..i fOlLow U..

Friday, July 30, 2010

Jodoh Atau Cinta



"Nah... amek novel nie..mintak novel yang hang bawak balik kampung tue."
kata Zura. salah seorang kawan serumah aku... aku memberinya novel 'Panggil Aku Najiha' karya Alaf21. Aku pun menyambut novel yang diberikan bertajuk "Jodoh Atau Cinta".. macam menarik ja sambil aku berkata dalam hati... sengaja aku tak baca sinopsis kat belakang buku tue... aku maseh berlengah-lengah walaupon aku memang nak sangat mula baca novel tue... lepas pulang dari kampung. aku mula mengemas sedikit demi sedikit barang-barang yang di bawa balik dari Penang. Jeruk aku agih-agihkan mengikut pesanan.




Petang itu aku mula membaca. Mukadimah saja bisa membuat aku teruja untuk cepat menghabiskan bacaan yang satu ini. helaian demi helaian aku selak.. makin lama, aku termakan jua dengan ayat-ayat nya yang amat menyentuh hati.. kisah ini tentang



seorang gadis yang bernama Tengku Iman Umairah yang terpaksa berkahwin atas dasar kehendar datuk angkatnya yang juga merupakan datuk kepada suami kontraknya Aiman Danish. perkahwinan ini merupakan tiket kepada iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. namun dia di benci oleh keluarga mertua yang mengatakan bahawa dia hanyalah seorang perempuan kampung yang tidak berharta. tetapi kebencian itu bertukar menjadi sayang apabila Iman bertanggungjawab menjaga keluarga mertuanya selepas kematian datuk serta abang iparnya. saat ini aiman hanya menyembunyikan diri dengan membuat pemantauan dari jauh. aiman mula hilang arah.. namun dia mula mengenali Iman dalam senyap.




kehidupan Iman selepas empat tahun bagai seorang gadis bujang benar-benar membuat dia resah.. namun dia tidak sekalipun terfikir akan perpisahan. walaupun mereka jauh..jiwa mereka bagai telah disatukan. halangan demi halangan telah mereka tempuhi.. akhirnya bagai menanti di penghujungnya :)...Selamat Membaca :)

Saturday, July 24, 2010

hoo...hoo...hoooo...

ohoohooohooo balik KamPung... (sambil teringatkan lagu sudirman)

hari nie hari ke 3 aku di Penang...waa... besh nya.. kejap lagi dalam jam 8 pagi aku serta adek-adek junior aku yang lain akan menjejakkan kaki ke Taman Negara Penang... memang aku agak teruja nak p sini...maklum la tak pernah p lagi walaupon pernah kami buat event kat sana masa MGP {VF mini gath penang } aku sorang ja yang xsepat join diorang kat sana... kali nie memang aku nak pegi la kan.. malam tadi kenyang sangat... mana tak nya petang tue aku,intan,adek inta,wina ngan nadiah sempat makan bersama di Pak Husin Tomyam,Sg ARA... nie dekat ja ngan umah aku.. makanan kat sini memang best.. layanan dia pon class.. pekerja pon pakai uniform ala-ala keja kat hotel.. alamak.. lupa pulak nak amek gambar kan...:( sory yer..
so aku jer yang tak tdo lagi nie.. esok dah nak bangun awal pulak...:d nanti aku sambung cerita kay ... nite :)

Thursday, July 15, 2010

-TamAT-


ehehehehe sebenarnya aku abes keje malam hari nie.. 3 malam aku keja.. 1 malam kena ganti kawan aku yang MC akibat ada jangkitan kuman kat luka yang x sembuh-sembuh lagi...PENAT.....!!! nama pon kerja kan.. memang la terasa penatnya..terlelap member aku kat sebelah nie... aku dapat cuti 2 hari...makanya bermula la cuti hari nie... bila dah cuti...kaki rajin nak merayap keluar jalan-jalan... rindu betoi nak balik Penang <3>

Wednesday, July 7, 2010

..Hari Lahir..


...SELAMAT HARI LAHIR CIK INTAN MGM....

..SEMOGA SENTIASA CERIA DI SAMPING KELUARGA..

..MOGA MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT..

..TERIMA KASEH ATAS SEGALANYA..

..KAMI SAYANG KAMU...

<3..mmmmmmmmmuuuuuuaaaahhhhh..<3

Monday, July 5, 2010

Sate Oh Sate

Semalam..hujan begitu lebat di pagi hari memaksa aku menarik selimut yang terletak di hujung katil.aku masih lagi nyenyak menganti tidurku yang masih kekurangan pada hari sebelumnya..hari ini kononnya mahu bersiar-siar bersama rakan-rakan yang datang dari Penang. Tiada sms atau panggilan dari mereka.. Aku pun keluar bersiar-siar ke Carefour bersama mak cik sekeluarga.. Aku singgai ke kedai Nagoya.. terNampak sepasang kain yang ada 2 ton warna.aku amat tertarik bila seorang abang tengah membelek kain tue.. Aku menyimpan hasrat tuk memilikinya, lalu aku ke dalam carefour tuk membeli stok nescafe yang telah habis.. Setelah itu kami menikmati ice kool yang di beli dari kedai daily fresh.. Sgt sedap.. Ice nie kegemaran cik Dd sebenarnya.. Sebelum pulang aku mengajak makcik kembali ke kedai kain..tak kan tengoj je kot.. Haha lantas aku terus memilih warna coklat dan membelinya.. Gembiranya dapat beli kain tue.. cantek sangat.. Lepas da puas hati dapat beli kain tue,kami pun pulang.. Sempat pula singgah makan Sate Kajang Hj Samuri.. Yum yum..hehe tapi yang tak beshnya,sate daging tu liat sikit.. Yang lain semua ok.. Dapat jugak makan sate..hehehe