..i fOlLow U..

Saturday, November 30, 2013

Sembilang Oh Sembilang

Assalammualaikum wbt..

Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak..

Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir..

Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun petang semalam selepas En.Kpop telefon tanya ikan dah masak ke belum.Alahai,sian dia..Dia ingatkan aku nak suprisekan dia..Rupa-rupanya memang aku tak masak lagi.. huhuhu..Merajuk!

Aku apa lagi,bangun cepat-cepat,mandi,solat pastu terus masuk dapur. Bukak la kertas resepi letak atas meja.Meh aku kongsikan untuk korang.. Sebelum tu,rendam ikan bagi lembut sebelum pesiang. Sediakan bawang besar,bawang kecil,bawang putih,rempah kari,santan,cili mesin,air asam jawa,halba campur,bendi,tomato,cili hijau dan paling penting daun kari.Bawang besar serta bawang kecil dan bawang putih aku mesin separuhnya dihiris untuk tumis.. Periuk aku panaskan dan tumis bawang dan daun kari.Kemudian masukan halba sedikit.Biar kekuningan. Kemudian sediakan rempah kari,bawang mesin,cili mesin dan masukkan ke dalam tumisan tadi.Gaul hingga rempah masak. Kemudian masukkan air asam jawa serta sedikit air apabila rempah sudah masak. Biarkan ia mendidih ulang kacau. Sediakan santan dan ikan.
Bila dah mendidih,masukan santan dan ulang kacau.bila dah sekata,masukan garam sedikit dan masukan ikan. biarkan ikan masak kemudian rasalah kuahnya.Jika tidak masam,tambahkan air asam. Jika tidak masin,Tambahkan garam secukup rasa. Kemudian masukan bendi,tomato dan cili hijau.biar sekejap.Kemudian biar sekejap dan tutup api.

Lepas jea masak gulai,goreng telur dadar.Terus amik nasi dan siapkan bekal..Bawak bekal dan kami makan di Taman permainan yang berhampiran..SEDAP katanya! macam tak caya jea,macam tipu jea.. hahaha entah la En.Kpop cakap sedap.. Aku makan sikit jer kuahnya dengan telur.Ikan dia yang tolong habiskan..
Sekian.. Kesimpulannya kena la cuba masak menda yang kita tak makan walaupun geli jugak bila nak menyiang ikan sembilang nie.Gambar kari sebenar terlupa nak amik,pinjam gambar ikan kat google jea la..

Tuesday, November 19, 2013

Mood berbunga tangan sudah datang...

Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam..
hari nie kerja double.. penat jugak la.. tapi dapat setel pesakit awal..
Dua hari dah mak mai KL. Dan malam nie aku nak belanja dorang makan sate... Yum Yum.. cedapnya..
Sure penat mak melayan cucu dia sorang tue..
Semalam ada sorang PM untul tempah hand bouquet. Dah beberapa bulan aku tinggalkan hobi aku yang satu nie.Maklum lah kan tengah ikut kursus.Tak dapat la nak buatkan tempahan untuk pelanggan saya. Maaf yea kawan-kawan..

Insyallah next year banyak lagi tempahan nak buat :D..Mood Dah MARI... yeayyyy...

Sunday, November 17, 2013

Lamanya bersarang...

Assalammualaikum wbt...

Apa habaq semua..? sehat kot? semoga semua bergembira di hujung minggu...
Dah lama tak keluarkan catatan-catatan kat blog nie.. Adeh.. RINDU sangat-sangat.. selama bebarapa bulan nie banyak perkara yang belaku yang tak dapat aku nak kongsi kat sini.. Maaf yea kawan-kawan.. Pelbagai perkara yang melibatkan diri,keluarga serta persekitaran aku.. Hanya dapat dilalui dengan sabar dan ketenangan dari Allah SWT.

Alhamdulillah khusus yang aku ikuti selama 6 bulan telah tamat dan mendapat keputusan yang memuaskan.. Kami semua LULUS! Syukur Alhamdulillah... Dan konvo akan diadakan pada 30 November nie..Tapi aku tak dapat pergi kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan..
Nie antara kawan-kawan group di KSKB Sg Buloh...TAHNIAH semua..