..i fOlLow U..

Friday, February 4, 2011

Bagaimana Akhlak Dibentuk?

"Akhlak dibentuk dari dalam ke luar... (inside out)"

Kita memerlukan INPUT iaitu RUKUN IMAN sebagai langkah permulaan membentuk akhlak. Dengan memantapkan sistem keyakinan berasaskan tauhid sebagai paksi utama yang membentuk pandangan alam, kemudiannya sistem nilai serta sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan-kelakuan yang baik. Inilah teras dan asas rukum iman.
.
.
.
Keduanya PROSES iaitu RUKUN ISLAM . Pemantapan rukun iman ini disusuli langkah kedua dengan melaksanakan satu set (himpunan) amalan-amalan yang ritual dalam rukun Islam. Ini adalah satu pakej latihan yang bersepadu,konsisten dan diamalkan secara rutin.Pada tahap ini,keyakinan dalam rukun iman diterjemahkan kepada amalan-amalan rukun Islam.
.
.
.
Akhirnya OUTPUT iaitu IHSAN.Akhirnya akhlak akan terhasil pada tahap ketiga(ihsan) yang mana perlakuan-perlakuan baik itu lahir secara mudah,istiqamah dan ikhlas kerana merasakan diri sama ada "melihat" Allah (pada tahap yang tinggi) atau dilihat Allah ( pada tahap biasa).

2 comments:

Shaheila Malek said...

info yang bernas ^^

!eNa PnG said...

Shaheila...



Thanks.. hanya memperingati diri sendiri dan berkongsi...:)