..i fOlLow U..

Tuesday, December 13, 2011

..Nak perhiasan Cantik tak semestinya MAHAL..











koleksi Rhodium yang menawan...




syantik uoolllss...




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...


Sehat ka semua? tQ pada yang sudi mai melawat blog saya nie.. kat sini saya suka share tentang perhiasan utk wanita khususnya..nak cantik tak semestinya kena beli yang mahal-mahal kan... tapi bagi yang berkemampuan mereka bebas membeli dan memakai apa saja...


tapi bagi saya.. saya lebih suka dapatkan perhiasan yang menawan tetapi harganya lebih murah dan berpatutan.. yang penting kualitinya..


So.. saya dah pun memiliki beberapa set barangan di atas.. sangatkan BEST bila memakainya..


Anda mau juga? Email saya untuk tempahan dan selanjutnya.. iena_png@yahoo.co.uk :D

TQ yer..





Friday, December 9, 2011

..Manisnya CINTA..




Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...



aishh... tetiba ja keluarkan tajuk cam gitu kan... tak der ape lah.. saja ja.. sebab baru lepas baca kad kawen kawan-kawan yang akan melansungkan hari bahagia mereka tak lama lagi.. Alhamdulillah sy tumpang happy buat semua kawan-kawan yang dah melangkah ke status "SUAMI ISTERI" peliharalah sebaik mungkin.. chewaahhh...




Dalam tengah sibuk-sibuk buat asegmen,ternampak 1 dokumen lama yg tersimpan lam pen drive yg 1 nie.. haaa... sure la kan ada ayat-ayat dengan someone yang pernah rapat dahulu.. bila baca balik,sedey,happy n pelik pon ada.. apa tidak nya.. akibat tiada keberanian mmg segala hasrat terpendam tak dapat diluahkan dengan cara yang betul dan pada waktu yang betul.. tapi semua tue adalah pengalaman.. tahu pandangan orang tentang kita lebih membuka minda utk kita menerima sesuatu walau apa jua keadaan.. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang pernah rapat dahulu telah melayari alam rumah tangga dengan jayanya.. Syukur..




Bagi aku,semua tue adalah kenangan terindah walaupon terpalit sedikit pahitnya.. Terima Kasih ALLAH kerana membenarkan aku mendampingi orang-orang yang menyayangi diri ini walaupon seketika...Semoga orang-orang yang aku sayang mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.. Segalanya atas diri kita,cara kita menghargai orang2 sekeliling kita..



Aku Bahagia menjadi Umat-Mu Ya Allah..

Wednesday, December 7, 2011

..Ingin Badan Sehat Idaman?...

Assalammualaikum wbt,Selamat Pagi...


Hari nie nak share tentang Macam mana nak sehat... Dengan pengamalan semua produk yang dibawah,insyallah anda akan bertambah sihat... Saya adalah pengamal setia dan hasilnya pasti menakjubkan..


anda sudah mengamalkan nya?


usah tunggu-tunggu,usah nanti-nanti..


dapatkan segera!


Pelihara sihat anda demi orang tersayang..



wajib dan tak pernah tinggal yg nie...




backup utk kulit usus n saraf halus..





Menakjubkan bagi yang ingin badan idaman...

HAYATILAH...


Aku ingin SIHAT..


Dulu aku seperti kamu

Lincah, ligat, tegap, berwawasan

Idea mengalir laju, fikiran kritikal-kreatif, mengalahkan Profesor

Tutur kata jelas, meyakinkan, mengalahkan Pengarah Pemasaran

Ditolak tak jatuh, dicabar tak kecundang

Aku SIHAT



Kini aku berbeza,

Seringkali terkapai-kapai, tercungap-cungap meminta nyawa

Agiliti minda pudar, tekanan sedikit, bisa menewaskan

Aku bukan tua, sekadar kurang daya-upaya, lemah sedikit di sini sana

Tubuh mudah kalah

Minda sering berdarah

Aku kehilangan SIHAT



Ya, kamu memang cantik

Tubuhmu langsing, matamu ayu, kulitmu gersik

Maafkanlah lemakku menghalang pandangan sisimu

Maafkanlah glaukoma mataku menakutkanmu

Maafkanlah kulitku menggerutu menggelikanmu

Aku bukan hantu,

Aku ingin cantik seperti kamu

Aku kehilangan SIHAT





Oh, Bahagianya para isterimu

Darahmu merah mengalir mudah; kamu pria gagah

Malam, Pagi, Petang ... Ish ish ish

Sahabat, apakah rahsia mu?

Sekian lama nikmat itu kutunggu

Segala macam telah ku cuba...namun kurang, kurang, kurang

Aku bukan mati pucuk atau Mat Kemaruk

Aku kehilangan SIHAT



Hebatnya kamu sahabat

Bergegas ke sana-sini dengan Mercedes, BMWmu

Kaherah, Shanghai, Dubai telah kau terokai

Nikmat hidupmu tinggi

Kamu insan berani, usahawan luarbiasa



Oi, tak nampakkah aku di sini

Malu-malu, ego, negatif, “tak ada duit”, “tak ada masa”

Aku pakar alasan

Namun, jauh di sudut hati

Aku pun mahu sepertimu

Sponsorlah, Pujuklah aku



Aku pun ingin SIHAT .




ihsan dr Prof bahagian pemakanan berfungsi..

..My BFF Hantaran..



syomel tak?


Hand bag ngan kasut




google n iphone





telekung



belt n wallet


sejadah



Al-Quran


Assalammualaikum wbt dan Selamat Malam..



Just nak sharekan hantaran yg telah sy buat utk Pn Buzu n En Dzul..

yang kuning adalah dari pihak perempuan.. dan yang pink purple dari pihak lelaki..


so amacam?



ok tak hantaran cam gini...

Monday, December 5, 2011

..Tahniah untuk MY BFF..

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera...















Gambar ehsan photographer.. en. black..





Tahniah buat my BFF Pn Zulia dan Encik Dzul telah selamat menjadi suami isteri yang sah pada 26.11.2011.. Maka kreativiti sy telah tercurah melalui hantaran yang telah siap sedia pada hari kenduri tersebut.. nak upload pic hantaran nie masih belum ada.. insyallah akan di upload kemudian.. TQ kerana mempercayai kreativiti saya.. :D





Apa khabar anda semua.. pastinya sedang sibuk melaksanakan tugas masing-masing kan... semoga semuanya di permudahkan.. Dan jangan lupa menjaga kesihatan anda dan keluarga anda yea dengan makan makanan seimbang serta melakukan senaman pada hujung minggu..:D

Sunday, November 13, 2011

..Untuk yang ingin mendapatkan ZURIAT dan meningkatkan kesuburan..






Asssalammualaikum wbt.. Salam Sejahtera..




Apa khabar semuanya..? maaf la saya agak sibuk dengan urusan seharian.. Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog saya..




Di sini saya selaku pengedar barangan kesihatan Zhulian ingin berkongsi info tentang wanita yag masih belum mempunyai zuriat..Dengan pengambilan Spirulina greenlex.




Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien

> Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.
> Spirulina Disahkan Organik.
> Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.
> Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.
> Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.




Terdapat satu kajian (Kistanova et al, 2009) menunjukkan keupayaan spirulina menambah prestasi reproduktif pada khinzir hutan yang diternak di Bulgaria. Khinzir jantan baka ini ditugaskan untuk mensenyawakan beberapa puluh ekor khinzir betina, maka amat perlu bagi khinzir ini menjadi sihat dan subur.

Selama 40 hari spirulina telah dibekalkan ke dalam diet enam ekor khinzir jantan, kemudian sperma dikutip menggunakan "artificial vagina" sekali seminggu. Seperti dijangka, khinzir yang diberimakan spirulina menunjukkan isipadu sperma yang lebih tinggi (dari 276 ml ke 307 ml), sementara kepekatan dan daya-gerak (mobiliti) juga meningkat. Lebih hebat lagi, ketahanan hidup (survivability) sperma juga adalah lebih tinggi dalam khinzir yang mengamalkan spirulina (selepas 72 jam, cuma 54 % sperma khinzir biasa masih hidup, sementara khinzir berdietkan spirulina menunjukkan ketahanan hidup sebanyak 65 %).

Eksperimen sebegini mungkin tidak akan dijalankan ke atas manusia disebabkan aspek moral dan keagamaan. Namun, bagi lelaki yang mengingini sperma yang lebih sihat dan subur, eloklah mengamalkan spirulina selalu.



Rujukan

Kistanova, E., Marchev, Y., Nedeva, R., Kacheva, D., Shumkov, K., Georgiev, B. and Shimkus, A.(2009) Effect of the spirulina platensis included in the main diet on the boar sperm quality, Biotechnology in Animal Husbandry, 25(5-6), p 547-557.

untuk tempahan : sila emailkan ke iena_png@yahoo.co.uk . Tinggalkan butir-butir serta no telefon utk dihubungi..

kod : NB 2301 (250tablet ) RM 77
NB 2302 (1200 tablet) RM 322
bayaran pos adalah percuma..

Sayangi anugerah SIHAT yang ALLAH beri pada kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi..:)

Tuesday, November 8, 2011

Ingin S.I.H.A.T ?

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Selamat Hari Raya Aidiladha.. Diharap anda sihat-sihat hendaknya.. Di sini saya nak berkongsi bagaimana untuk kekal sihat dan menawan.. Berikut adalah apa yang terbaik yang pernah saya cuba.. Hasilnya sangat HEBAT.. Semoga anda kekalkan sihat hingga usia seberapa pun.. Anda ingin TUA dikaitkan dengan SAKIT atau TUA dikaitkan dengan SIHAT.. Buatlah pilihan mulai sekarang..Mulai kekalkan sihat anda sekarang dengan rangkaian produk kesihatan yang HEBAT ini..

S : Superspesialis Greenlex; Memo-complex, i-complex, spirulina (Nutraseutikal suplemen)
I : ISO3, 5, 7: Makanan berfungsi khusus
H : Himpunan makanan berprestasi tinggi: SSSolution, vegivera, Royalmix
A : Agen anti-tua : B'Young
T : Transformasi minda + Amalan berterusan

Diharapkan ringkasan SIHAT ini dapat memudahkan semua mengingati dan mendalami produk berfungsi Zhulian.


Fomula EASSSA..

E: Elakkan makanan sumber haiwan, tinggi gula dan karbohidrat terutama selepas pukul 9 malam. Kekurangan zat semasa berdiet boleh digantikan dengan meningkatkan makanan padat zat. Dalam Zhulian ini termasuk produk seperti SSSolution. Jika SSSolution tidak digemari, konsumer ada pilihan menggunakan susu low fat Origrow dan spirulina.

A: Air sebagai pengenyang. Minum air selalu supaya badan tidak haus. Kadang-kadang badan sukar membezakan antara haus dan lapar.

S: Senaman membakar kalori, menghantar darah beroksigen ke serata badan. Aktiviti fizikal yang dapat menambahkan kadar degupan jantung (seperti berlari menaiki bukit) adalah sangat berfaedah.

S: Sayur memberikan rasa kenyang tanpa kalori berlebihan, juga tidak menggemukkan.

S: Serat memastikan pembuangan yang kerap. Kalau gagal makan sayur mencukupi, boleh ambil ISO5 2-3 sacet sehari.

A: Amalan berterusan. Amalan baik yang berterusan akan menampakkan hasil yang baik. Badan menjadi kurang berlemak, rasa lebih segar dan cergas.

Tak perlu buang banyak lemak, kalau dapat buang 1 kg seminggu itu sudah memadai dan hebat.

Thursday, October 20, 2011

..baru jea cakap...

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...


Artikel lalu saya telah menceritakan tentang kematian saudara akibat kanser hati.. kali nie benar-benar terjadi pada teman sekerja yang mengalami komplikasi pada jantungnya. Memang tak sangka akan jadi teruk sampai macam tue.. mulanya hanya tekanan darah rendah saja, di tambah dengan sakit dikepala.. pada satu hari.. kawan mengadu letih lesu.. apabila tekanan darah di periksa, makin rendah.. nadi pula makin tinggi... dia di suruh berehat di atas katil pesakit.. Pemeriksaan jantung dilakukan.. setelah dilihat oleh doktor,ada perubahan pada carta ecg.. terus kami menghantarnya ke unit kecemasan.. kemudian di tempatkan di unit rawatan rapi untuk pesakit jantung..:) umur masih muda 31 tahun.. Alhamdulillah sekarang makin pulih..


semuanya ada bahagian masing-masing.. untuk anda,pelihara sihat kita kerana ia satu anugerah..insyallah Allah akan memberi nikmat lain dari segi rezeki yang melimpah-ruah..:)

Sunday, October 16, 2011

..deCo fOr mY Bff..

Assalammualaikum wbt n selamat malam...



Alhamdulillah.. kenyang sudah makan malam hari nie.. now time to deco hantaran my BFF yang akan melansungkan majlis pada hujung bulan 11 nie... harap-harap dapat memenuhi citarasa mereka n selesai dalam masa yang pantas nie..so... maaf la tak dapat nak upload pic sebab nfon ai sudah masuk sungai..:)


Untuk anda.. sehat ka? harap-harap semuanya berada dalam keadaan sehat.. seorang lag sedara saya telah menjalani pembedahan kanser payudara... sungguh cepat merebak dan silalah berhati-hatai wahai anda semua.. Minumlah air yang dirawat sekurang-kurangnya dapat mencegah dari terkena Penyakit Kanser..Amalkan pemakanan berfungsi tahap sel yang boleh merencatkan sel kanser.. INGAT TAU.. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.. bila dah mengalami,barulah anda akan menyesal.. Jaga pemakanan anda,tidur anda serta persekitaran yang sihat... Take Care Tau.. KESIHATAN AMAT MAHAL JIKA TIDAK MENJAGANYA DENGAN BAIK..


sekian..TQ :)

Wednesday, October 12, 2011

..Pernah terfikir akan kena Penyakit PEMBUNUH NO 1 itu..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi..


Apa khabar semua.. harap anda semua sihat-sihat di samping insan tersayang..
lama tak berkongsi bicara di sini.. 2 hari lepas,diberi perkhabaran yang tidak menyenangkan hati kecik ku ini.. Sungguh tak ku sangka seorang kakak sedara ku telah meninggal akibat kanser hati.. permulaannye entah bila,tetapi akhirnya dah tau masa stage 4..memang dah teruk.. hanya menanti dijemput kembali oleh-Nya.. Al- Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Buat anda seorang wanita..lakukan ujian yang sepatutnya untuk mengesan abnormal pada diri anda.. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah 1 cara untuk menghalang dari terkena kanser dan minumlah air yang dirawat mengelak dari klorin yang berlebihan boleh menyebabkan kanser..
Amalkan makan B'young dan minumlah air hidup semulajadi Beyond Water Bio-activ Reforming System..



buatlah pilihan sebelum anda terpilih mengalami penyakit KANSER..
MENCEGAH lebih Baik Dari MENGUBATI..:)

Thursday, October 6, 2011

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia....


Apa yang nak di luahkan di sini adalah sipi-sipi apa yang ku rasa.. Maaf andainya ada bait-bait kata yang menyentuh hati kalian yang membaca.. Dari kecik saya di asuh oleh keluarga tersayang.. makin hari makin dewasa.. walaupun apa yang telah dicurahkan oleh mereka sedikit sebanyak terserap kepada aku.. mungkin aku bukanlah anak harapan namun aku bangga punya keluarga seperti mereka.. Sentiasa memahami.. Namun bagaimana mahu jadi seperti mereka.. diri Yang kurang sabar ini.. yang selalu sahaja membuat onar dalam sedar mahupun tidak..


Aku bukanlah sempurna.. namun ku tahu ku akan sentiasa membuatkan sesuatu menjadi sempurna dengan apa cara sekali pun.. Tiada tempat lain yang hendak ku mengadu..Hanya padaMU Allah.. Kau berikanlah ketenangan hati dalam apa yang ingin aku terima kemudian aku sampaikan pula pada mereka demi kebaikan bersama..

Bersyukur aku pada-Nya yang Esa.. namun aku masih lagi belajar erti hidup... Ingin aku jejakkan kaki ke RUMAH ALLAH bersama mereka satu hari pasti..

Engkau yang Maha Mengasihani.. Maha Mendengar.. kau pertimbangkanlah isi hati kami.. Semoga diperkenankan..INSYALLAH..

Monday, October 3, 2011

Jantung Sihat Bermula Di Rumah..

Assalammualaikum wbt dan selamat malam...
Just nak share tentang artikel yg sy jumpa dalam laman web KKM.. :) Jom baca!

“JANTUNG SIHAT BERMULA DI RUMAH”

HARI JANTUNG SEDUNIA

29 SEPTEMBER 2011





Penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok) adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital KKM. Pada tahun 2010, 25.4% (11,812) kematian adalah akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular juga adalah penyebab utama kematian pra-matang di hospital-hospital KKM, di mana kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun. Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup, penyakit kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta mengurangkan produktiviti negara.



Secara keseluruhan, lebih dari 90% pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu:



Tabiat merokok
Menghidap hipertensi
Berlebihan berat badan atau obes
Tahap kolesterol yang tinggi
Gaya hidup yang sedentari (atau tidak aktif)
Menghidap diabetes







Selaras dengan tema Hari Jantung Sedunia di peringkat global, iaitu “One World, One Home, One Heart”, iaitu kesihatan jantung anda perlu bermula di rumah. Dengan tumpuan kepada semua ahli keluarga, termasuklah kanak-kanak, beberapa amalan gaya hidup yang sihat yang dilakukan di rumah mampu mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi tujuh (7) langkah yang boleh diambil oleh anda dan keluarga anda bagi menjalani kehidupan bagi menjamin jantung yang sihat:


(1) Jadikan rumah anda kawasan larangan merokok. Ini bukan sahaja memanfaatkan anda, tetapi yang lebih penting melindungi kesihatan anak-anak anda. Jika anda berhenti merokok sekarang, anda akan berjaya mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 50% dalam tempoh satu tahun sahaja;

(2) “Aktifkan” hidup anda. Setiap ahli keluarga perlu berusaha untuk mengurangkan masa riadah di hadapan TV atau komputer kepada kurang dari 2 jam setiap hari. Rancang aktiviti fizikal atau senaman di luar rumah, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari;

(3) Ketahui keperluan kalori harian anda yang sesuai dengan gaya hidup yang anda amalkan. Anda perlu bijak membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, dan imbangi pengambilan makanan (kalori) dengan tahap aktiviti fizikal anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula;

(4) Ketahui BMI anda dan kekalkan berat badan yang unggul dengan mensasarkan BMI kurang dari 23 kg/m2. Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% mampu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;

(5) Ketahui tahap kesihatan anda. Pastikan anda dan ahli keluarga menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI dan ukurlilit pinggang. Minta doktor terangkan tahap risiko anda;

(6) Tangani stres dengan bijak. Individu yang mengalami stres yang keterlaluan lazimnya mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok, makan secara berlebihan dan meminum alkohol secara tidak terkawal; dan

(7) Hidup sihat tanpa alkohol. Pengambilan alkohol secara berlebihan, termasuk binge drinking boleh memudaratkan kesihatan dan jantung anda.


Melihat situasi terkini tahap kesihatan rakyat Malaysia, saya ingin menyarankan agar semua rakyat Malaysia yang dewasa berumur 30 tahun dan ke atas menjalani ujian saringan ini setahun sekali. Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit NCD di bawah umur 50 tahun, berlebihan berat badan atau obes, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.



Dengan mengamalkan saranan di atas, anda dan ahli keluarga mampu untuk mengurangkan beban akibat penyakit kardiovaskular. Walau bagaimanapun, tidak semua penyakit kardiovaskular boleh dicegah. Jika anda mensyakki ada ahli keluarga yang mendapat serangan sakit jantung atau strok, dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.



DATO’ DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

29 September 2011

Wednesday, September 28, 2011

..Apa pun HATI KENA IKHLAS..

Assalammualaikum wbt...dan Salam 1 Malaysia..


Apa khabar semua? harap-harap sehat-sehat belaka yer... Kalau tak sehat,sila dapatkan rawatan segera...


Hari nie nak cakap bab HATI dan IkHLAS... dua-dua perkara nie memang tak boleh dipisahkan.. Untuk berbuat sesuatu perkara mestilah datang dari hati,dimulakan dengan niat.. barulah kita akan merasa ikhlas.. Memang ada pepatah mengatakan jika ikut hati,akan mati.. ini berkait rapat dengan perkara yang buruk jika kita tidak dapat berfikir dengan waras menyebabkan kita akan bertindak secara luar kawalan dan akan membawa kebinasaan..

Maka hati selalulah kita pelihara dengan mengingati Allah,zikir serta melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan akhirat.. Begitu jua empunya diri,pabila sesuatu perkara mendatang yang menyebabkan hati kita resah.. cepat2 kita melaksanakan solat agar di beri ketenangan..maka dapatlah membuat keputusan sewajarnya..

Kini aku di Pulau Pinang.. kepulanganku tadi amatlah terasa rindu pada tanah tercinta ini.. seperti berbulan tidak pulang.. Alhamdulillah aku selamat sampai di sini pada jam 2 petang.. Aku melaksanakan puasa 6 sebelum tamat syawal yang penuh kemenangan... Syukur.. dapat jua aku melaksanakannya dengan sempurna.. Insyallah niat yang baik akan di akhiri sengan sesuatu yang baik.. Mudah-mudahan.. Pada malamnya kami sekeluarga makan di luar sempena menyambut hari kelahiran kakak ku.. Time kaseh belanja kami.. Semoga bahagia di samping orang tersayang dan mendapat cahaya mata...

Sunday, September 18, 2011

..Keberkatan Rezeki..



Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia..







Apa khabar semua.. alhamdulillah,di harap semua sehat hendaknya..tertarik sy nak share artikel nie.. jom kita hayati..:)

Orang beriman tak takut belanja harta ringankan beban golongan memerlukan

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

•Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

•Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah
•Berusaha cari rezeki halal
•Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
•Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.
•Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.


•Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
•Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).
•Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
•Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

•Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”
Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM

Tuesday, September 6, 2011

Hidup dan pilihan



cilok pic by encik yahoo... tq





Andai kamu masih hidup,memang tak kan lari dengan membuat pilihan... Setiap apa yang kamu pilih mempengaruhi apa yang kamu bakal hadapi seterusnya.. Memilih perkara yang baik semestinya dituntut agar mendapat result yang baik.. andai memilih perkara yang buruk,sudah pasti ianya akan mendapat result yang tidak baik... Setiap pilihan terletak pada diri sendiri.



Begitu juga aku.. tak kan lari untuk membuat pilihan apa sahaja dalam hidup.. Aku percaya semua ini adalah dugaan serta ketentuan dari-Nya. Terdapat sebab dan asbab yang mempengaruhi setiap pilihan kita.. Untuk membuat pilihan, kita perlulah sentiasa berada dalam keadaan tenang,memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan membuat pilihan.. Berat telinga mendengar,berat lagi otak yang ligat berfikir tentang penyelesaiannya..



Setiap pilihan yang akan dibuat adalah berlandaskan kebaikan serta petunjuk dari Dia. Walaupun pilihan kita tak seperti yang diharapkan,pasti terselit sedikit kebaikan dan kegembiraan. Dengan itu..buatlah pilihan sengan waras serta berfikir dengan positif dari segala sudut. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku adalah kehendak Dia Yang Maha Esa untuk menguji kita sebagai hamba-Nya..



Insyallah pilihan yang aku buat ini diharapkan menyenangi semua pihak walupun terdapat cacat celanya.. Yang baik itu dari Dia,yang buruk itu sudah pasti dari diri ini yang tidak sempurna...




Allahhu Akbar...Amin..

5.9.2011




Pada tarikh ini,kehadiran orang baru yang amat dnantikan oleh pasangan Azah dan Riz telah lahir.. Bayi lelaki,sudah pasti amat menyenangkan hati mereka terutama si ayah.. Tahniah..! Semoga kehadiran orang baru memeriahkan lagi keluarga kedua-dua belah pihak.:)

Monday, September 5, 2011

Menyambut Aidilfitri 4.9.11..

Assalammualaikum wbt dan Salam kemerdekaaan..



Tamat waktu kerja malam,aku bergegas pulang untuk mendapatkan tiket ke kampung.. Memang banyak lagi tiket memandangkan ramai yang pulang beraya menaiki kenderaan masing-masing. Bus pulak buat spoil.. tiket jam 7.45 pagi, bus pulak yang datang jam 8.30pagi.. Sampai penang dalam kol 2 petang.. Sesampai ja,adik datang ambil.. perjalanan dari KL-Penang sangatlah lama rasanya.. driver memang tak bawa macam biasa.. slow motion ja..

Sampai ja rumah,dah penuh tetamu yang datang.. aku terus bersalam-salaman dengan semua..Perut dah mula keroncong sebab makan roti jer dalam bas.. Apa lagi,aku makan Mee Kari yang panas-panas baru masak tue. SEDAPNYA... Lepas tu rehat-rehat jap,baru aku pegi bersihkan diri,pakai baju raya..


dari petang sampai ke malam,keja aku melayan tetamu,basuh pinggan mangkuk,hidang makanan,sembang-sembang ngan sedara mara,topup kueh raya n buat air... wah.. besh besh sampai sakit tumit kaki hehehe



Syioknya walaupun lambat balik beraya.. TQ my FAMILY..<3

Friday, August 26, 2011

..Selamat hari raya Aidilfitri...





Assalammualaikum wbt...








Salam Aidilfitri buat sekeluarga serta sahabat sekalian...


Maaf Zahir & Batin andai tersilap n salah dari segala sudut...


Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan serta keceriaan buat semua..


Sambutlah dengan hati yang tenang...









tulus ikhlas dari



> iena_png @ mamapink07 <







Monday, August 22, 2011

..Hebatkan Raya anda..

Assalammualaikum wbt...

Memperkenalkan...



Rangkaian BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL.

Terdiri daripada 9 bekas yang berbeza.

Ia diperbuat daripada polipropilena berkualiti tinggi dan bahan Getah Elastomer Termoplastik (TPER) yang dipilih teliti dan tidak bertoksik agar memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan ianya disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Korea Environment & Merchandise Testing Institute (KEMTI) untuk kebersihan dan keselamatan.

Bekas penyimpanan makanan ini direka khas dengan pelbagai ciri unik demi memenuhi keperluan para pengguna. BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL yang kedap udara dan anti-bocor ini juga ideal untuk menyimpan makanan yang dibawa ke sekolah, pejabat atau untuk mengekalkan kesegaran makanan yang dibawa berkelah atau bersiar-siar.

Hanya Rm 299 sahaja untuk anda memilikinya... Mudah.. Berkualiti..

Hubungi iena_png@yahoo.co.uk untuk dapatkan yang terbaik buat keluarga anda..
















..4 hari sudah..

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang...

Dah 4 hari berada di bumi Penang..berbuka bersama keluarga,bersahur bersama keluarga.. cepatnya masa berlalu.. Tak terkejar akan nya.. Alhamdulillah bebrapa jenis kueh buat juadah hari raya sudah tersedia.. menanti tetamu berkunjung di hari raya nanti...


Tahun nie aku akan beraya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.. Seperti tahun-tahun yang lalu.. kami akan memakai baju raya ke tempat kerja..:) menyambut raya bersama-sama pesakit yang ada.. Berkongsi juadah bersama-sama.. Best jugaak kan..:)

Seminggu kemudian barulah aku pulang beraya di kampung..:) Aku sudah biasa..:) hehehe esok pagi aku akan pulang ke kl..:) semoga semuanya berjalan lancar..

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan bakal berlabuh... Syawal pula menjelma..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...


Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita sudah berada di pertengahan ramadhan.. Semoga diberkati segala ibadah yang kita lakukan..

Now i'm in Penang... beshnya,terubat segala rindu nak berbuka bersama keluarga,bertarawikh...Alhamdulillah baru selesai buat persiapan raya bersama keluarga.. buat koi @ kuih raya.. yum yum... seperti biasa yang wajib kami buat ialah biskut kurma cornflake,biskut nestum,biskut corocon,almond london,short break n beberapa jenis lagi.. yang bnie memang home made tau...

now time to sleep... esok sambung almond london pulak then sebelah petang teman my sister,hubby dia n adik p shopping raya...So awak semua dah siap-siap ker nak beraya...?lagi beberapa hari Syawal bakal menjelma..:)

Monday, August 15, 2011

..Iftar bersama BFF..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...

Hujan turun begitu lebatnya selepas aku pulang dari melawat sepupuku di Taman Samudera.. Muda-muda dah dapat penyakit.. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Yang Maha Esa.. Semua ada bahagian masing-masing..buatlah persediaan sebelum terlambat...

Semalam,saya mengambil kesempatan beriftar bersama beberapa orang sahabat.. Kami ke tempat kegemaraniaitu di Jeram Kuala Selangor..Alhamdulillah sangat bersyukur di beri kesempatan bertemu sahabat-sahabat semua.. selain itu dapat jua aku berkongsi cerita bersama mereka.. Bagai bertahun lamanya tak jumpa.. Masing-masing punya kualiti masa tersendiri..

Makanan semuanya telah di order oleh En Firdaus a.k.a Capang n kawannya.. walaupun berada jauh di belakang,namun kami masih punya tempat yang selesa..Saya datang bersama Cik Buzu n Encik DF dan encik Hamzah.. Walaupun sesat, sampai jua En Hamzah ke destinasinya..:D

Sungguh manis saat itu... :) Miss U All...

Tuesday, August 9, 2011

..PROMOSI HAMPER KESIHATAN LESTARI AIDILFITRI..


Assalammualaikum wbt.. dan selamat petang..


Nak Buat Promo nie..


Saya ada buat hamper saya namakan HAMPER KESIHATAN LESTARI AIDILFITRI..


terdiri dari barangan kesihatan seperti




  1. Jus ManggO ,Oren, Anggur Hitam, Kurma, Kiwi, Limau Nipis, Ros


  2. Gula Fruktosa


  3. Vitamin C


  4. Losyen Ginseng & Vitamin C


  5. Minuman Bijirin dan Lighzi


  6. Minuman KOKo


  7. Kopi Ginseng


  8. Teh Misai Kucing
harga dari rm150-rm300
untuk tempahan, email saya di iena_png@yahoo.co.uk
Ceriakan Hari Lebaran Dengan Kesihatan Lestari..

Wednesday, August 3, 2011

..3 ramadhan..

Assalammualaikum wbt dan Selamat berpuasa...


seperti biasa 2 hari nie aku memenuhi aktiviti harian dengan berehat-rehat di atas pelapik tilam 7 terapi bio-ion contiago di rumah makcik aku..sengal-sengal tue memang tak bleh nak lari... Untuk mengelak dari badan aku masuk angin akibat jatuh moto hari tue.. moto memang tak sentuh lansung... keje aku bagun,sahur, baring,bangun melawan anak buah yang makcik asuh,melayan FB,BLOG,EMAIL dan mengambil tempahan dari rakan-rakan..


Bermula tahun ini aku pengguna setia produk SS Solution,B'Young Functional Baverage,Pelapik Tilam,Beyond Water serta lain-lain lagi.. Seperti yang di sarankan.. Aku bangun sahur jam 4.30 pagi. 1 paket B'Young pagi aku ambil.. Jam 5 pagi aku mengambil makanan sederhana seperti nasi dan lauk-pauk.. 5.30 pagi sebelum imsak aku mengambil 1 paket SS Solution dan 1 paket ISO7. seterusnya 1 kapsul memo complex serta 1 kapsul i-complex..

Semua nie membuatkan hidup ini lebih sihat.Jauh dari makanan yang berlebihan kandungan manis,masan,masin dan berlemak.. Dengan program nie, berat dana aku dari 76kg dah berkurangan hampir 10 kg dalam beberapa bulan.. Sungguh aku amat PERCAYA dan gembira.. Aku meneruskan pengambilannya seperti biasa.. Jadi bulan puasa nie lebih sehat dan aktif..:) kepada anda sekalian, amalkan cara @ gaya hidup sihat sebelum anda disahkan berpenyakit yang 3 serangkai tue.. Ia amat memudaratkan... Selamat beramal...

Now dah masuk waktu subuh.. jom solat dulu.. jap lagi nak balik umah pulak... :D
Assalammualaikum wbt...

Tuesday, August 2, 2011

..2 Ramadhan..







Maseh Sengal-sengal badan nie ha...


Semoga cepat sembuh..:)


•Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas

Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

•Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)



•Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:
Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!



•Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)



•Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.



•Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.



•Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”

..Faedah Puasa : DETOKSIFIKASI..



Puasa menyumbang kepada detoksifikasi.

Semasa berpuasa dan dalam keadaan makanan tidak tersedia kebanyakan tenaga didapati dari karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan sebagai rizab (reserved). Sumber rizab karbohidrat akan digunakan dulu, diikuti oleh lemak. Oleh kerana banyak toksin terlarut dalam lemak rizab, maka pembakaran lemak rizab akan menggalakkan detoksifikasi toksin ini. Toksin persekitaran seperti racun rumpai, hormon, xinoestrogen dan sebagainya akan dibuang bersama lemak rizab. Makin banyak lemak dibakar, makin banyak detoksifikasi berlaku.

Bagaimanapun, ada golongan yang malas bersahur. Ini bermakna rizab karbohidrat habis digunakan dan lemak digunakan ke tahap maksimum hingga hampir habis, lalu memaksa badan mencari alternatif tenaga dari otot. Otot tidak sepatutnya dibakar semasa berpuasa. Hanya mereka yang kebuluran memecahkan otot untuk tenaga.

Bersahur membantu badan memelihara otot, dan SSSolution membekalkan asid amino sumber wei (protein sensitif haba dari susu) yang membina otot. Ini memastikan bekalan protein mencukupi untuk mengelakkan "autolysis muscle" dalam badan mereka yang berpuasa.

Monday, August 1, 2011

..Gedebukkkkk....







Petang tadi,semasa aku dalam perjalanan hendak ke Plaza Idaman,Jalan Genting Klang, kereta depan aku tetiba brek mengejut sebab nak masuk simpang sebelah kiri... Ya Allah, aku juga terus brek mengejut dan menyebabkan motosikal aku hilang kawalan... suara brek mengejut membuatkan aku ngeri ditambah pula dengan keadaan jalan yang agak licin...


"Gedebukkkkk" aku rebah ke atas tar terbalik bersama motosikal ku...beratnya...


cemas aku dibuatnya.. sedikit minyak tertumpah ke atas jalan.. Aku gagahkan diri untuk bangun menolak motosikal ke tepi jalan,Syukur kereta di belakang aku berhenti memberi ruang untuk aku ke tepi...Syukur tiada luka parah yang aku alami cuma luka terjatuh di bahagian lutut serta lebam-lebam... Masyallah.. sungguh tidak ku sangka seawal Ramadhan ini aku telah di uji.. Namu aku redha,setiap ujian ini pasti ada hikmahnya.. Aku meneruskan jua perjalanan ke Plaza Idaman untuk berjumpa rakan ku.. Walau pedih sedikit luka di lutut, sengal bahagian kaki amat terasa.. aku cuba menafikan rasa sakit itu..Slamber jer jalan..



Sampai ja di rumah makcik aku,aku memberitahu dia.. dia sedikit terkejut.. melihatkan aku balik dengan selamat..kuranglah risaunya... Aku terus masuk bilik membelek-belek luka ku.. cepat2 aku membersihkan walaupun hanya kesan luka kecil dan lebam-lebam sahaja.. sengal-sengal amat terasa.. aku membaringkan diri sebentar..rosak plan aku nak ku bazar serta solat teraweh..tak pa,aku bersolat di rumah sahaja...


Motosikalku hanya calar balar sahaja kesan terseret di jalan..pedal kaki juga bengkok...:( luka-luka kecil di tangan mula terasa... Krim antibiotik serta minyak gamat sudah aku sapukan.. menanti lebam berkurangan...


Syukur pada Ilahi kerana memelihara aku dari kemalangan yang bakal teruk jika aku melanggar benda yang tak sepatutnya.. Aku mohon kau ampunkan dosa-dosaku yang kecil sebesar zarah mahupun yang sebesar-besarnya... Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun...Amin...

..Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Assalammualaikum wbt dan Selamat Berpuasa...

Semoga bulan Ramadhan di penuhi dengan keberkatan,rezeki yang melimpahruah buat anda semua...

sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan..:)

Thursday, July 28, 2011

..Wajib makan kalau ada kat Penang...

Assalammualaikum wbt dan selamat malam.. hurm.. ada yang tengah tdo kan... ada yang tak reti nak tdo macam iena nie... Balik Penang jer sure program diet dimansuhkan... apa tidak nya,masa nie la kena menikmati makanan yang BEST-BEST belaka.. antaranya...



Pasemboq Padang Kota



Ikan Bakaq @ 3 rasa


Cool Cha di Restoran Kapitan





Nasi Kandaq Penang


Lauk telur sotong n ayam goreng


Yummy... macam mana la nak diet kalau ada kat sini.. semua nak makan... Semalam kami sekeluarga keluar makan kat Bangkok Tomyam... Memang sedap makanan kat sana,kami order ikan siakap 3 rasa,tomyam,sup sayur,ayam goreng gajus,telur dadar,kailan ikan masin.. fuh.. kenyang.. nasi sikit jer,tapi asyik meratah lauk jea la..

Hari nie,tengah hari adik bawa balik Nasi Tomato dari ofis kakak.. bedal lagi tuk makan tengahari.. cuma aku,abah n tok ja ada kat umah..bertambah-tambah tok makan sebab ada buah durian.. pernah makan tak dengan nasi? orang tua-tua memang suka tau.. buah durian makan dengan nasi..dengan pulut tu dah biasa kan...

Malamnya aku dan kak Anne berjumpa di Kapitan Queensbay.. lama sangat tak jumpa..lepak-lepak sambil bergosip n minum teh tarik... syiokkk ooo.... Sembang punya sembang.. ternampak pulak sorang budak yang makin membulat,En.Jaxbell... hehehe tak sangka chek... Sambung gosip la kami bertiga... En.Jax pun minta diri,jauh lg perjalanan katanya..sementara tunggu order utk ditapau, kami sambung sembang.. kalau ada lg sorang mau tak balik jawabnya... lepas order siap, kami pon pulang.. bila pulak nak ketemu lagi... mcm setaun sekali ja jumpa..:D

Wednesday, July 27, 2011

..Lovely...



...gambar ehsan dari e-jam mystepped...
TQ bro

...Ombak...



desiran ombak dipantai nan indah..
menggamit ku segala kenangan lalu...
Namun,ianya ku biarkan pergi bersama angin lalu..
jadikan ia sebagai satu permulaan yang positif dalam diri...
oh angin.. bawakan isi hati ku jauh ke sana...
yang berlalu ku jadikan sandaran...
yang bakal ketemu ku jadikan kekuatan...


...MISS THEM ALL...

..150 juta...


Jom layan lagu nie.. i like..:)

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Tuesday, July 26, 2011

...@ Penang NOW...

Assalammualaikum wbt..dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah,syukur pada Allah kerna aku telah sampai ke kampung halaman tercinta untuk berjumpa keluarga tersayang.. Sesampainya aku di sini,aku di ambil oleh abah.. Kami terus ke bandar tuk menunggu mak pulang dari bertugas.. Rindunya...

Selepas bersihkan diri,aku bersama adikku ke pasar malam Bukit Gedong.. Lamanya tak ke sana.. Yang bestnya selalu aku mesti beli PASEMBOQ.. memang sedap.. selain tu beli makanan tuk seisi keluarga.. balik dari situ,kami menghdangkan makanan dan makan bersama.. Perjalanan hampir 4 jam setengah amat meletihkan,tapi tidak sekali aku boleh tido awal jika aku dah sampai Penang..

Teringat dan teringinnya tuk berjumpa sahabat-sahabat.. insyallah ada kelapangan,pasti kita ketemu jua. Esok banyak urusan yang perlu diselesaikan..Malamya aku dikunjungi sepupu yang menghantar buah durian dari dusun di kedah.. Yummy.. sedap tau.. tapi perut dah full sangat,esok ler baru boleh nak makannya... tau-tau ja ai nak balik..:D

..Kisah Hati...

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


lagu nie tengah popular sekarang nie.... layan jom....:)

..Jadi Kuat..



Kuat kah anda?
semuanya terletak pada diri sendiri..
pabila kita di uji, kekuatanlah yang menjadi kayu ukurannya...
bertahan demi keluarga,anak-anak serta orang tersayang...

I can be TOUGH.
I can be STRONG.

Percaya pada diri.. fikirkan positif..
Pasti Allah menjanjikan yang TERBAIK buat kita..
Berdoa,bersyukur,bertawakkal..
Redha atas ujian-Nya....

Monday, July 25, 2011

..Kegunaan Makanan Berfungsi Semasa Berpuasa..

Semasa berpuasa, sumber tenaga dalam badan menurun dengan ketara. Walaupun begitu, potensi tenaga masih terdapat dalam lemak badan. Tenaga ini boleh dilepaskan dari badan dengan memastikan bekalan vitamin dan zat mineral mencukupi. Elok kiranya sebelum imsak satu sacet SSSolution diambil untuk membekalkan sekumpulan vitamin B dan mineral ini. Alternatif lain ialah mengambil 10-15 kapsul spirulina sebelum imsak. Ini kerana spirulina organik adalah kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi.

Bulan Ramadan adalah bulan detoksifikasi, dimana pembuangan toksin melebihi pengambilan makanan. Aktiviti detoks ini perlu disokong dengan meneruskan pengambilan B'Young, ISO5 dan air di waktu malam.

Minda perlu suasana tenang untuk melawan nafsu. Ambil memo-complex beserta Royalmix (lesitin), selepas bersahur atau sejurus sebelum masuk waktu Imsak.

Tingkatkan aliran darah ke otak, mata dan keseluruhan badan. Pilih samada ingin mengamalkan i-complex, memo complex atau/dan iso7. Semuanya membantu meningkatkan aliran darah. Darah membawa oksigen, gula dan zat lain untuk digunakan oleh sel badan. Lebih segar sel, lebih bermaya tisu, maka lebih mantap dan lebih "hidup" organ dan sistem badan.



Nota dari Prof Dr Mat Easa.Pakar perunding pemakanan..

Thursday, July 7, 2011

07.07.11

assalammualaikum wbt dan selamat malam...















Maaf andainya kurang bersua di chat box mahupun titipan catatan baru... keadaan agak menyesak kan sekarang.. dugaan demi dugaan mendatang.. harus diselesaikan sebaik mungkin... :) Jangan risau yea...


Sebenarnya nak wish birthday MY BFF CIK INTAN MGM...:)






so...semoga sukses dalam hidup dunia dan akhirat,gembira bersama orang tersayang dan cepat dapat jodoh...:)

Monday, July 4, 2011

..Mornink...

Assalammualaikum wbt dan Selamat pagi... Alhamdulillah hari matahari masih sudi menyinari bumi.. walaupon penat semalam,ngantok pagi nie namun tetap jua aku bangun mencari rezeki...



sambil keje,hot fm memutarkan lagu POKOK... sangat soft nyanyian Nubhan.. tersuka lagu nie masa Nubhan nyanyi dalam AF rasanya..:) Jom layan...









Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok






...Tanya sama HATI...

Thursday, June 30, 2011

..HambaMu Allah..

HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah




Lagu yang penuh makna tentang kehidupan sebagai seorang hamba Allah..


Hayatilah...

Sunday, June 26, 2011

26.6.2011

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang..


Syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi atas kurniaan nikmat rezeki di dunia dan mudah-mudahan sampai akhirat..

Titisan air mata diiringi butir-butir permata hujan yang membasahi bumi ketika ini sebagai tanda syukurku.. Sesungguhnya apa yang kita harapkan pada hidup ini alangkah indahnya jika digunakan sebaik-baiknya untuk menghargai dan dihargai.. Besarnya kekuasaanMu memberi pemikiran yang sebaik mungkin hingga tak tercapai dek akalku..

Aku mengagumimu.. Bimbinglah aku menjadi sepertimu.. Agar menjadi satu penolakan bt diri ini..

Terima kaseh Pn Hjh Ramlah binti Abu Bakar.. Dengan segala ilmu yang engkau curahkan dapat menjadi pegangan serta bimbingan pada diri aku serta rakan-rakan seperjuangan. Semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang sebaik-baiknya..

Pada hari aku diraikan dengan penuh gilang gemilang walaupun tanpa mengharap apa-apa balasan.. Aku juga bahagia Engkau telah membuka mindaku yang sempit untuk menerokai peluang untuk memiliki hidup yang lebih bermakna..


Terima kaseh Allah s.w.t atas segala-galanya.. Bertemu kita di puncak kejayaan.. <3

Tuesday, June 21, 2011

Happy birthday Cik Buzu

Hari ni juga.. Merupakan tarikh birthday one of My BFF.. Miss Buzu..;-) yeah..

Mu..
Selamat Hari Lahir ke- .....
Semoga mu sehat sejahtera..
Bahagia di samping orang-orang kesayanganmu..
Kawe kat sini sentiasa mendoakan apa yang terbaik buatMu..
Semoga ikatan persahabatan kita sentiasa mekar walaupun jarang ketemu..
Semoga dipermudahkan rezeki dan sentiasa happy..<3

Akhir kata..
Sayang MU..!!!!

Selamat Hari Bapa Sedunia 2011

Assalammualaikum wbt dan selamat petang ;-)

Alhamdulillah bertemu kita pada hari ini,sempat jua berkongsi cerita..

Pertamanya, SELAMAT HARI BAPA kepada abah tercinta.. Semoga abah dikurniakan kesihatan berpanjangan,bahagia disamping mama,anak-anak serta keluarga yang lain.. Jasa dan budimu membesarkan kami 3 beradik amatlah besar. Tak mungkin terbalas segalanya..

Abah..
Walau kami sering ditinggalkan ketika waktu kecik.. Namun kami mengeri pengorbanan yang abah lakukan untuk kebaikan kita sekeluarga... Mamalah yang menjadi pengganti ketua keluarga ketika abah tiada.. Sungguh besar pengorbanan kalian..

Pastinya ketika ini abah dan mama mampu tersenyum gembira melihat anak-anakmu pandai berdikari.. Terima kaseh abah.. Kaseh dan sayang mu sentiasa mekar di hati kami..

Aku berdoa agar kami dapat menjadi anak yang soleh dan solehah untuk abah dan mama di dunia dan akhirat..

Selamat hari bapa sedunia..
Sayang abah...!

Wednesday, June 15, 2011

Al-Fatihah

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sore...

Takziah buat keluarga sahabatku Khairul Izudin (Acong Vf) serta Yanafuziana atas pemergian Ibu tercinta.. Setelah beberapa jam bertarung nyawa dalam keadaan tidak sedarkan diri,akhirnya tiba waktunya arwah dijemput Ilahi pada jam 3pagi.. Sebagai umat Islam,marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah..semoga dirahmati dan tergolong dalam golongan orang yang beriman..

Al- Fatihah..
Sesungguhnya dari Dia kita datang,dari Dia jua kita dikembalikan.. Sakit itu datang tanpa dipinta,andai sudah tertulis..haruslah kita berusaha untuk merawat agar dapat menikmati kemanisan hidup dunia dan akhirat..

Sesungguhnya semua ini hanya sementara untuk kita nikmati.. Tabah menghadapinya..

Takziah

Assalammualaikum wbt dan selamat malam..

Takziah kepada ibu sahabat saya yang tengah bertarung nyawa dalam unit rawatan rapi HKL.. Semoga tabah menghadapi dugaan.. Insyallah mudah-mudahan kembali stabil..

Sunday, June 12, 2011

..yang baik itu sukar dilaksanakan..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...

Seminggu telah berlalu,masa bagaikan berlalu dengan pantasnya.. Kita tetap jua melalui nya walau dalam apa keadaan sekali pun..

Untuk mendapat kesedaran tentang kehidupan lebih bermakna adalah sukar.. Cuba kita lihat,untuk mendapat pendapatan yang selari dengan pembangunan negara maju juga sukar.. Jika dibandingkan dengan zaman atau waktu dahulu,kos hidup amatlah rendah.. Ibu bapa sekadar cukup untuk makan gaji untuk membesarkan anak-anak. Pada zaman terkini,makan gaji belum tentu cukup untuk menyara keluarga.. Berapa banyak rakyat di luar sana punya masalah dengan ah long atau syarikat yang menawarkan pinjaman di luar sana,semuanya demi kesihatan,keselesaan sesebuah keluarga.. Mereka jua belum tentu dapat melangsaikan hutang pada masa yang di janjikan.. Mereka perlu usahakan sesuatu untuk meneruskan hidup.. Anda cubalah fikirkan.. Sedar sebelum terlambat.. Cari SEHAT anda untuk diri sebelum merawat,menjaga keluaga atau orang sekeliling anda..

Friday, June 10, 2011

..Suka artikel nie..

Anda refleksi apa yang anda makan

KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lapan tahun di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom mendapati negara-negara tersebut mencatatkan jumlah penduduk yang obes.

Paling atas dalam senarai ialah American Samoa yang mencatatkan hampir 94 peratus penduduknya termasuk dalam kategori obes.

Ia dikatakan akibat perubahan mendadak pada corak pemakanan mereka.


TABIAT makan dan kurang bersenam faktor yang menyebabkan kanak-kanak obes.


Penduduk di American Samoa dikatakan tidak lagi makan makanan tradisional mereka. Sebaliknya, mereka memilih makanan yang diproses dari Amerika dan Eropah.

Makanan diproses ini lebih murah dan mudah didapati.

Penduduk obes di Republik Kiribati, yang terletak di Lautan Pasifik berada pada tahap hampir 82 peratus jumlah penduduknya. Masalah obes ini juga disebabkan mereka lebih cenderung memilih makanan yang sudah diproses.

Antara makanan yang diklasifikasikan sebagai penyebab kegemukan melampau ialah makanan diproses, makanan segera, minuman keras seperti bir, makanan berlemak dan mengandungi pemanis seperti sirap jagung yang tinggi fruktosa.

Faktor lain ialah penduduk di negara-negara ini semakin tidak aktif dan hilang minat dalam melakukan aktiviti tradisional mereka.

Sebagai contoh, penduduk di New Zealand dan United Kingdom semakin dihantui fenomena gaya hidup tidak aktif dan kurang beriadah.

"Seingat saya, generasi datuk nenek kita halus-halus dan kecil molek orangnya. Susah nak jumpa orang kampung yang berisi atau gemuk dan besar.

"Tapi hari ini kita sudah terlalu biasa dengan makanan segera dan berlemak serta berkolesterol tinggi seperti rendang ayam," kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Tengku Abdul Razak.

Wang saku

MAKAN secara sederhana dapat membantu mencegah obesiti.


Tengku Azwil bagaimanapun tidak bersetuju makanan tradisional seperti nasi lemak dipersalah dan dianggap penyebab kegemukan sedangkan makanan itu wujud sejak zaman berzaman.

Bagaimanapun pada hari ini nasi lemak menjadi makanan berkolesterol tinggi apabila ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang ayam dan rendang daging, sambal udang dan lain-lain.

Tengku Azwil juga berkata, kanak-kanak kini berkemampuan untuk berbelanja lebih kerana ibu bapa menyediakan wang saku yang lebih banyak di sekolah.

Beliau menggesa ibu bapa supaya tidak memberikan anak-anak mereka wang yang terlalu banyak sehinggakan boleh digunakan untuk perkara lain yang tidak berfaedah.

"Saya pernah melihat seorang pelajar membawa wang saku sebanyak RM10 sehari.

Wang lebih akan dikumpul dan digunakan untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan di kafe siber, bermain permainan maya di komputer, tanpa menggunakan tenaga fizikal," kata bapa kepada dua orang anak itu.


MENGHABISKAN masa berjam-jam di kafe siber boleh menjadi faktor penyumbang masalah obes dalam kalangan kanak-kanak.


Tengku Azwil juga menggesa supaya menu makanan di kantin sekolah turut dipantau dan diselaraskan harganya di seluruh negara.

Ibu bapa juga katanya tidak harus berikan anak-anak wang saku yang banyak kerana mereka boleh menyediakan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dari rumah.

Disiplin pemakanan

Disiplin ketika makan dan memilih makanan perlu bermula dari rumah.

"Jauhkan makanan segera yang kurang berkhasiat kerana ia mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan perisa yang tidak asli dan boleh memudaratkan.

"Makanan ringan seperti snek dan makanan manis seperti ais krim, kek serta pencuci mulut juga harus dielak kerana ia boleh menyebabkan diabetes dan gigi sakit," katanya.

Senaman boleh membantu membakar lemak. Melalui aktiviti fizikal yang betul dan melebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan juga baik dapat mengawal berat badan.

Dari segi makanan, mengamalkan makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak.


Ehsan dari Kosmo Online


Buat anda yang mempunyai bmi yang tak seimbang, pastikan anda mencari cara untuk mengatasinya...Semoga berjaya..

Monday, May 30, 2011

..3 hari..

Assalammualaikum wbt n selamat malam...

Kejap je dah berlalu 3hari.. Aku menghabiskan masa dengan menghadiri kenduri Pn Nadiah dan En Saiful.. Seterusnya makan malam bersama keluarga pada hari kedua..

Hari nie pula aku menemani Cik Buzu mencari butik pengantin di sekitar Penang,tak cukup Penang,kami menuju ke Sg Petani. Memang tak dinafikan harga pakage sangat berbeza dan baju-baju memang up to date.. Kebanyakannya terdiri daripada lelaki lembut yang mengendalikan butik tersebut. Utk menempah baju pun murah.. Tapi tak mustahil jika diikutkan fesyen zaman sekarang akan mencecah rm6k @ rm7k nanti..


Untuk anda yang belum atau br bercadang nak kawen,sediakan duit serta buat pilihan yang tepat pabila memilih pakage pengantin...


Ok.time to sleep..nite ;-)

Sunday, May 29, 2011

..Kenduri Nadiah Nad Naddy..

Assalammualaikum wbt,Selamat Petang kawan-kawan...


Haaa.... semalam makan kenduri My BFF Nadiah Nad Naddy dengan pasangannya Enchek Saiful.. Tema Colat Gold memang menaikkan seri Pn Nadiah yang jarang-jarang bersolek serta lemer macam hari persandingan naya.... Sahabat yang seorang nie agak ganas dari segi perlakuan,tapi hati nye baek..:D Alhamdulillah dan Selamat membina rumahtangga agar lebih cemerlang kekal abadi... Mari kita layankan gambar tetamu serta Pengantin yang dirai..:)



pelamin kiut...


Nad n Iena..


..Iena ieda n yana ..



yana-intan n iena...


yana n pengantin..

acara pemberian bunga..

...gatai-gatai...




Hadoi... gatal-gatal sudah mari.. nape tah.. tak kan sebab habuk? mesti sebab ada binatang kecik-kecik tu giget ... mujur bukan satu badan... dah sapu macam-macam ubat tapi tak jadi jugak... nak kena makan ubat gatal lew pulak... gluppp.. telan sebijik ubat gatal dan kesan nye boleh menyebabkab ngantok...

Wednesday, May 25, 2011

...Adakah Pemakanan anda benar-benar seimbang?...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang...


Hari nie nak sembang pasal topik pemakanan.. "Anda adalah apa yang anda makan"
Berpegang pada frasa di atas, pernah tak anda terfikir apa yang anda makan dari usia anda bayi hingga ke saat ini akan menyumbang kepada risiko mengidap penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi, serangan jantung,gout dan sebagainya..


Perlu anda sedari penyakit sekarang tidak mengenal usia, dari kanak-kanak hinggalah dewasa.. lebih dari beribu kes "AH LONG" yang dilaporkan adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Anda tentunya sanggup menjual apa sahaja yang anda miliki jika tidak dapat membayar bil hospital untuk mengubati penyakit yang anda hidapi.. Tidak kira anda kaya atau miskin,penyakit tetap akan menyerang anda jika anda tidak berwaspada dari sekarang.

Berapa ramai antara anda yang sering mengambil pemakanan seimbang yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan? Tidak banyak bukan.. Anda perlu bijak untuk memilih makanan jika anda tidak mahu mengambil risiko terkena penyakit KRONIK. Anda tentu mahukan kehidupan anda serta keluarga sejahtera..Apa yang anda sediakan makanan untuk keluarga anda perlulah di jaga. Minum air yang dirawat, makan makanan yang organik, pengudaraan yang bersih, senaman untuk sihat dan bagaiamana mengurangkan stress..

Amalkan 5M...

◦ 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan
taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
◦ 5M merupakan singkatan bagi:

■Mengurangkan gula
■Mengurangkan garam
■Mengurangkan minyak
■Melebihkan buah-buahan
■Melebihkan sayur-sayuran





Buatlah pilihan... Anda mampu mengubahnya untuk menghadapi zaman yang serba canggih ini.. Lain dulu lain lah sekarang..Duit boleh diusahakan,KESIHATAN tak boleh dibeli...

Monday, May 16, 2011

..Kembali Pulang...

Assalammualaikum wbt dan selamat petang....



Jam 12 tengahari baru jer sampai dari Penang... Seharian di Penang memang memenatkan.. tapi keterujaan dalam mengisi aktiviti pada masa yang singkat adalah lebih berpuas hati dari berlama-lama di kampung dengan hanya duduk rehat-rehat...



Hari Ahad,jam 12 tengahari aku dan keluarga ke Balik Pulau.. Menghadiri kenduri kahwin anak kepada sepupu abah.. Walaupun jarang sekali berjumpa,tak semestinya kita tak ingat.. Selepas kenduri,aku,kakak,abang serta adik terus ke Bertam untuk melihat-lihat rumah baru kakak yang telah siap direnovate.. Bestnya bukan kepalang walau tiada perabut yang belum dimasukkan lagi. Kami mengemas kotak-kotak lampu yang bersepah di dalam rumah.. semuanya telah siap di pasang.. Setelah siap menyapu sampah, kami pon terus pulang ke Penang...



Kami meneruskan perjalan ke rumah Cik Buzu untuk ambil barang yang aku kirimkan minggu lalu.. Tak sabar nak menggunakannya... kami meneruskan perjalanan ke rumah sepupu aku untuk melihat kelahiran baru Baby Linda.. comelnya..:)

Pada malamnya kami sekeluarga makan malam di Gold Coast Ikan bakar berhampiran dengan Queensbay Shopping mall... best dapat makan bersama-sama dengan keluarga..:)

Pulang ke rumah dengan senang hati dan perut kenyang... Aku pulak menyiapkan bag untuk pulang ke Kolumpo... :)

Sunday, May 15, 2011

..PenAng In da Houz...

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...

Hari nie perjalanan amat jauh sekali... Dari Kg Baru aku dan Noni ke Putrajaya untuk bertemu teman sealam maya Pn Yana serta En Acong untk menghantar barang yang di pesan.. Kami dijamu dengan Nasi Lemak pagi nie... Mekaseh tuan umah... Pn Yana bie baru jea berpindah ke Putrajaya.. Sebelum ni dia kerja kat Penang.. So bila dah kawen,kena la ikut suami kan...


Lepas makan kami pon terus ke rumah Mak Long Noni di kawasan Pandan Indah... Jalan memang jem sangat hari nie... teros lg pegi Kota Damansara... Ada seminar tentang pemprograman diri..


Lepas taman seminar,aku pon terus ke Puduraya amek bas tuk balik Penang... perghh... penatnya... Bus jalan dalam kol 7.40 petang... Alhamdulillah aku dah selamat sampai Penang jam 12.30 pagi...:) SYIIIOOOOKKKKKnyaaaaaaaaa..:)

Saturday, May 14, 2011

..12 Mei 2011 Hari Jururawat Sedunia...



Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi...


Agak kelewatan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada Semua Jururawat sedunia... Sambutan tahun ini amat baik sekali.. Pelbagai amanat di sampaikan bagi saling memperkukuhkan dalam memberi perkhidmatan yang telah sedia ada...


Tahun nie dapat sponser kek serta cokelat dari pihak Radicare... TQ so Much.. Dari pihak Hospital akan menyusul kemudian... Terima Kaseh tak terhingga pada teman-teman yang mengirimkan pesanan ringkas kepada saya.. Ingatan anda amatlah dihargai..





Bagi seseorang JURURAWAT, kami diberi tanggungjawab dalam mengendalikan pesakit mengikut Akta Jururawat Malaysia.... Tanggungjawab ini sesungguhnya amat berat jika tiada kerjasama dari semua pihak... Selagi terdaya, kami akan bantu..











Semoga kerjaya ini menjadi salah satu kerjaya yang mulia di sisi Allah.. Amin...

Sunday, May 8, 2011

..Selamat Hari Ibu...



Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi...




Sewaktu insan lain sedang indah dibuai mimpi,Seawal pagi aku bangun untuk ke tempat kerja melaksanakan tugasku hari nie... Entah semalam rasanya sukar untuk aku lelapkan mata.. Masih terbayang-bayang raut wajah IBU, raut wajah ABAH,raut wajah ahli keluargaku...




Hari ini... Sambutan Hari Ibu sedunia.. Tahniah buat IBU yang melahirkan,menjaga,memenuhi keperluan seorang anak..









Bagaimana kita meraikan mereka? Berikan hadiah atau apa sahaja sebagai tanda penghargaan kita kepada ibu kita.. Ibu tak pernah minta dihargai,tapi kita bertanggungjawab mengembirakan ibu kita,menghargai mereka yang telah banyak memberi budi.. Sesungguhnya doa IBUlah yang paling mustajab,yang paling di Dengari oleh Allah SWT..







Buat ibu yang telah tiada,doa dari seorang anak adalah limpahan pahala yang paling banyak buat bekalan mereka di sana. Biarpun tidak nampak dimata,namun doa itu disampaikan dengan tulus hati,pasti IBU juga mendengarnya di sana..











SAYA SAYANG MAMA....<3

Saturday, May 7, 2011

..Mei bermula..



ehemm... lamanya tak update.. maaf la yea... macam-macam peristiwa dah jadi dalam masa beberapa minggu nie.. Alhamdulillah hadiah buat mama dah selamat pos bawak balik Penang.. TQ to Cik Buzu tolong bwk balik adiah yea...







Last week sempat jumpa my fren Cik Intan n Cik DD... susah betoi nak jumpa.. Bz sangat la pulak kan... hehe Alhamdulillah ALLAH dah susunkan satu pertemuan yang baik nie.. Walaupun sekejap.. tapi best..:)











This week banyk preparation yang aku kena buat untuk next next week... Banyak kenduri kawen sahabat handai.. Kena la pegi.. Insyallah,dipermudahkan laluan aku untuk ke sana nanti...

Monday, April 25, 2011

..Untuk Mama...

Hari Ibu memang akan di nantikan setiap tahun... pada awal bulan Mei nie kita akan menyambut Hari Ibu sedunia... Tahniah pada anda yang maseh mempunyai IBU... Hargailah jasa mereka dengan apa cara sekali pon... Tiada doa yang paling mustajab selain dari doa ibu kita...

Ibu.. kaulah permata hatiku.. besar pengorbananmu hinggakan tak terbalas andai nak dibandingkan dengan apa pun.... Aku berdoa agar ibu senantiasa diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahi dengan rezeki di dunia dan di akhirat...


Kepada insan yang bergelar IBU....

Ketahuilah bahawa jasamu sentiasa dikenang dan menjadi kebanggaan bagi setiap anakmu.. ku tujukan lagu ini buat IBU,MAMA,MAK,UMMI,AYE dan sewaktu dengannya...:)

MAWAR PUTIH UNTUK MAMA..

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


SAYANG MAMA....muaaahhhhhhhhh.....<3

Sunday, April 24, 2011

..Yang masih mencari....



Assalamualaikum wbt dan Selamat Malam...

Enry kali nie memang fokus untuk kesihatan... Bagi yang masih mencari perawat air, saya nak share tentang perawat air BEYOND WATER BIO-ACTIVE REFORMING SYSTEM yang merupakan air yang berkualiti..

Kajian telah dijalankan oleh pihak Syarikat Zhulian terhadap 30 jenama water treatment yang berada dipasaran maka terciptalah "BEYOND WATER", satu-satunya water treatment yang mampu manghasilkan "AIR HIDUP SEMULAJADI" yang mana hanya 5 buah negara di dunia sahaja yang terdapat air hidup semulajadi iaitu China,Pakistan, Italy,Jepun dan Russia.

Sistem penapisan Beyond Water menghasilkan air hidup semulajadi yang mampu diserap oleh organ badan secara optimum. Ianya dirawat melalui sistem rawatan FIR( Far infra Red).

Ianya dirawat melalui 5 kebuk penapisan.

1- kebuk ULTRA1(kebuk penapis tunggal)
Penapis seramik 3 peringkat dengan perak tersteril mampu menghapuskan kelodak,sedimen,karat,asbestos dan kotoran lain serta mikroorganisma kecil atau sisa.ianya juga besifat padat sehingga TIADA liang udara yang mana jika terdapat liang udara ianya mampu menghasilkan bekteria berbahaya.

2- kebuk TERMINATOR II (2penapis)
Air dari Ultra1 seterusnya melalui kebuk terminator II yang mampu menyingkirkan .pencemaran merbahaya sehingga 99.99%.disini KLORIN diubah kepada klorida larut air melalui proses Elektrokimia yang di panggil Redoks.

3- kebuk MONITOR III (2 penapis)
Air dari terminatorII seterusnya melalui Monitor III yang direka khas untuk menulen,mengilap dan menghasilkan semula air minuman berkualiti tinggi melalui lapisan Pyrolox Bergranul

4- kebuk activator IV
air dari Monitor III akan melalui kebuk activator IV yang menghasilkan saiz gugusan yang kecil,mengecas dan mengaktifkan menjadi "Bio-Hidup."Batuan Mineral Kalsit Bergranul mampu menulenkan dan mengaktifkan air serta mengstabilkan pH air

5- Terusan pengstabil air aliran lambat
air dari activator IV seterusnya melalui proses PEMAGNETAN .kegunaan air bermagnet ini ialah untuk meningkatkan Oksigen dalam air.

Air yang keluar melalui sistem ini boleh diminum terus tanpa was-was.


BEYOND WATER ini di INSURANCE sebanyak RM2 JUTA. ringgit.


Cara pembayaran boleh dibayar secara tunai .Kad kredit juga diterima..

Harga bagi 1 Beyond Water ialah RM3453.00 Jika anda menjadi ahli hanya RM68 sahaja anda bakal menikmati diskaun yang menarik.


Barangan dijamin 10-12 tahun.

Cuba bayangkan anda hanya perlu membelanjakan rm2.20 sebotol air mineral dari harga yang dibelanjakan untuk membeli BEYOND WATER untuk anda sekeluarga..









layari http://www.zhulian.com.my/beyondwater.html untuk keterangan lanjut.




Sekiranya berminat dan ingin mengetahui tentang produk, sila hubungi iena_png@yahoo.co.uk

Buat pilihan bijak sebelum anda menikmati kebaikan sesebuah produk.

..lihatlah dunia..

Assalammualaikum wbt dan Selamat malam...


Terharu dan terujanya aku pabila melihat wanita Melayu biasa boleh berjaya dari seluruh pelusuk Asia..

Tahniah... Pastikan aku akan menjadi sebahagian dari Mereka..