..i fOlLow U..

Friday, August 26, 2011

..Selamat hari raya Aidilfitri...





Assalammualaikum wbt...








Salam Aidilfitri buat sekeluarga serta sahabat sekalian...


Maaf Zahir & Batin andai tersilap n salah dari segala sudut...


Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan serta keceriaan buat semua..


Sambutlah dengan hati yang tenang...









tulus ikhlas dari



> iena_png @ mamapink07 <







Monday, August 22, 2011

..Hebatkan Raya anda..

Assalammualaikum wbt...

Memperkenalkan...



Rangkaian BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL.

Terdiri daripada 9 bekas yang berbeza.

Ia diperbuat daripada polipropilena berkualiti tinggi dan bahan Getah Elastomer Termoplastik (TPER) yang dipilih teliti dan tidak bertoksik agar memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan ianya disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Korea Environment & Merchandise Testing Institute (KEMTI) untuk kebersihan dan keselamatan.

Bekas penyimpanan makanan ini direka khas dengan pelbagai ciri unik demi memenuhi keperluan para pengguna. BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL yang kedap udara dan anti-bocor ini juga ideal untuk menyimpan makanan yang dibawa ke sekolah, pejabat atau untuk mengekalkan kesegaran makanan yang dibawa berkelah atau bersiar-siar.

Hanya Rm 299 sahaja untuk anda memilikinya... Mudah.. Berkualiti..

Hubungi iena_png@yahoo.co.uk untuk dapatkan yang terbaik buat keluarga anda..
















..4 hari sudah..

Assalammualaikum wbt dan Selamat Petang...

Dah 4 hari berada di bumi Penang..berbuka bersama keluarga,bersahur bersama keluarga.. cepatnya masa berlalu.. Tak terkejar akan nya.. Alhamdulillah bebrapa jenis kueh buat juadah hari raya sudah tersedia.. menanti tetamu berkunjung di hari raya nanti...


Tahun nie aku akan beraya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.. Seperti tahun-tahun yang lalu.. kami akan memakai baju raya ke tempat kerja..:) menyambut raya bersama-sama pesakit yang ada.. Berkongsi juadah bersama-sama.. Best jugaak kan..:)

Seminggu kemudian barulah aku pulang beraya di kampung..:) Aku sudah biasa..:) hehehe esok pagi aku akan pulang ke kl..:) semoga semuanya berjalan lancar..

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan bakal berlabuh... Syawal pula menjelma..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...


Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita sudah berada di pertengahan ramadhan.. Semoga diberkati segala ibadah yang kita lakukan..

Now i'm in Penang... beshnya,terubat segala rindu nak berbuka bersama keluarga,bertarawikh...Alhamdulillah baru selesai buat persiapan raya bersama keluarga.. buat koi @ kuih raya.. yum yum... seperti biasa yang wajib kami buat ialah biskut kurma cornflake,biskut nestum,biskut corocon,almond london,short break n beberapa jenis lagi.. yang bnie memang home made tau...

now time to sleep... esok sambung almond london pulak then sebelah petang teman my sister,hubby dia n adik p shopping raya...So awak semua dah siap-siap ker nak beraya...?lagi beberapa hari Syawal bakal menjelma..:)

Monday, August 15, 2011

..Iftar bersama BFF..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi...

Hujan turun begitu lebatnya selepas aku pulang dari melawat sepupuku di Taman Samudera.. Muda-muda dah dapat penyakit.. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Yang Maha Esa.. Semua ada bahagian masing-masing..buatlah persediaan sebelum terlambat...

Semalam,saya mengambil kesempatan beriftar bersama beberapa orang sahabat.. Kami ke tempat kegemaraniaitu di Jeram Kuala Selangor..Alhamdulillah sangat bersyukur di beri kesempatan bertemu sahabat-sahabat semua.. selain itu dapat jua aku berkongsi cerita bersama mereka.. Bagai bertahun lamanya tak jumpa.. Masing-masing punya kualiti masa tersendiri..

Makanan semuanya telah di order oleh En Firdaus a.k.a Capang n kawannya.. walaupun berada jauh di belakang,namun kami masih punya tempat yang selesa..Saya datang bersama Cik Buzu n Encik DF dan encik Hamzah.. Walaupun sesat, sampai jua En Hamzah ke destinasinya..:D

Sungguh manis saat itu... :) Miss U All...

Tuesday, August 9, 2011

..PROMOSI HAMPER KESIHATAN LESTARI AIDILFITRI..


Assalammualaikum wbt.. dan selamat petang..


Nak Buat Promo nie..


Saya ada buat hamper saya namakan HAMPER KESIHATAN LESTARI AIDILFITRI..


terdiri dari barangan kesihatan seperti




  1. Jus ManggO ,Oren, Anggur Hitam, Kurma, Kiwi, Limau Nipis, Ros


  2. Gula Fruktosa


  3. Vitamin C


  4. Losyen Ginseng & Vitamin C


  5. Minuman Bijirin dan Lighzi


  6. Minuman KOKo


  7. Kopi Ginseng


  8. Teh Misai Kucing
harga dari rm150-rm300
untuk tempahan, email saya di iena_png@yahoo.co.uk
Ceriakan Hari Lebaran Dengan Kesihatan Lestari..

Wednesday, August 3, 2011

..3 ramadhan..

Assalammualaikum wbt dan Selamat berpuasa...


seperti biasa 2 hari nie aku memenuhi aktiviti harian dengan berehat-rehat di atas pelapik tilam 7 terapi bio-ion contiago di rumah makcik aku..sengal-sengal tue memang tak bleh nak lari... Untuk mengelak dari badan aku masuk angin akibat jatuh moto hari tue.. moto memang tak sentuh lansung... keje aku bagun,sahur, baring,bangun melawan anak buah yang makcik asuh,melayan FB,BLOG,EMAIL dan mengambil tempahan dari rakan-rakan..


Bermula tahun ini aku pengguna setia produk SS Solution,B'Young Functional Baverage,Pelapik Tilam,Beyond Water serta lain-lain lagi.. Seperti yang di sarankan.. Aku bangun sahur jam 4.30 pagi. 1 paket B'Young pagi aku ambil.. Jam 5 pagi aku mengambil makanan sederhana seperti nasi dan lauk-pauk.. 5.30 pagi sebelum imsak aku mengambil 1 paket SS Solution dan 1 paket ISO7. seterusnya 1 kapsul memo complex serta 1 kapsul i-complex..

Semua nie membuatkan hidup ini lebih sihat.Jauh dari makanan yang berlebihan kandungan manis,masan,masin dan berlemak.. Dengan program nie, berat dana aku dari 76kg dah berkurangan hampir 10 kg dalam beberapa bulan.. Sungguh aku amat PERCAYA dan gembira.. Aku meneruskan pengambilannya seperti biasa.. Jadi bulan puasa nie lebih sehat dan aktif..:) kepada anda sekalian, amalkan cara @ gaya hidup sihat sebelum anda disahkan berpenyakit yang 3 serangkai tue.. Ia amat memudaratkan... Selamat beramal...

Now dah masuk waktu subuh.. jom solat dulu.. jap lagi nak balik umah pulak... :D
Assalammualaikum wbt...

Tuesday, August 2, 2011

..2 Ramadhan..







Maseh Sengal-sengal badan nie ha...


Semoga cepat sembuh..:)


•Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas

Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

•Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)



•Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:
Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!



•Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)



•Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.



•Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.



•Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”

..Faedah Puasa : DETOKSIFIKASI..



Puasa menyumbang kepada detoksifikasi.

Semasa berpuasa dan dalam keadaan makanan tidak tersedia kebanyakan tenaga didapati dari karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan sebagai rizab (reserved). Sumber rizab karbohidrat akan digunakan dulu, diikuti oleh lemak. Oleh kerana banyak toksin terlarut dalam lemak rizab, maka pembakaran lemak rizab akan menggalakkan detoksifikasi toksin ini. Toksin persekitaran seperti racun rumpai, hormon, xinoestrogen dan sebagainya akan dibuang bersama lemak rizab. Makin banyak lemak dibakar, makin banyak detoksifikasi berlaku.

Bagaimanapun, ada golongan yang malas bersahur. Ini bermakna rizab karbohidrat habis digunakan dan lemak digunakan ke tahap maksimum hingga hampir habis, lalu memaksa badan mencari alternatif tenaga dari otot. Otot tidak sepatutnya dibakar semasa berpuasa. Hanya mereka yang kebuluran memecahkan otot untuk tenaga.

Bersahur membantu badan memelihara otot, dan SSSolution membekalkan asid amino sumber wei (protein sensitif haba dari susu) yang membina otot. Ini memastikan bekalan protein mencukupi untuk mengelakkan "autolysis muscle" dalam badan mereka yang berpuasa.

Monday, August 1, 2011

..Gedebukkkkk....







Petang tadi,semasa aku dalam perjalanan hendak ke Plaza Idaman,Jalan Genting Klang, kereta depan aku tetiba brek mengejut sebab nak masuk simpang sebelah kiri... Ya Allah, aku juga terus brek mengejut dan menyebabkan motosikal aku hilang kawalan... suara brek mengejut membuatkan aku ngeri ditambah pula dengan keadaan jalan yang agak licin...


"Gedebukkkkk" aku rebah ke atas tar terbalik bersama motosikal ku...beratnya...


cemas aku dibuatnya.. sedikit minyak tertumpah ke atas jalan.. Aku gagahkan diri untuk bangun menolak motosikal ke tepi jalan,Syukur kereta di belakang aku berhenti memberi ruang untuk aku ke tepi...Syukur tiada luka parah yang aku alami cuma luka terjatuh di bahagian lutut serta lebam-lebam... Masyallah.. sungguh tidak ku sangka seawal Ramadhan ini aku telah di uji.. Namu aku redha,setiap ujian ini pasti ada hikmahnya.. Aku meneruskan jua perjalanan ke Plaza Idaman untuk berjumpa rakan ku.. Walau pedih sedikit luka di lutut, sengal bahagian kaki amat terasa.. aku cuba menafikan rasa sakit itu..Slamber jer jalan..



Sampai ja di rumah makcik aku,aku memberitahu dia.. dia sedikit terkejut.. melihatkan aku balik dengan selamat..kuranglah risaunya... Aku terus masuk bilik membelek-belek luka ku.. cepat2 aku membersihkan walaupun hanya kesan luka kecil dan lebam-lebam sahaja.. sengal-sengal amat terasa.. aku membaringkan diri sebentar..rosak plan aku nak ku bazar serta solat teraweh..tak pa,aku bersolat di rumah sahaja...


Motosikalku hanya calar balar sahaja kesan terseret di jalan..pedal kaki juga bengkok...:( luka-luka kecil di tangan mula terasa... Krim antibiotik serta minyak gamat sudah aku sapukan.. menanti lebam berkurangan...


Syukur pada Ilahi kerana memelihara aku dari kemalangan yang bakal teruk jika aku melanggar benda yang tak sepatutnya.. Aku mohon kau ampunkan dosa-dosaku yang kecil sebesar zarah mahupun yang sebesar-besarnya... Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun...Amin...

..Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Assalammualaikum wbt dan Selamat Berpuasa...

Semoga bulan Ramadhan di penuhi dengan keberkatan,rezeki yang melimpahruah buat anda semua...

sama-sama mengimarahkan bulan ramadhan..:)