..i fOlLow U..

Monday, January 16, 2012

..Info Tentang Kolestrol...




Memahami kolestrol merbahaya dan kolestrol tidak merbahaya








Assalammualaikum wbt dan Salm Sejahtera...

Apa khabar anda?Pastinya anda tergolong dalam sebilangan bsar yang menjaga kesihatan dengan cara yang brbeza kan... Pastinya mendapat result yang TERBAIK...

Hurm... beberap hari lepas saya terbaca satu result darah kawan sekerja..result yang lain amat baik tetapi yang satu itu la amat tinggi sekali kandungan kolestrol dalam badan...Di sini sy nak share sesuatu tentang memahami kolestrol yang di petik daripada nota Prof. Dr Azhar Mat Easa,Pakar Perunding Pemakanan...





Beberapa bulan lalu, ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawap yang sengaja menabur paku di atas jalanraya berdekatan jambatan dan di atas jambatan Pulau Pinang. Bayangkan 100 buah motosikal dengan tayar pancit di atas jambatan Pulau Pinang. Motosikal yang diparkir di tepi jalan ini tidak begitu mengganggu lalulintas. Tetapi, bayangkan pula 100 buah bas dengan tayar pancit di atas jambatan. Jambatan tentu menjadi sesak, sempit dan mencemaskan.

Ada dua jenis kolesterol; yang bahaya dan tidak merbahaya. Dalam cerita tadi, motosikal bolehlah diibaratkan seperti kolesterol tidak merbahaya atau higher density cholesterol, (HDL), sementara bas pula seperti kolesterol merbahaya, atau lower density cholesterol (LDL) yang cenderung mengalami inflamasi dan memendap pada pembuluh darah. Punca motosikal dan bas pancit adalah paku. Paku boleh disamakan dengan radikal bebas. Punca kesesakan bukan bas, tetapi paku.

Apa yang menyebabkan saluran darah menyempit? Punca utama bukan kolesterol (ia menyumbang tetapi bukan punca utama), tetapi adalah radikal bebas yang berlebihan. Sistem antioksidan badan gagal menanganinya kerana badan semakin berusia dan antioksidan badan berkurangan.

Produk antioksidan, antiinflamasi utama: i complex dan Iso7. Produk lain seperti BYoung, memo complex, vegivera dan spirulina boleh membantu tetapi i complex dan ISO7 yang paling kuat.

Oleh itu..pilih pemakanan yang terbaik demi menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga... Anda bagaimana? Dah lakukan pemeriksaan darah?

Saturday, January 14, 2012

..Diabetis sebabkan mati mengejut..

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.


AMALAN pengambilan makanan seimbang boleh mencegah penyakit diabetes.

Obesiti

“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.

“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.

Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.

“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.

“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.

Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.


GANGREN atau kematian sel sering dikaitkan dengan kesan penyakit diabetes.

Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.

“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.

“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.

Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.

Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.

“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.

“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.



petikan dari kosmo online..TQ

Saturday, January 7, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia...


Sehat ka semua? hurm... rindu lama tak menaip kat sini.. bukan apa masa tak bergitu mengizinkan.. Semoga anda berada dalam keadaan baik pada tahun baru ini. Tak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Moga tahun ini mewarnai kehidupan anda dengan warna-warni yang membahagiakan... Insyallah moga dipelihara kesihatan,rezeki serta kenangan yang indah bakal menemui anda sepanjang tahun 2012..



Bagi yang telah merancang menamatkan zaman bujang, Alhamdulillah semoga kalian dapat menikmati kebahagiaan hidup bersama keluarga yang besar.. Insyallah peliharalah rumahtangga anda dari semua aspek yang dituntut... Bagi sahabat yang masih menanti cahayamata atau zuariat,harap terus berusaha hingga berjaya.. jangan berputus asa,lakukan pemeriksaan ditempat yang betul dan mendapat nasihat pakar..


Moga tahun ini terus dilalui dengan harmoni bersama keluarga sahabat serta oarang sekeliling yang lebih positif.. jom layan lagu nie...





Karena Cinta – Delon

hari ini adalah lembaran baru bagiku
ku di sini karena kau yang memilihku
tak pernah ku ragu akan cintamu
inilah diriku dengan melodi untukmu

dan bila aku berdiri
tegar sampai hari ini
bukan karena kuat dan hebatku
semua karena cinta
semua karena cinta
tak mampu diriku berdiri tegak
terima kasih cinta

tak pernah ku ragu akan cintamu
inilah diriku dengan melodi untukmu

dan bila aku berdiri
tegar sampai hari ini
bukan karena kuat dan hebatku
semua karena cinta
semua karena cinta
tak mampu diriku dapat berdiri tegak
terima kasih cinta
terima kasih cinta
terima kasih cinta
terima kasih cinta