Posts

Showing posts with the label Kata

Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia... Sehat ka semua? hurm... rindu lama tak menaip kat sini.. bukan apa masa tak bergitu mengizinkan.. Semoga anda berada dalam keadaan baik pada tahun baru ini. Tak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 . Moga tahun ini mewarnai kehidupan anda dengan warna-warni yang membahagiakan... Insyallah moga dipelihara kesihatan,rezeki serta kenangan yang indah bakal menemui anda sepanjang tahun 2012.. Bagi yang telah merancang menamatkan zaman bujang, Alhamdulillah semoga kalian dapat menikmati kebahagiaan hidup bersama keluarga yang besar.. Insyallah peliharalah rumahtangga anda dari semua aspek yang dituntut... Bagi sahabat yang masih menanti cahayamata atau zuariat,harap terus berusaha hingga berjaya.. jangan berputus asa,lakukan pemeriksaan ditempat yang betul dan mendapat nasihat pakar.. Moga tahun ini terus dilalui dengan harmoni bersama keluarga sahabat serta oarang sekeliling yang lebih positif.. jom layan lagu nie... Karena Cin...

..Manisnya CINTA..

Image
Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... aishh... tetiba ja keluarkan tajuk cam gitu kan... tak der ape lah.. saja ja.. sebab baru lepas baca kad kawen kawan-kawan yang akan melansungkan hari bahagia mereka tak lama lagi.. Alhamdulillah sy tumpang happy buat semua kawan-kawan yang dah melangkah ke status "SUAMI ISTERI" peliharalah sebaik mungkin.. chewaahhh... Dalam tengah sibuk-sibuk buat asegmen,ternampak 1 dokumen lama yg tersimpan lam pen drive yg 1 nie.. haaa... sure la kan ada ayat-ayat dengan someone yang pernah rapat dahulu.. bila baca balik,sedey,happy n pelik pon ada.. apa tidak nya.. akibat tiada keberanian mmg segala hasrat terpendam tak dapat diluahkan dengan cara yang betul dan pada waktu yang betul.. tapi semua tue adalah pengalaman.. tahu pandangan orang tentang kita lebih membuka minda utk kita menerima sesuatu walau apa jua keadaan.. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang pernah rapat dahulu telah melayari alam rumah tangga dengan jayanya.. Syukur.. Bagi aku,sem...
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.... Apa yang nak di luahkan di sini adalah sipi-sipi apa yang ku rasa.. Maaf andainya ada bait-bait kata yang menyentuh hati kalian yang membaca.. Dari kecik saya di asuh oleh keluarga tersayang.. makin hari makin dewasa.. walaupun apa yang telah dicurahkan oleh mereka sedikit sebanyak terserap kepada aku.. mungkin aku bukanlah anak harapan namun aku bangga punya keluarga seperti mereka.. Sentiasa memahami.. Namun bagaimana mahu jadi seperti mereka.. diri Yang kurang sabar ini.. yang selalu sahaja membuat onar dalam sedar mahupun tidak.. Aku bukanlah sempurna.. namun ku tahu ku akan sentiasa membuatkan sesuatu menjadi sempurna dengan apa cara sekali pun.. Tiada tempat lain yang hendak ku mengadu..Hanya padaMU Allah.. Kau berikanlah ketenangan hati dalam apa yang ingin aku terima kemudian aku sampaikan pula pada mereka demi kebaikan bersama.. Bersyukur aku pada-Nya yang Esa.. namun aku masih lagi belajar erti hidup... Ingin aku jejakkan kaki ke R...

..Selamat hari raya Aidilfitri...

Image
Assalammualaikum wbt... Salam Aidilfitri buat sekeluarga serta sahabat sekalian... Maaf Zahir & Batin andai tersilap n salah dari segala sudut... Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan serta keceriaan buat semua.. Sambutlah dengan hati yang tenang... tulus ikhlas dari > iena_png @ mamapink07 <

..4 hari sudah..

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang... Dah 4 hari berada di bumi Penang..berbuka bersama keluarga,bersahur bersama keluarga.. cepatnya masa berlalu.. Tak terkejar akan nya.. Alhamdulillah bebrapa jenis kueh buat juadah hari raya sudah tersedia.. menanti tetamu berkunjung di hari raya nanti... Tahun nie aku akan beraya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.. Seperti tahun-tahun yang lalu.. kami akan memakai baju raya ke tempat kerja..:) menyambut raya bersama-sama pesakit yang ada.. Berkongsi juadah bersama-sama.. Best jugaak kan..:) Seminggu kemudian barulah aku pulang beraya di kampung..:) Aku sudah biasa..:) hehehe esok pagi aku akan pulang ke kl..:) semoga semuanya berjalan lancar..

..2 Ramadhan..

Maseh Sengal-sengal badan nie ha... Semoga cepat sembuh..:) •Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca: a) Surah Ikhlas b) Surah Falaq c) Surah Nas Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim) •Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh ...

..Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Berpuasa... Semoga bulan Ramadhan di penuhi dengan keberkatan,rezeki yang melimpahruah buat anda semua... sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan..:)

...Ombak...

Image
desiran ombak dipantai nan indah.. menggamit ku segala kenangan lalu... Namun,ianya ku biarkan pergi bersama angin lalu.. jadikan ia sebagai satu permulaan yang positif dalam diri... oh angin.. bawakan isi hati ku jauh ke sana... yang berlalu ku jadikan sandaran... yang bakal ketemu ku jadikan kekuatan... ...MISS THEM ALL...

...@ Penang NOW...

Assalammualaikum wbt..dan selamat sejahtera... Alhamdulillah,syukur pada Allah kerna aku telah sampai ke kampung halaman tercinta untuk berjumpa keluarga tersayang.. Sesampainya aku di sini,aku di ambil oleh abah.. Kami terus ke bandar tuk menunggu mak pulang dari bertugas.. Rindunya... Selepas bersihkan diri,aku bersama adikku ke pasar malam Bukit Gedong.. Lamanya tak ke sana.. Yang bestnya selalu aku mesti beli PASEMBOQ.. memang sedap.. selain tu beli makanan tuk seisi keluarga.. balik dari situ,kami menghdangkan makanan dan makan bersama.. Perjalanan hampir 4 jam setengah amat meletihkan,tapi tidak sekali aku boleh tido awal jika aku dah sampai Penang.. Teringat dan teringinnya tuk berjumpa sahabat-sahabat.. insyallah ada kelapangan,pasti kita ketemu jua. Esok banyak urusan yang perlu diselesaikan..Malamya aku dikunjungi sepupu yang menghantar buah durian dari dusun di kedah.. Yummy.. sedap tau.. tapi perut dah full sangat,esok ler baru boleh nak makannya... tau-tau ja ai nak balik....

..yang baik itu sukar dilaksanakan..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Seminggu telah berlalu,masa bagaikan berlalu dengan pantasnya.. Kita tetap jua melalui nya walau dalam apa keadaan sekali pun.. Untuk mendapat kesedaran tentang kehidupan lebih bermakna adalah sukar.. Cuba kita lihat,untuk mendapat pendapatan yang selari dengan pembangunan negara maju juga sukar.. Jika dibandingkan dengan zaman atau waktu dahulu,kos hidup amatlah rendah.. Ibu bapa sekadar cukup untuk makan gaji untuk membesarkan anak-anak. Pada zaman terkini,makan gaji belum tentu cukup untuk menyara keluarga.. Berapa banyak rakyat di luar sana punya masalah dengan ah long atau syarikat yang menawarkan pinjaman di luar sana,semuanya demi kesihatan,keselesaan sesebuah keluarga.. Mereka jua belum tentu dapat melangsaikan hutang pada masa yang di janjikan.. Mereka perlu usahakan sesuatu untuk meneruskan hidup.. Anda cubalah fikirkan.. Sedar sebelum terlambat.. Cari SEHAT anda untuk diri sebelum merawat,menjaga keluaga atau orang sekeliling anda..

..Kembali Pulang...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang.... Jam 12 tengahari baru jer sampai dari Penang... Seharian di Penang memang memenatkan.. tapi keterujaan dalam mengisi aktiviti pada masa yang singkat adalah lebih berpuas hati dari berlama-lama di kampung dengan hanya duduk rehat-rehat... Hari Ahad,jam 12 tengahari aku dan keluarga ke Balik Pulau.. Menghadiri kenduri kahwin anak kepada sepupu abah.. Walaupun jarang sekali berjumpa,tak semestinya kita tak ingat.. Selepas kenduri,aku,kakak,abang serta adik terus ke Bertam untuk melihat-lihat rumah baru kakak yang telah siap direnovate.. Bestnya bukan kepalang walau tiada perabut yang belum dimasukkan lagi. Kami mengemas kotak-kotak lampu yang bersepah di dalam rumah.. semuanya telah siap di pasang.. Setelah siap menyapu sampah, kami pon terus pulang ke Penang... Kami meneruskan perjalan ke rumah Cik Buzu untuk ambil barang yang aku kirimkan minggu lalu.. Tak sabar nak menggunakannya... kami meneruskan perjalanan ke rumah sepupu aku untuk melihat...

..PenAng In da Houz...

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hari nie perjalanan amat jauh sekali... Dari Kg Baru aku dan Noni ke Putrajaya untuk bertemu teman sealam maya Pn Yana serta En Acong untk menghantar barang yang di pesan.. Kami dijamu dengan Nasi Lemak pagi nie... Mekaseh tuan umah... Pn Yana bie baru jea berpindah ke Putrajaya.. Sebelum ni dia kerja kat Penang.. So bila dah kawen,kena la ikut suami kan... Lepas makan kami pon terus ke rumah Mak Long Noni di kawasan Pandan Indah... Jalan memang jem sangat hari nie... teros lg pegi Kota Damansara... Ada seminar tentang pemprograman diri.. Lepas taman seminar,aku pon terus ke Puduraya amek bas tuk balik Penang... perghh... penatnya... Bus jalan dalam kol 7.40 petang... Alhamdulillah aku dah selamat sampai Penang jam 12.30 pagi...:) SYIIIOOOOKKKKKnyaaaaaaaaa..:)

..Mei bermula..

Image
ehemm... lamanya tak update.. maaf la yea... macam-macam peristiwa dah jadi dalam masa beberapa minggu nie.. Alhamdulillah hadiah buat mama dah selamat pos bawak balik Penang.. TQ to Cik Buzu tolong bwk balik adiah yea... Last week sempat jumpa my fren Cik Intan n Cik DD... susah betoi nak jumpa.. Bz sangat la pulak kan... hehe Alhamdulillah ALLAH dah susunkan satu pertemuan yang baik nie.. Walaupun sekejap.. tapi best..:) This week banyk preparation yang aku kena buat untuk next next week... Banyak kenduri kawen sahabat handai.. Kena la pegi.. Insyallah,dipermudahkan laluan aku untuk ke sana nanti...

..lihatlah dunia..

Assalammualaikum wbt dan Selamat malam... Terharu dan terujanya aku pabila melihat wanita Melayu biasa boleh berjaya dari seluruh pelusuk Asia.. Tahniah... Pastikan aku akan menjadi sebahagian dari Mereka..

..tahu tak?...

Hari ini aku belajar banyak benda.. Pertamanya,berbuat baik pada sesiapa sahaja.. Setiap apa yang kita lakukan pasti mendapat balasan dari Allah Yang Maha Esa.. Keduanya peluang yang datang tak mungkin akan berulang tanpa izin darinya.. Ketiganya bersederhanalah dalam segala perkara.. Keempatnya, berdoalah senantiasa walau dalam apa jua Keadaan sekali pun.. Kelimanya tetapkan hati senantiasa berfikiran positif...

..Dah sampai Kolumpo....

Semalam sebok dok sedey-sedey... hari nie memang dah tak leh nak sedey sebab kena jugak balik sini... Tapi yang bestnya balik kali nie ada penemannya... HAaaaaa... Jangan salah sangka... yang teman tue sepupu aku.. Cik Nana.. dia nak pindah dok kat area PJ.. so balik awal la sama ngan aku... Pepagi dah sms ngan kakak aku.. xdapat nak jumpa lama-lama sebab dia balik umah mak mertua.. Semalam sempat sembang-sembang share apa yang patut jer la.. nak sembang panjang tak sedap pulak kat umah orang kan.. Dalam perjalanan aku pon berfikir-fikir tuk minta tolong kengkawan datang amek aku kat hentian duta.. call orang nie,balik kampung.. call lg sorang,teksi dah ada yang booking.. lastly sebelum sampai,aku call Mrs Wawa yang tengah menjait.. so dia setuju datang amek aku...Yeay... tak yah nek teksi..:D Sebelom balik umah kami singgah tapau nasi kat kedai Pak Lang kat pintu gerbang Kg Baru.. banyak jugak lauk tengahari.. besh besh.. Lepas tue apa lagi.. balik la umah.... aku pulak nak get ready ...

..Kejapnye...

Image
Pejam celik pejam celik dah 2 hari aku balik kampung.. esok pagi-pagi lagi aku dah nak balik kl...:( Adeh.. kejapnya cuti....

... Yeayyyyyyy...

Semalam.... Alhamdulillah seawal 7 pagi aku dah berjalan ke taxi stand sebelah Hospital Kuala Lumpur... Hujan ranyai-renyai mengiringi perjalanan aku... ramai yang terkejar-kejar nak merebut naik bus rapid tuk ke tempat kerja.. tak kurang pula yang menanti taxi.. aku memberi peluang kepada mereka dahulu memandang aku tak begitu urgent tuk ke Hentian Duta.. Sebelum tue sempat lagi aku bekpes Royalmix with koko supaya aku tak lapar sepanjang perjalanan nanti.... Naik jew taxi,aku cakap nak p hentian duta.. tapi driver tue buleh masuk kot pwtc hantar aku kat hentian Putra... tak jelas lagi kew aku cakap.. ke kurang beri perhatian apa yg aku cakap.. ? Pakcik tue minta maaf dengan aku.. aku kata "tak pa pakcik".. mungkin tak jelas kot aku cakap.. Selama 4 jam lebih..sekali jew bas berhenti kat Hentian Simpang Pulai... Sempat la g buang apa yang patut... Akhirnya aku pon sampai Penang dalam kol 1 petang... Sepupu aku datang amek sebab abah kena g amek pakcik aku yang wat rawatan d...

Beduk berlalu..

Usah ragu pada ketentuan Allah.. Jalannya pasti ada.. Cuma perlu berusaha.. Yakin pada diri.. Pasti capai apa yang kita kehendaki..

..Malam Ini Aku..

Malam ini aku... Termanggu-manggu sorang diri.. Terbit rasa yang lama dulu telah kuburkan... Mungkin jua aku terlalu menjauhkan diri... Jauhku ada sebabnya.. Diam aku juga bersebab.. Semuanya sebab bahagia kamu kamu kamu.. Mula aku diimbau kembali.. Malam ini aku.. Rindukan ayahbonda sekeluarga.. Perkhabaran tadi menyentuh hati kecilku.. Bahawa aku belum menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak sepenuhnya.. Aku mau jadi anak itu yang tahu membalas jasa mu... Aku yang mahu bersama-samamu tika sihat dan sakit... Aku mahu jadi anak itu.. Namun aku punya cita... Cita-cita yang ayahbonda jua inginkan... Malam ini aku... Bersyukur dikurniakan keluarga bahagia.. Dikurniakan sahabat-sahabat istimewa... Diberi peluang berkasih sayang... Malam ini aku... Berterima kasih padamu Ya Allah.. Dengan limpahan kasih sayang serta rezeki yang mencurah-curah.. Semoga aku sentiasa ditetapkan hati,iman serta menjaga akhlakku... Malam ini aku... Ingin membahagiakan mereka...