..i fOlLow U..

Tuesday, January 29, 2013

24.1.2013

Hari nie aku telah pon bercuti..Get ready nak p Johor..my bff  Buzu n hubby dia mai amik kat rumah kol 1 lebih.. terus kami bergerak ke Sogo sementara nak tunggu 1 keta lagi ready.Jadi hubby Buzu pon sakan bershopping sebab baju untuk jaan-jalan semua dok ada kat kampung.. Syiok la dia dapat baju baru. Aku dan Buzu p shopping tudung kat Jalan TAR sebelum masuk Sogo. Macam lama tak jalan-jalan ngan mybff..Lepas setel shopping kami makan kat food court..Lepas tue terus bertolak ke arah selatan..

Sampai di Hentian R&R Seremban terserempak pulak dengan mantan si jantung pisang...Huish... memang kalau boleh scan jantung tue memang penuh dengan adrenalin yang melebihi kot.. Dah lamatak jumpa,bila terserempak macam tue,memang confirm la nak luruh jantung.Cakap pon jadi tak betul dalam dok cover-cover..Tanya sikit-sikit,lepas tue kami berpecah..Tiba-tiba hujan sangat LEBAT turn tak berhenti-henti... Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui..Aku pon cepat-cepat menuju ke musolla.Terus aku pon banjir sama dalam musolla..Aku mengambil wuduk dan segera solat. Ku panjat doa agar Engkau beri kuatan sepertimana aku dahulu. Agar ia lenyap bersama kenangan-kenangan terdahulu.Amin.. Selesai solat,aku menanti hujan berhenti. Bila hujan mula renyai, au berlari msuk ke dalam kereta.Sungguh mood aku terus melayang entah ke mana..

Dalam perjalanan,aku ditemani dengan novel Awak Suka Saya Tak?.. Lerai la sikit galau di hati nie. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa aku tak suka dengan keadaan ini.Tapi kuaggap ni atu ujian untuk menambah kekuatan diri aku.. Terima Kasih Ya Allah,atas bantuanMU aku lebih redha..

Seterusnya kami teruskan perjalanan dan bergerak dua kereta.Kami berhenti di beberapa r&R.. Boleh pula salah seorang dari kami trtinggal menda penting..iaitu PASSPORT.. ohoiiii... dasyat kot.. Jadi satu kereta berpatah balik dan menunggu kawannya datang membawa passport tersebut. Jadi kami terus ke Johor dan sampai di Johor kai terus masuk ke JPO.. 1st time aku masuk situ.Tapi kami ada 1 jam ja nak shopping..Lepas masuk satu outlet ke satu outlet,kami singgah di outlet ESPRIT..wah.. teruja degan 1 sweater ala-ala korean..Jadi aku pon beli lah.. bukan senang nak jumpa kan..lepas tagkap yang mana berkenan,terus ke outlet lain.tapi tak sempat nak pusing-pusing.Semua kdai dah siap sedia nak tutup..Kami terus ke Airport Senai untuk ambil Cik Ieda,siap bawa charger masuk airport sebab batery handfon masing-masing dah nak habis.. sementara tunggu Cik Ieda sampai,kami lepak kat tepi tangga yang ada kepala plug.. Orang lalu lalang siap pandag-pandang jea..20 minit kemudia,Cik Ieda sampai.Kami terus ke kereta dan terus ke Hotel J.A Residence..Check in dan terus nak ke bilik...

Menyambut Janji..



Hari nie saya suka lagu nie... Jom dengar sama-sama...:)

28.1.2013

Assalammualaikum wbt...

Selamat tengahari.. semoga sentiasa di rahmati Allah..
Hari nie aku kembali bertugas seperti biasa setelah beberapa hari aku bercuti..
Badan still sakit-sakit lagie..
Macam biasa 2 orang sepupu aku jadi tukang urut...
Terima kasih banyak-banyak..
Malas nak masuk keja masih terasa. huhu.. boring
Inilah padahnya bila dah bercuti panjang..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari nie..
Cuma esok kena meeting dengan doktor..:(
Hadoi.. sesi soal jawab yang tak best.
Tapi demi tidak melakukan perkara tersebut lain kali..
kena mengadap jugak..

Sunday, January 27, 2013

Balik dari bercuti...

Assalammualaikum wbt...
Finnaly semalam sampai KL dari JB ja 4 pagi... separuh jalan saya drive... Penuh dengan mat rempit sekitar highway kat Melaka.. Tension kot... Accident pon ada,siap kereta terbalik masuk longkang tepi jalan..Fuhhh.. slow gak aku bawak dalam gelap gulita tue..

Akhirnya sampai gak KL..Lega... Mengantok... dan Letih sangat..Tapi sangat BEST berHOLIDAY dengan my BFF...Thanks my dear BFF.. Pengalaman yang sangat menakjubkan,horror,dan keletihan bersama-sama... Len kali kita p lagie na...:)

 
 
 
 
Gambar dari camera Cik Ieda..TQ
 

Wednesday, January 23, 2013

23.1.2013

 
Kota Singa...
Hoyeahhhhh...
Mari bercuti bersama rakan-rakan tersayang....
 
 


Pesta Buku Malaysia 2013


 
Assalamualaikum wbt..
Pesta buku Malaysia bakal menjelma lagie...
Kepada semua silalah berkunjung  ke PWTC
Menambah baha bacaan dan dapat menemui penulis...
Semua peminat penulis MELUR JELITA
sila ke pwtc 1.2.2013 nie.. jam 11pagi hingga 3 petang..:)

Tuesday, January 22, 2013

22.1.2013

 
Apa MAKNA S.A.Y.A.N.G ?
 
 
Tolong mai habaq sat....!!!
 
 
*saya budak baru belajar*

Sampai Hujung Nyawa..

Assalammualaikum wbt.. terjumpa lagu nie..

Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta

Aku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku

*Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu

Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang

cintaku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa

Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...


*my k-pop..

Monday, January 21, 2013

Syukur padamu Ya Allah..

Saat ini aku bersyukur padamu Ya Allah..
Doa aku mohon padaMu Tuhan..

Bicaramu yang penuh bermakna
Menambah keyakinanku padamu Ya Allah..
Semoga segalanya berada dalam keredhaanmu..

Tak pernah aku harapkan apa yang aku tak mampu nak lakukan..
Cuma diberi peluang mengenali diri serta menyenangi hati orang-orang yang disayangi..
Doaku agar ianya satu permulaan yang baik..
Demi masa hadapan..
Andai ia milik ku..
Sudah pasti ia jua atas kehendakmu- Ya Allah..

Terima Kasih Ya Allah..
Pasti sujudku hanya padamu Yang Maha Agung..
Alhamdulillah...

gambar dari encik google..

21.1.2013

Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhulah... 
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah... 
Tika bahu ini tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah... 
Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT... 
Agar tunduk di saat yang lain angkuh
Agar teguh di saat yang lain runtuh
Agar tegar di saat yang lain terlempar..

Assalammualaikum wbt...

Sebenarnya kata-kata ini sudah lama tersimpan dalam profile saya di sebuat website iaitu Virtualfriends.net.
Saya juga tak pasti kat mana saya cedok kata-kata ini.
Satu hari saya post kata-kata ini di ruangan FB saya..
Wah..tak sangka ramai yang respond.. Jadi saya nak share pada kawan-kawan blog saya pula..
Jom hayati..
Yang mana baik sila ambil teladan...
Terima kasih...

Sunday, January 20, 2013

20.1.2013

HIDUP ini susah kita nak DUGA:
Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu,
tapi sebenarnya JAUH.
Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu
HATI dia dapat kita SELAMI.
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak
tahu apa makna SENYUMANNYA


Saturday, January 19, 2013

Love My Butterfly

..."Dalam perut I, umpama ada sekumpulan rama rama. Kalau seorang lelaki berjaya membuatkan butterflies in my stomach mengepak laju, bererti dia berjaya menari...k perhatian I sedikit. Tapi kalau rama rama bergerak dari dalam perut naik keatas dada...mengepak riang...bererti dia berjaya mengocakkan hati I. Kalau rama rama itu tak mahu turun, tetap mengepak ghairah di jantung I, bererti that guy sangat sangat menawan. And he's my soulmate"...
Iris...♥




Love that words..May Allah Always Bless All kind of Love around me..
Please Stay...!

19.1.2013

Izinkan saya merindui awak, mengingai awak, mencintai diri awak.
Kita tidak ditakdirkan bersama di dunia ni.
Semoga di akhirat kelak, kita akan menjadi pasangan suami isteri.

Maafkan saya kerana mencintai diri awak.
Saya tidak akan melupakan awak.
Tidak akan selama-lamanya.
Saya bahagia mencintai awak.
Mencintai awak secara diam-diam.
Mencintai seseoang yang tidak tahu dirinya dicintai.

Biarkan saja ia menjadi rahsia dalam hatiku.
Tiada siapa yang tahu.
Tiada siapa yang perlu tahu kerana satu dosa mencintai hak orang lain.
Selagi ia tidak terluah,selagi itulah ia bukan dosa.
Aku bahagia dan tenang dengan cara ini.
Walau berada di daerah yang sama.
Tidak sekali-kali aku berbuat demikian.
Tidak akan lukakan hati perempuan sebaik dia.

Kata-kata ini adalah petikan dari novel Awak Suka Saya Tak..
Namun ia juga pernah terjadi pada diri aku..
Bebas mencintai sesiapa tanpa aku luahkan..
Memang bahagia dengan cara ini kerna aku tahu cinta aku hanya dari pihak aku..
Namun sampai bila..

Benarkah kawan baik sukar untuk menjadi kekasih?
Dulu aku tidak percaya dengan soalan ini..
Namun setelah aku ketahui,ianya sukar terjadi pada diri aku..
Tidak pula pada sahabat aku yang lain,
Mungkin bercinta dari sekolah hingga ke jinjang pelamin..
Syabas untuk mereka..

Kini aku sedar..dicintai harus sebelum kita mencintai dirinya..
Andai itu pasti, lorongkanlah ia ke jalan bahagia..
Andai itu takdir untuk ku..
Pasti akan ku setia hingga hujung nyawa...

p/s : korang pernah rasa tak?

Friday, January 18, 2013

18.1.2013

Sastera Kupu-kupu..
Lagu nie mengingatkan tentang kisah rama-rama yang sentiasa ada bersama Iris..
Dan ianya jugak hidup bersama aku..
jom layan..
ost Setia Hujung Nyawa.. dari Mimie Haris
 
 
 
Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahulu di sisi
Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah
Sakit ini
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti
Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang
Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang
Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu

Thursday, January 17, 2013

Mari Menderma..

 
Assalammualaikum wbt...
Hari aku cuti kan.. petangnya aku ke hospital kerana nak menderma..
Bukannya nak derma duit,tapi aku nak derma DARAH..
Korang pernah derma darah tak?
Dah berapa kali?
Sakit tak?
 
Semua tue soalan biasa kan...
kena cucuk ngan jarum komfem  la sakit kan
Macam semut gigit jea..
Sebelum tue korang kena isi borang penderma darah.
Jawab soalan yang dorang tanya untuk keselamatan anda dan penerima darah tersebut.
lepas tue ke stesen menguji haemoglobin dan kumpulan darah.
sessi kaunserling bersama doktor yang bertugas dan tekanan darah diambil
Seterusnya cari kerusi kosong untuk duduk..
Lepas duduk,kerusi diangkat dan berada dalam keadaan baring..
Jururawat datang mengambil bag darah dan sediakan kelengkapan untuk mengeluarkan darah.. 
Suntikan ubat kebas diberi sebelum dicucuk dengan jarum yang betul.
Lepas cucuk tue kena pam darah dengan jari-jari agar darah tak cepat beku..
Lepas 20-30 minit bag darah  pon penuh dengan 450mls darah..
Jarum dicabut dan perlu meneka selama 10 minit untuk berhentikan darah.
Lepas tue dibiarkan rehat sebelum boleh bangun duduk...
Mungkin ditakuti jatuh ketika berjalan..
Lepas rehat barulah diberimakan dan minum seperti di atas.
Sijil pon ada juga..Boleh simpan sebagai kenangan...
 
 
Jangan lupa bawa buku merah jika pernah menderma darah.
oke.. Kepada anda.. jika tak pernah menderma darah,bolehlah mencuba..
Darah anda mampu menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan..
 
 
 
 
 

Needed..

 
Jika benar..In Sya Allah


Suami Cue-rang

Status FB Prof Dr Muhaya...
 
Banyak menanyakan tentang suami yang curang- Ini jawapan yang dapat saya berikan , memang berat jika di cuba tetapi kita sebagai hamba Allah amat lemah
"banyakkan renung diri, perbetulkan hubungan dgn ALlah dan banyakkan bertaubat. jgn biarkan perangai suami mengubah saudari dari wanita solehah kepada sebaliknya. HAti manusia dalam genggaman Allah. Lihat anak anak dan fokus didik ahli syurga di rumah dan segala tenaga jgn buang dgn sakit hati, marah dan dendam. Beri kasih sayang kepada semua mahluk Allah in shaa Allah kasih sayang kita dapat. Hentikan pergaduhan kerana setelah bertahun buat benda yang sama hasil sama, maka ubah strategi . Saya doakan puan sekeluarga"
 
LEMBUT bukan bererti LEMAH....
TANGISAN bukan bererti KALAH....
 
aduhai.. sangat setuju dengan jawapan Prof.. Jika itu berlaku,fokus pada anak-anak.perbetulkan diri kita,hubungan kita dengan yang Maha Pencipta..Pasti Allah menguji kita dengan sebab..Berfikiran positif.. Berdoa agak dipermudakan segala urusan..Jika benar jodoh berpanjangan,apa pun rintangan pasti ada jalan penyelesaiannya.. Mudah-mudahan..Jangan berputus asa...Kebergantungan kita hanya pada yang Maha Esa.. Pasti caranya,hikmahnya.. Kekuatan disebalik kejadian...
 
Pada rakan-rakan yang mengalaminya.. harap bersabar dan sesungguhnya segalanya dari Allah,pasti kekuatan akan terbit untuk mecari jalan penyelesaian... Kerna sayang aku turutkan...

17.1.2013

 
 
Assalammualaikum wbt...
Selamat Pagi..
Selamat berkerja pada yang bekerja..
Hari nie cuti lagi lepas kerja malam... 
Pagi-pagi dah update blog..
Semangat kot...
Lagipon tak buleh nak sembung lena dah..
 
Semalam pergi melawat baby Tuan Mia Qaisara @ Sara anak Wawa yang aku pegi keduri kat Sik tue..Kami p berdua ja..Saya dan Choi..
Sangat teruja sebab dia sangat chomell sangat sampai tak amik gambar..
huhu ruginya.. bukan senang nak jumpa...
 
 
nie jea ada..gambar 3 bulan lepas..
Lagi pun tok sedara ngan mak Wawa ada..
Segan pulak nak Over kan...
Hehehehehehehe
Lepas main-main ngan baby..dah nak maghrib tue kami layan Setia Hujung Nyawa sementara baby mandi.
Rupa-rupanya baby nie memang akan tido sebelum atau selepas maghrib...
Jadi memang time dia makan dan tidor..
Lepas maghrib kami pon minta diri untuk balik...
 
Sebelum balik,kami singgah Jusco Setiawangsa untuk makan-makan.
Puas pusing-pusing,kami lepak kat Big Apple..
Tu sekotak tue kami makan berdua jea..
Setel satu kotak sambil dok gosip-gosip..
Lama sangat tak jumpa...
Dok keja satu hospital.
Tapi nak jumpa Seminggu sekali pon susah.
Bila dah jumpa sekali
Macam-macam cerita keluar..
Syoknya,punya rancak dok sembang..
Macam tak mau balik pon ada..
 
Jusco  dah nak tutup.. kena la balik jugak..
Balik terus p amik moto kamah Choi..
sebelum tue tapau sekotak Big Apple bawa balik umah..
Barulepas hujan,mak ai.. Sejuk sangat kena angin malam.
Sweater pulak nipis..
Memang cari penyakit la..
Sampai rumah,mandi-mandi terus ja tido..
 

Wednesday, January 16, 2013

16.1.2013

Merayu dari Thomas Arya

Tahukah engkau
betapa ku menyanjungimu
tahukah engkau
semua cinta tercurah padamu

biar bumi membelah dua
namun sayangku takkan berubah

bukan rayuan
semua terucap dari hatiku
hanya dirimu
slalu menjadi bunga tidurku

jangan biarkan ku menunggu
hadirlah kasih aku merayu

andainya kau dapat ku miliki
tak mungkin lagi ku lepaskan
kaulah penghuni relung hatiku
sayang dan cintaku untukmu

berjanji diriku pada cintamu
sumpah demi langit dan bumi

dirimu akan ku jaga selalu
sampai akhir batas waktuku


Assalmmualaikum wbt.. Selamat pagi.. Pagi nie baru  balik dari kerja.. penatnya.. semalaman tak tidor.Pesakit yang maha ramai.. Sampai rmahcam biasa la mandi-manda makan..Sambil dok sia tempat tidor..Sampai 1 sms suh cari lagu nie.. Korang pernah dengar tak? Seriusly aku memang tak pernah dengar pon lagu nie..

Dah jumpa pon lagu nie..Rupanya memang top sangat lagu nie..Macamana aku tak tau.. hehehe sian kan..Tapi takpe..kita layan lirik dia yang agak best..

Tuesday, January 15, 2013

15.1.2013

Assalammualaikum wbt...
Selamat petang..
Dok buat apa tue?
Semalam sibuk sangat kat tempat kerja..
Mujur lah mata nie boleh pulak bertahan...

Jadi balik jer kerja terus membuta sampai tengahari..
Kompem tak lapar..
Bagun baru la rasa lapar yang amat...:P

Monday, January 14, 2013

Syukur Alhamdulillah..

Assalammualaikum wbt...

Dengan gembiranya nak share sikit pasal berita baik hari nie.. Alhamdulillah aku dapat mengikuti kursus selama 6 bulan.. bermula bulan Mac nie.. Aish... gentar jugak sebab lama dah tak bukak buku... huhu... Semoga berjalan lancar dan berjaya.. Amin..

Malam nie baru nak p wad ambil surat tawaran....

14.1.2013

10 days to go...
 
 
 
#Buku MERAH janga lupa bawa....

Awak Suka Saya Tak?


Kalau kita ingat kita kaya,
Ada orang lain yang lagi kaya.

Kalau kita ingat kita cantik,
Ada lagi yang lebih cantik.

Jangan terlalu sombong dengan apa yang kita ada,
Sekejap aje Allah tarik balik.

Cinta itu datang tanpa diundang,
Perginya tanpa dihalau.

Cinta itu pelik dan penuh misteri,

Sejuta orang,sejuta pelbagai rasa cinta.

Jangan persoalkan bagaiman seseorang  itu boleh mencintai kita.
Cinta yang suci tiada jawapannya.
CUMA HATINYA DAPAT MERASA.

Cinta suci itu ada,
Hanya yang bertuah saja akan memilikinya.

"CINTA YANG SUCI,TIADA PERSOALAN DA TIADA JAWAPAN.IA DARI ALLAH.HANYA MEREKA YAnG IKHLAS SAJA YANG TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA. AJAIBNYA RASA CINTA INI,HANYA  ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI." GO FIND YOUR TRUE LOVE!

Berikut adalah kata-kata yag saya petik dari novel "AWAK SUKA SAYA TAK?" Penulisan dari Melur Jelita.Terbitan Karya Seni.
Kepada peminat novel tegar,adakah anda sudah mendapatkan naskah ini?
Jika belum silalah berbuat demikian.

Anda bakal menikmati rasa kasih-sayang yang melimpah-ruah.
Novel setebal 1056 muka surat ini saya habiskan dalam beberapa minggu.Percaya tak saya mula membacanya sebaik sahaja di beli di Kedai Buku 1 Malaysia,Puduraya sebelum saya pulang ke kampung.

Dari mulanya hingga helaian demi helaian dijamah,Subhanallah..satu perasaan yang sangat halus menyusuri perjalanan novel ini.Sangat melekat dihati. Sesungguhnya setiap manusia mendambakan kasih sayang dari segala segi.Betul tak? Tak caya jom baca ASST.

Tersentuh dengan keikhlasan HILMAN YONG yang sangat tulus.Serta kesanggupan menanti perjalan percintaan dengan Intan Zulaikha.
Pelbagai halangan ditempuhi..akhirnya..segalanya berjaya diharungi..
 
"Semoga menjadi kekasih yang solehah,penyejuk mata dan hati kami."
Menyebutnya,hati merasa tenang dan damai.


Terima Kasih pada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang sangat SUPER BEST! Semoga apa yang akak sampaikan merupakan salah satu dakwah secara tak langsung melalui karya akak..

#kami tunggu karya seterusnya..:)

Sunday, January 13, 2013

13.1.2013



Assalammualaikum wbt...
Salam Hujung minggu...hari nie kerja pagi seperti biasa.. Semalam tak boleh tido.. Lepas pusing-pusing kiri kanan atas tilam, selesema la pulak. Bangun mencari ubat selsema.. Dah jumpa terus ambil sebiji dan makan..Jam menunjukkan pukul 3 pagi.. haha ada 3 jam sahaja untuk tidur.. Cepat-cepat pergi basuh kaki,baca doa dan tidur.

Hari nie hari Ahad. Pesakit kurang sikit.Kami hanya buat kes kecemasan sahaja.

Balik nie nak ke kedai barang perkahwinan. Nak beli dawai kecil untuk siapkan PEARL hand bouquet.. hehe mood sdiy saya sudah mari...:)

Saturday, January 12, 2013

Setia Hujung Nyawa Ost

Assalammualaikum..
Salam Sabtu di hujung minggu..
Meh dengarkan lagu yang tengah femes..
cerita SETIA HUJUNG NYAWA..

Dan apa Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kataYang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkataI said i love youu..

Dan apa Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kataYang ku cinta sepenuh hatiku
Sampai bilaHarus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkataI said i love youu..

Maafkan lah diri iniJ
ika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi J
ika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata Oh i love youu..


#Thanks my k.pop...

11.1.2013

 
Salam Ceria....
Semoga hari-hari mendatang meceriakan hariku..

Thursday, January 10, 2013

10.1.2013

 
 
Assalammuaaikum wbt..
Peace for today...
nie gambaq lama sebenarnya..
dok bukak sana sini..
terjumpa gambaq nie...
kredit to : mystepped production

Dan..
Selamat Hari Lahir buat kawan saya Encik OG..
Semoga dimurahkan rezeki dan dapat baby cepat...

9.1.2013

Assalammualaikum wbt..

Hari nie hari cuti aku...
Lepak atau pun berkurung kat rumah sahaja..
Hanya melayan cerita korea kegemaran aku..
Melayan cerita baru yang aku ada..
Semoga ianya merupakan saat-saat manis tatkala usia melangkah mara..
Kalau bab melayan cerita korea memang tak boleh belah..
Masuk jer waktu solat..
Terus ambil wuduk..
Solat dan terpacak balik kat depan TV..

Malamnya terima panggilan dari mummy sayang..
Macam biasa..cerita itu ini kami sembang..
Terselit soalan yang "SAMA"
Lants aku memberi jawapan macam biasa..
Digelakkan oleh mummy lagi...
Mummy sayang,doakan anakmu yang sorang nie yea..
Bertemu seseorang yang akan menantu pilihanmu....
Hari nie tak dapat aku balik ke Penang kerna lusa aku sudah berkerja..
Insya Allah bulan hadapan baru dapat pulang...
Maaf lah kalau ada yang tak sudi dengar ayat "Balik Kampung"
Itu dah menjadi rutin setiap bulan tau lebih kerap lagi setiap dua minggu...
Sungguh aku suka balik kampung..
Rumah aku,bilik aku,Negeri aku...
Love Penang...MmmMMMmuuuaaaHHHHhh..




Wednesday, January 9, 2013

8.1.2013

Assalammualaikum wbt..

8.1.2013.. Birthday my little sister..
Norfadila Ibrahim..
Selmat Hari Lahir ADEQ..
Semoga harimu senantiasa diberkati Allah..
Dipertemukan jodh yang baik..
Dimurahkan rezeki..
Semoga impian menjadi kenyataan..
Jadilah insan yang berguna..

I LUV U MY DEAR..n miss to see U..

7.1.2013

Assalammualaikum...

Pada hari nie..
Aku bertugas di malam hari..
Huish... tak sangka sungguh ramai pesakit booking untuk dialysis malam nie..
2 muka surat full house..
Alahai.. kesiannya..tak dapat nak panggil semua dalam 1 hari nie...
Mesin pon tak cukup...
Kami terpaksa memilih kes kecemasan sahaja,yang selebihnya dibawa ke hari kemudian..

Dalam kesibukan tue macam-macam kerenah pesakit aku nie..
Layan kan aja yang mana boleh..
Sesat pulak sorang pesakit dari Penang
layan kan aje..:)
Sampai dia tido..
Dan aku masih bekerja..

Adamu..Najwa Latif..

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
 
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
 
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
 
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
 
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
 
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Monday, January 7, 2013

6.1.2013

 
Assalammualaikum wbt..
Selamat Malam..
Sudah menonton AJL?
Tahniah buat Yuna,Hafiz,Black,Azlan and The gang..
 
Hari nie kerja pagi..
Dengan menaiki wave 125 mambang hijauku..
Selalu pergi kerja pakai kaca mata hitam.
Hari tak pakai sebab hari masih gelap.
Bawak moto dengan selumbernya..
 
Sampai tempat kerja,tak ada pesakit yang mendaftar lagi..
Buat apa yang patut dulu..
Terima panggilan dari wad..
Melakukan tugas seperti biasa...
 
Alhamdulillah tak ramai kes kecemasan hari nie..
Siap kerja terus balik..
Tapi aku tak pulang terus..
Singgah di Plaza GM..
Ada barang untuk di ambil..
Semasa pulang..
Cuaca sanga panas dan terik sekali...
Hitam kulit-kulit..
Masa nie baru pakai kaca mata hitamku..
wahhhhhhhhhhhhhh.....
SUKAnya...
dapat tengok awan nano nano nano nano yang berkepul-kepul..
macam ais kepal pon ada..
Apa lagi,seluk bag degan tangan sebelah di handle moto..
Snap slow-slow sambil dok tengok kereta..
Yeay.. tak dak kenderaan lain..
Terus tangkap gambar..
Biap la seget pon...
janji dapat tangkap gambar awan...
Subhanallah...
Walaupun cuaca panas,Namun Engkau kurniakan pemandangan yang indah dan menarik..
Alhamdulillah...
 
 
 
 
 gambar di sekitar highway DUKE
 
 
Semoga dapat melihat lagi awan-awan yang comel-comel itu..
Sekian...
Terima Kaseh..


Sunday, January 6, 2013

5.1.2013

Assalammualaikum wbt...
Selamat pagi..
Hari nie aku dah janji dengan seseorang untuk jumpa dekat area KL nie.
Terus bangun dan pergi mandi dan terus siap-siap.
Sebelum tue macam biasa sarapan B'Young aku walaupun tak makan makanan lain.
Bunga tak dak,apa pun tak dak..
Nak buat apa pulak menda semua tue?

Sebenarnya hari nie kawan sekolah tadika merangkap kawan sekelas di sekolah menengah dulu telah tamat latihan sebagai seorang SARJAN di PULAPOL,Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.. Tahniah geng..
Sampainya aku kat Pulapol,acara perbarisan semua dah setel.
Hanya menunggu bergambar dan berjumpa ahli keluarga.
Sebelum tue aku telefon emaknya supaya dapat jumpa tempat yang mereka tunggu.
Dah jumpa,bersalam-salaman dengan mak,isteri dan adiknya.
Ala..si baby pulak tido...Cuaca agak panas ketika itu.
Kalau hujan,agak sukar bagi ahli keluarga untuk berjumpa dengan pelatih.
Setengah jam menanti,barulah dapat jumpa Encik Saiful.Hampir tidak ku kenali.
Dulunya agak putih,sekarang gelap sikit,kurus kering. Isk isk tak cukup makan kah?
Tapi tidak mengapa,asalkan tamat dengan jayanya kursus ini.
Semoga Encik Saiful mendapat penempatan berhampiran dengan keluarganya.
Sebelum ini,dia bertugas di Sabah.
Lepas bergambar,kami pon berpecah.
aku terus pulang kerana bekerja pada sebelah petang.
mereka terus ke kereta untuk mengambil barang-barang untuk di bawa pulang.
ok..begitulah ceritanya..

Apa-apa pun.. TAHNIAH SARJAN..Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

 
 
 
 

Friday, January 4, 2013

4.1.2013

Assalammualaikum wbt..
Selamat Malam..
Semalam tidur lambat,jadinya hari nie terasa nak tidur awal.Ngantuk sungguh..
Seperti hari-hari sebelum nie,ditugaskan pada sebelah petang.
Nak motor ke tempat kerja.. Kali nie siap pakai ray ban...
yang bestnya...dapat tengokawa berkepul-kepul...
Subhanallah..
Cantiknya kalau tengok dengan memakai ray ban...SAYA SUKA..
Kaau cam gini,nak kerja petang aja lah..
Boleh tengok awan hari-hari sambil naik moto...
hehehe
Sekian..


Thursday, January 3, 2013

Permintaan Hati 2013

Wish list 2013

1. Menjadi hamba Allah yang lebih baik.
2. Menjadi anak yang Solehah buat kedua ibubapa saya.
3. Menyempurnakan hasrat ibubapa saya untuk melihat saya dimiliki seseorang dan membahagiakan mereka.
4. Mengikuti kursus Perawatan Renal dengan jayanya.
5.  Menambah amal ibadat saya.
6. Tidak menyakiti insan yang saya sayang.
7. Menjadi seorang pekerja yang cemerlang.
8. Mengunjungi tempat-tempat yang menjad idaman.
9. Makcik yang baik kepada bakal anak saudara saya.
10. Mengharapkan pintu hati saya terbuka dan Allah mendengar, memberkati,mempermudahkan permintaan saya.




 
Buat anda, laksanakan impian anda jua.. Semoga sama-sama kita berjaya dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin Ya Rabbal 'alamin..

3.1.2013



Assalammualaikum wbt..
Selamat Pagi..
Selamat tahun baru..3.1.13
Dah sarapan ker? Nasi Lemak? Roti Canai? Karipap? apa-apa jea kan yang boleh di makan..
Sarapan pagi,haruslah di ambil lebih sedikit agar penggunaan tenaga yang maksimum dapat digunakan untuk sepanjang hari..
Hari nie menghantar sepupu ke sekolah,kebetulan aku bekerja pada sebelah petang.
Alhamdulillah tahun nie memang ada perubahan sedikit.Aku rajin pula bangun awal..Syukur..
Lepas menghantar sepupu ke sekolah,aku singgah membeli kuih kat tempat yang selalu aku singgah bila abis kerja malam.
Karipap,tepung bungkus,lepat ubi,kuih bom menjadi pilihan.. dan dua bungkus nasi untuk macik dan anaknya dan sebungkus bihun goreng untuk diri sendiri.
Balik rumah terus mecapai sepaket byoung pagi dan terus minum.Sejam selepas itu barulah bersarapan..
Minggu nie direct kerja petang..
Hari Sabtu nie bercadang nak ke Pulapol melawat kawan aku Saiful yang tamat latihannya sebagai seorang anggota polis. Nasib la kalau dapat kerja tempat yang jauh..
Insyallah hujung bulan kami bercadang melancong ke Johor pula bersama Kawan-kawan saya..



Semoga tahun ini lebih memberikan keberkatan..

Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013

Assalammualaikum wbt,Selamat Malam..

1 Januari makin hampir ke penutupnya... Hari nie bercuti tapi tetap kene pegi hospital melawat orang sakit... Semoga cepat sembuh yea.. Dia adalah kakak pakcik yang dah berumur 80 tahun...Menurut Doktor ada darah beku dikepala..Ya Allah.. Dr menyarankan agar di operasi.. tapi pihak keluarga masih dalam pertimbangan..Sy yang drive sebab pakcik pon tak sehat.Demam.. Tapi sebelom tue kami p sarapan Nasi Kandari di Restoran Kudu kat area kl..

2nd Teman membe sy Cik Intan kita membeli belah barang-barang yang diperlukan.. Tapi malangnya tak dapat berlama-lama..MGM dah tunggu...oke.. len kali mai lg na...:)

Lepas Cik Intan balik,singgah kat kedai roti dalam Sogo jap beli roti fabret...