..Tambah kolesi...


Seperti yang dijanjikan,hari nie aku ke Jalan T.A.R tuk cari buku sekolah buat sepupu aku.. semalam nak singgah,aku tak berapa sehat.... So,hari nie aku pegi la area situ. Hari nie ada pasar malam kat tengah-tengah lorong Jalan TAR.. Ramainya orang.. aku pun redah jugak la cari parking moto kat area depan MYDIN. Nasibb baik dapat...

Aku suka ke kedai Buku Pustaka Mukmin K.L.. Kat sini banyak jenis buku yang boleh aku cari. Dari buku agama,sains,sekolah rendah,sekolah menengah, pengetahuan am,fiksyen lain,alat tulis,kalendar,diari,Al-Quran dan yang paling banyak adalah NOVEL. Kalau sekali pegi sini,mesti aku akan borong Novel dalam 3 buah.. Siap ad diskaun lagi 20% untuk novel yang terpilih... So, kalau korang ada masa nak cari buku-buku kegemaran,bolehlah singgah kedai nie... Betul-betul tepi jalan jer, selepas kedai JUKEBOX... Pic kat atas tue adalah novel yang baru aku beli... Pasni bleh start baca la...
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..

Selamat Kembali..