..i fOlLow U..

Monday, April 25, 2011

..Untuk Mama...

Hari Ibu memang akan di nantikan setiap tahun... pada awal bulan Mei nie kita akan menyambut Hari Ibu sedunia... Tahniah pada anda yang maseh mempunyai IBU... Hargailah jasa mereka dengan apa cara sekali pon... Tiada doa yang paling mustajab selain dari doa ibu kita...

Ibu.. kaulah permata hatiku.. besar pengorbananmu hinggakan tak terbalas andai nak dibandingkan dengan apa pun.... Aku berdoa agar ibu senantiasa diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahi dengan rezeki di dunia dan di akhirat...


Kepada insan yang bergelar IBU....

Ketahuilah bahawa jasamu sentiasa dikenang dan menjadi kebanggaan bagi setiap anakmu.. ku tujukan lagu ini buat IBU,MAMA,MAK,UMMI,AYE dan sewaktu dengannya...:)

MAWAR PUTIH UNTUK MAMA..

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


SAYANG MAMA....muaaahhhhhhhhh.....<3

Sunday, April 24, 2011

..Yang masih mencari....



Assalamualaikum wbt dan Selamat Malam...

Enry kali nie memang fokus untuk kesihatan... Bagi yang masih mencari perawat air, saya nak share tentang perawat air BEYOND WATER BIO-ACTIVE REFORMING SYSTEM yang merupakan air yang berkualiti..

Kajian telah dijalankan oleh pihak Syarikat Zhulian terhadap 30 jenama water treatment yang berada dipasaran maka terciptalah "BEYOND WATER", satu-satunya water treatment yang mampu manghasilkan "AIR HIDUP SEMULAJADI" yang mana hanya 5 buah negara di dunia sahaja yang terdapat air hidup semulajadi iaitu China,Pakistan, Italy,Jepun dan Russia.

Sistem penapisan Beyond Water menghasilkan air hidup semulajadi yang mampu diserap oleh organ badan secara optimum. Ianya dirawat melalui sistem rawatan FIR( Far infra Red).

Ianya dirawat melalui 5 kebuk penapisan.

1- kebuk ULTRA1(kebuk penapis tunggal)
Penapis seramik 3 peringkat dengan perak tersteril mampu menghapuskan kelodak,sedimen,karat,asbestos dan kotoran lain serta mikroorganisma kecil atau sisa.ianya juga besifat padat sehingga TIADA liang udara yang mana jika terdapat liang udara ianya mampu menghasilkan bekteria berbahaya.

2- kebuk TERMINATOR II (2penapis)
Air dari Ultra1 seterusnya melalui kebuk terminator II yang mampu menyingkirkan .pencemaran merbahaya sehingga 99.99%.disini KLORIN diubah kepada klorida larut air melalui proses Elektrokimia yang di panggil Redoks.

3- kebuk MONITOR III (2 penapis)
Air dari terminatorII seterusnya melalui Monitor III yang direka khas untuk menulen,mengilap dan menghasilkan semula air minuman berkualiti tinggi melalui lapisan Pyrolox Bergranul

4- kebuk activator IV
air dari Monitor III akan melalui kebuk activator IV yang menghasilkan saiz gugusan yang kecil,mengecas dan mengaktifkan menjadi "Bio-Hidup."Batuan Mineral Kalsit Bergranul mampu menulenkan dan mengaktifkan air serta mengstabilkan pH air

5- Terusan pengstabil air aliran lambat
air dari activator IV seterusnya melalui proses PEMAGNETAN .kegunaan air bermagnet ini ialah untuk meningkatkan Oksigen dalam air.

Air yang keluar melalui sistem ini boleh diminum terus tanpa was-was.


BEYOND WATER ini di INSURANCE sebanyak RM2 JUTA. ringgit.


Cara pembayaran boleh dibayar secara tunai .Kad kredit juga diterima..

Harga bagi 1 Beyond Water ialah RM3453.00 Jika anda menjadi ahli hanya RM68 sahaja anda bakal menikmati diskaun yang menarik.


Barangan dijamin 10-12 tahun.

Cuba bayangkan anda hanya perlu membelanjakan rm2.20 sebotol air mineral dari harga yang dibelanjakan untuk membeli BEYOND WATER untuk anda sekeluarga..









layari http://www.zhulian.com.my/beyondwater.html untuk keterangan lanjut.




Sekiranya berminat dan ingin mengetahui tentang produk, sila hubungi iena_png@yahoo.co.uk

Buat pilihan bijak sebelum anda menikmati kebaikan sesebuah produk.

..lihatlah dunia..

Assalammualaikum wbt dan Selamat malam...


Terharu dan terujanya aku pabila melihat wanita Melayu biasa boleh berjaya dari seluruh pelusuk Asia..

Tahniah... Pastikan aku akan menjadi sebahagian dari Mereka..

Friday, April 22, 2011

..Dadali Band..

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta...


nie antara lagu yang aku suka sebab terjengah kat blog someone my follower... :) tq kerana memperkenalkan lagu nie... sangat best..:)

Monday, April 18, 2011

..AyaM PenYet Wong SolO...

Malam nie terasa lapar pulak.. sebabnya last makan tengahari tadi... So aku ajak roomate g round-round cari makan kat area Kg Baru nie.. Round punya round,teringin nak makan ayam penyet pulak.. huiiishhhh.... Meleleh air liur bila sebut je ayam penyet...



So... lepas pusing-pusing sambil menaiki moto.. aku benti kat kedai Wong Solo.. Kami order 1 set Nasi Ayam Baka, Buah potong serta air sirap dan limau suam... Wah.. mengancam sungguh.. Sampai jer makanan,aku meminta pinggan lebih,sebab kami berdua on diet.. so makan sorang sikit la.. tapi memang berbaloi.. kenyang wooo.. macamm makan kat Bandung pulak rasanya... tapi feel dia lain sebab makan dalam pinggan.. hehehehe ini boleh mengundang keinginan untuk ke Bandung lagi nie... Adeh.. :D


Lepas setel makan,round-round 1 Kg Baru pulak... Best best best..:)

Monday, April 11, 2011

..tahu tak?...

Hari ini aku belajar banyak benda..

Pertamanya,berbuat baik pada sesiapa sahaja.. Setiap apa yang kita lakukan pasti mendapat balasan dari Allah Yang Maha Esa..

Keduanya peluang yang datang tak mungkin akan berulang tanpa izin darinya..

Ketiganya bersederhanalah dalam segala perkara..

Keempatnya, berdoalah senantiasa walau dalam apa jua
Keadaan sekali pun..

Kelimanya tetapkan hati senantiasa berfikiran positif...

Sunday, April 10, 2011

..Lagu Nie Chomell...

Andai kata.. Kau masih meragui cintaku Buka mata.. pandang dalam mataku Andai kata Masih kau curiga kepadaku Telah ku kata di hati hanya kamu Ku nyanyikan lagu cinta Moga kekal terpatri di hati kita Janji kita berdua Andai benar Tak terasa getaran cintaku Peluk lah aku pasti kau akan tahu Tak akan mungkin terbuang Satu perasaan cinta yang makin dalam.. Tak bisakah kau rasa? Kau X-Ray lah hatiku Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku Percayalah Pasti kau akan tahu Kau X-Ray lah hatiku Kau lihatlah keping keping laras cintaku Periksalah Semua untuk kamu Percayalah Sayang Pasti hanya Kamu. Andai Kata.. Masih kau curiga kepadaku. Kita nyanyi lagu cinta Moga kekal terpatri di hati kita Ku mahu kau percaya
Haish... entah ape tah yang boleh sebabkan aku tersuka balik lagu lama nie.. dinyanyikan oleh Nabila Huda,anak Amy Search... Lagu nie macam kiut jer bila dengar balik.. siap suh Xray lagi... suke suke suke...

..Dah sampai Kolumpo....

Semalam sebok dok sedey-sedey... hari nie memang dah tak leh nak sedey sebab kena jugak balik sini... Tapi yang bestnya balik kali nie ada penemannya... HAaaaaa... Jangan salah sangka... yang teman tue sepupu aku.. Cik Nana.. dia nak pindah dok kat area PJ.. so balik awal la sama ngan aku... Pepagi dah sms ngan kakak aku.. xdapat nak jumpa lama-lama sebab dia balik umah mak mertua.. Semalam sempat sembang-sembang share apa yang patut jer la.. nak sembang panjang tak sedap pulak kat umah orang kan.. Dalam perjalanan aku pon berfikir-fikir tuk minta tolong kengkawan datang amek aku kat hentian duta.. call orang nie,balik kampung.. call lg sorang,teksi dah ada yang booking.. lastly sebelum sampai,aku call Mrs Wawa yang tengah menjait.. so dia setuju datang amek aku...Yeay... tak yah nek teksi..:D Sebelom balik umah kami singgah tapau nasi kat kedai Pak Lang kat pintu gerbang Kg Baru.. banyak jugak lauk tengahari.. besh besh.. Lepas tue apa lagi.. balik la umah.... aku pulak nak get ready tuk keje pulak lepas tue... TQ Mrs Wawa..:)

..Kejapnye...







Pejam celik pejam celik
dah 2 hari aku balik kampung..
esok pagi-pagi lagi aku dah nak balik kl...:(






Adeh.. kejapnya cuti....

Friday, April 8, 2011

... Yeayyyyyyy...

Semalam.... Alhamdulillah seawal 7 pagi aku dah berjalan ke taxi stand sebelah Hospital Kuala Lumpur... Hujan ranyai-renyai mengiringi perjalanan aku... ramai yang terkejar-kejar nak merebut naik bus rapid tuk ke tempat kerja.. tak kurang pula yang menanti taxi.. aku memberi peluang kepada mereka dahulu memandang aku tak begitu urgent tuk ke Hentian Duta.. Sebelum tue sempat lagi aku bekpes Royalmix with koko supaya aku tak lapar sepanjang perjalanan nanti....


Naik jew taxi,aku cakap nak p hentian duta.. tapi driver tue buleh masuk kot pwtc hantar aku kat hentian Putra... tak jelas lagi kew aku cakap.. ke kurang beri perhatian apa yg aku cakap.. ?
Pakcik tue minta maaf dengan aku.. aku kata "tak pa pakcik".. mungkin tak jelas kot aku cakap..


Selama 4 jam lebih..sekali jew bas berhenti kat Hentian Simpang Pulai... Sempat la g buang apa yang patut... Akhirnya aku pon sampai Penang dalam kol 1 petang... Sepupu aku datang amek sebab abah kena g amek pakcik aku yang wat rawatan dialysis...

Sebelah petang aku ikut abah g amek mak balik keja... sempat g jumpa membe kat spital Penang... sembang-sembang pasal kengkawan lain.. maklum lah lama tak jumpa..:)

..Pulang lah Pulang..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua..



Sudah lama aku menyepikan diri.. bukan apa.. masih menumpukan perhatian kepada pekerjaan aku.. Biarpun sibuk bekerja,namun aku harus jua melakukan aktiviti sampingan lain.. Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang memuaskan walau dalam keadaan sibuk...




Namun hari nie aku bercuti dan ingin pulang ke kampung halaman... RINDUnya mau jumpa Ayahbonda terchenta..:)....





Monday, April 4, 2011

Beduk berlalu..

Usah ragu pada ketentuan Allah..

Jalannya pasti ada..

Cuma perlu berusaha..

Yakin pada diri..

Pasti capai apa yang kita kehendaki..

..Malam Ini Aku..

Malam ini aku... Termanggu-manggu sorang diri..
Terbit rasa yang lama dulu telah kuburkan...
Mungkin jua aku terlalu menjauhkan diri...
Jauhku ada sebabnya..
Diam aku juga bersebab..
Semuanya sebab bahagia kamu kamu kamu..
Mula aku diimbau kembali..

Malam ini aku..
Rindukan ayahbonda sekeluarga..
Perkhabaran tadi menyentuh hati kecilku..
Bahawa aku belum menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak sepenuhnya..
Aku mau jadi anak itu yang tahu membalas jasa mu...
Aku yang mahu bersama-samamu tika sihat dan sakit...
Aku mahu jadi anak itu..
Namun aku punya cita...
Cita-cita yang ayahbonda jua inginkan...

Malam ini aku...
Bersyukur dikurniakan keluarga bahagia..
Dikurniakan sahabat-sahabat istimewa...
Diberi peluang berkasih sayang...

Malam ini aku...
Berterima kasih padamu Ya Allah..
Dengan limpahan kasih sayang serta rezeki yang mencurah-curah..
Semoga aku sentiasa ditetapkan hati,iman serta menjaga akhlakku...


Malam ini aku...
Ingin membahagiakan mereka...