akan merasa ikhlas.. Memang ada pepatah mengatakan jika ikut hati,akan mati.. ini berkait rapat dengan perkara yang buruk jika kita tidak dapat berfikir dengan waras menyebabkan kita akan bertindak secara luar kawalan dan akan membawa kebinasaan..

Maka hati selalulah kita pelihara dengan mengingati Allah,zikir serta melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan akhirat.. Begitu jua empunya diri,pabila sesuatu perkara mendatang yang menyebabkan hati kita resah.. cepat2 kita melaksanakan solat agar di beri ketenangan..maka dapatlah membuat keputusan sewajarnya..

Kini aku di Pulau Pinang.. kepulanganku tadi amatlah terasa rindu pada tanah tercinta ini.. seperti berbulan tidak pulang.. Alhamdulillah aku selamat sampai di sini pada jam 2 petang.. Aku melaksanakan puasa 6 sebelum tamat syawal yang penuh kemenangan... Syukur.. dapat jua aku melaksanakannya dengan sempurna.. Insyallah niat yang baik akan di akhiri sengan sesuatu yang baik.. Mudah-mudahan.. Pada malamnya kami sekeluarga makan di luar sempena menyambut hari kelahiran kakak ku.. Time kaseh belanja kami.. Semoga bahagia di samping orang tersayang dan mendapat cahaya mata...

Sunday, September 18, 2011

..Keberkatan Rezeki..



Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia..







Apa khabar semua.. alhamdulillah,di harap semua sehat hendaknya..tertarik sy nak share artikel nie.. jom kita hayati..:)

Orang beriman tak takut belanja harta ringankan beban golongan memerlukan

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

•Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

•Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah
•Berusaha cari rezeki halal
•Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
•Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.
•Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.


•Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
•Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).
•Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
•Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

•Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”
Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM

Tuesday, September 6, 2011

Hidup dan pilihan



cilok pic by encik yahoo... tq





Andai kamu masih hidup,memang tak kan lari dengan membuat pilihan... Setiap apa yang kamu pilih mempengaruhi apa yang kamu bakal hadapi seterusnya.. Memilih perkara yang baik semestinya dituntut agar mendapat result yang baik.. andai memilih perkara yang buruk,sudah pasti ianya akan mendapat result yang tidak baik... Setiap pilihan terletak pada diri sendiri.



Begitu juga aku.. tak kan lari untuk membuat pilihan apa sahaja dalam hidup.. Aku percaya semua ini adalah dugaan serta ketentuan dari-Nya. Terdapat sebab dan asbab yang mempengaruhi setiap pilihan kita.. Untuk membuat pilihan, kita perlulah sentiasa berada dalam keadaan tenang,memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan membuat pilihan.. Berat telinga mendengar,berat lagi otak yang ligat berfikir tentang penyelesaiannya..



Setiap pilihan yang akan dibuat adalah berlandaskan kebaikan serta petunjuk dari Dia. Walaupun pilihan kita tak seperti yang diharapkan,pasti terselit sedikit kebaikan dan kegembiraan. Dengan itu..buatlah pilihan sengan waras serta berfikir dengan positif dari segala sudut. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku adalah kehendak Dia Yang Maha Esa untuk menguji kita sebagai hamba-Nya..



Insyallah pilihan yang aku buat ini diharapkan menyenangi semua pihak walupun terdapat cacat celanya.. Yang baik itu dari Dia,yang buruk itu sudah pasti dari diri ini yang tidak sempurna...




Allahhu Akbar...Amin..

5.9.2011




Pada tarikh ini,kehadiran orang baru yang amat dnantikan oleh pasangan Azah dan Riz telah lahir.. Bayi lelaki,sudah pasti amat menyenangkan hati mereka terutama si ayah.. Tahniah..! Semoga kehadiran orang baru memeriahkan lagi keluarga kedua-dua belah pihak.:)

Monday, September 5, 2011

Menyambut Aidilfitri 4.9.11..

Assalammualaikum wbt dan Salam kemerdekaaan..



Tamat waktu kerja malam,aku bergegas pulang untuk mendapatkan tiket ke kampung.. Memang banyak lagi tiket memandangkan ramai yang pulang beraya menaiki kenderaan masing-masing. Bus pulak buat spoil.. tiket jam 7.45 pagi, bus pulak yang datang jam 8.30pagi.. Sampai penang dalam kol 2 petang.. Sesampai ja,adik datang ambil.. perjalanan dari KL-Penang sangatlah lama rasanya.. driver memang tak bawa macam biasa.. slow motion ja..

Sampai ja rumah,dah penuh tetamu yang datang.. aku terus bersalam-salaman dengan semua..Perut dah mula keroncong sebab makan roti jer dalam bas.. Apa lagi,aku makan Mee Kari yang panas-panas baru masak tue. SEDAPNYA... Lepas tu rehat-rehat jap,baru aku pegi bersihkan diri,pakai baju raya..


dari petang sampai ke malam,keja aku melayan tetamu,basuh pinggan mangkuk,hidang makanan,sembang-sembang ngan sedara mara,topup kueh raya n buat air... wah.. besh besh sampai sakit tumit kaki hehehe



Syioknya walaupun lambat balik beraya.. TQ my FAMILY..<3