Posts

Showing posts with the label novel

5.3.2013

Image
  Assalammualaikum wbt.. selamat pagi... Dah sarapan ker? Jom sarapan dengan Oat cookies sambil baca Novel Cik Blur dan Encik Ikhlas.. Alhamdulillah setel baca buku nie.. sangatkan best dan sweet cerita dia.. Slumber jea terima pilihan keluarga..kebetulan pulak pilihan tersebut mengena dan dua-dua sudah lama menyimpan rasa..Jadi.. pilihan ibu bapa in sya Allah terbaik dengan restu mereka bahagia dan mengukuhkan ikatan kaseh sayang mereka.. korang dah baca belum? best tau...

19.2.2012

Image
  Assalammualaikum wbt..Selamat malam.Alhamdulillah kini ku sudah sampai di KL.. Perjalanan 5 jam dari petang tadi amat lancar walaupun hujan renyai di sesetengah tempat.. Banyak ku bawa bekal hari nie. Spagethi,kek coklat,roti john,sosej dan nugget,nescafe suam dan buah dokong.. Complete set.. hehehe semua nie sebab dah breakfast nasi merangkap lunch.. Jadi semua kena tapau la..Lama dah tak tunjuk skill buat spegethi. Maklumlah balik kejap-kejap jea.. Bekal yang dibawa semangnya tak habis. Jadi rezeki orang KL la yang ada kat rumah nie..       Dalam perjalanan, aku habiskan dengan membaca novel yang aku beli baru-baru nie.. One Day You'll Be Mine dah setel diganti pula dengan cerita The Wedding Breaker.. Wow.. sangatlah gigih menghabiskannya... Another 1 book masih ada di Penang. Bertemankan hujan renyai-renyai ku minum nescafe serta makan roti john yang di bawa..Bestnya..memang layan habis la cerita nie..   Dalam masa tue sempat online up...

Alhamdulillah..I'm in Penang

Image
Assalammualaikum wbt... alhamdulillah saya dah selamat sampai Penang.. Naik bas express Season jam 11.30 pagi..Siap masuk Hentian Duta kemudian baru bertolak..Bas nie berhenti di Hentian Simpang Pulai. Sempat la ke bilik air dan beli roti sebagai alas perut.. Sebelum naik bas,aku singgah ke tempat yang satu nie.. Kedai Buku 1 Malaysia di Pudu Central.Setelah 10 minit,saya memilih beberapa buku yang dah lama menjadi idaman... Yeay... Lega dah dapat bahan bacaan..       1st tertarik dengan buku nie.. saya mula baca buku nie sebaik saja naik bas.. Tak sangka jumpa kata-kata yang saya post beberapa hari lalu..SUKA! ONE DAY YOU'LL BE MINE..     Sampai jea Penang,kena jadi driver sebab adeq saya kurang sehat. Jadi saya yang menurut perintah menjadi driver hari nie.. Sempat singgah di Astaka Sg Nibong sebab kakak nak beli jeruk di kedai Jeruk Pak Ali. Jadi memandangankan tengah kelaparan. Singgah beli pasembur kat Mee Pitchay.. Kat sini memang sa...

Pesta Buku Malaysia 2013

Image
  Assalamualaikum wbt.. Pesta buku Malaysia bakal menjelma lagie... Kepada semua silalah berkunjung  ke PWTC Menambah baha bacaan dan dapat menemui penulis... Semua peminat penulis MELUR JELITA sila ke pwtc 1.2.2013 nie.. jam 11pagi hingga 3 petang..:)

Love My Butterfly

Image
..."Dalam perut I, umpama ada sekumpulan rama rama. Kalau seorang lelaki berjaya membuatkan butterflies in my stomach mengepak laju, bererti dia berjaya menari ... k perhatian I sedikit. Tapi kalau rama rama bergerak dari dalam perut naik keatas dada...mengepak riang...bererti dia berjaya mengocakkan hati I. Kalau rama rama itu tak mahu turun, tetap mengepak ghairah di jantung I, bererti that guy sangat sangat menawan. And he's my soulmate"... Iris...♥ Love that words..May Allah Always Bless All kind of Love around me.. Please Stay...!

143,6

Image
Novel salah satu cara kita mengetahui,menghalusi,memahami isi hati manusia.. bagi penulis yang hebat,setiap inci rasa hati mampu diluahkan dengan jayanya.. aku salah seorang yang meminati novel melayu dari penulis-penulis melaysia.. sedikit sebanyak apa yang kita baca terkesan pada diri sendiri..Hati memang sukar dimengerti. Namun hati jua yang membentuk peribadi.. Apa ada dalam hati? tepuk dada tanyalah iman kita.. Saat ini sudah berulang kali aku membaca novel kak Melur Jelita terutamanya I LOVE YOU,STUPID. Penulisannya memang kena dengan generasi masa kini. kena dengan zaman serba moden.Apa yang ingin aku bicarakan ialah ayat-ayat yang lahir dari hati untuk tatapan peminat novel.. setiap baris ayatnya mampu membuai hati siapa yang membacanya..Rasa sunyi dan sepi itulah yang ada di dalam hati.Ayat-ayatnya betul-betul terkena dengan aku.Malah bukan aku saja..mungkin pada setiap orang yang membacanya.. Sangat bagus..Hanya Allah yang mengerti hati-hati kami..

Matamu...Zasssttttt....

Image
Matamu mempersona..rambutmu selebet macam lanun daa..namun dalam ketegasanmu ada kasih sayang.. Mampu melekat di hati sesiapa sahaja yang mengenalinya.. Oh Firman Ebrahim aka Abang Pedas by Melur Jelita... Lagi gambar HERO ILUS.... kalau si Lanun Selebet ni pakai Ray Ban di atas,fuhhhhh lagi mengancam... Nak jugak cari ray ban camtu....

Hero ILUS

Image
  Homaiiiiii......Homaiiii.... Hoomaiiiii.... Firman aka Lanun selebet.. Caring...Romantik...Menyentuh hati...   What do you think? dah baca I Love You,Stupid ?

My ILYS by Melur Jelita..

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Malam... Arinie baru habis kerja malam.. seperti dalam jadual kerja,aku bercuti selama 6 hari sebab tak balik beraya haji di kampung... Jadi di kira cuti ganti dan cuti rehat.. Memang aku perlukan cuti nie pon.. apa tidaknya.. hari-hari hujan di Kuala Lumpur,dan hari-hari jugak aku mandi hujan ketika pergi dan balik kerja... Fuhhh... best tu memang best..tapi selsema pulak kejap ada kejap hilang macam chipsmore...sabar jea la... Jadi lepas kerja aku balik rumah dan terus bersiap-siap dan sarapan sebelum keluar.. then tunggu bas belakang rumah dan terus naik ke stesen purta Tmn Melati.. amik tren ke Plaza Rakyat.. then terus ke kaunter tiket etika @ season.. bus yang menjadi kegemaran untuk pulang ke kg..Sebelum naik bus memang dah target nak singgah kedai buku 1 Malaysia yang berada di tingkat bawah kaunter tiket.. Tau apa nak cari? ni lah dia.. Novel I LOVE YOU,STUPID... memang nak beli lama dah tapi tak berkesempatan... So lepas bayar,terus ke...

Mari menghayati...

 Mohon share dari Melur Jelita.. Kita cuma manusia biasa… Mungkin kita pernah lalui situasi di mana … Kawan, teman atau sahabat kita sangat baik, alim, pelajaran tinggi… dan kita percaya dengannya. Itulah peribadi kawan, teman atau sahabat kita tu. Tidak di sangka-sangka..    kawan teman atau sahabat kita itu telah membuat satu kesilapan… Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat” Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan sahsiahnya yang baik selama ini. Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia. Kawan teman dan sahabat kita itu juga manusia. Manusia, bukan malaikat. Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya. Jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan kebu...

Sesudah Subuh...

Assalammualaikum wbt...Tertarik pabila membuka almari yang berada dikamar menggamit aku menyelak halaman demi halaman selepas menunaikan solat subuh di kg halaman Sg.Ara.. Naskah yang telah ku beli hampir setahun masih tersusun dalam almari kayu tersebut...Aku pasti sudah ku mendalmi isinya namun jalan ceritanya bagai sudah tiada dalam ingatan.. hati terpaut pada bait-bait kata yang diselitkan bersama kisah ini...kisah Panggil Aku Najiha Frasa " Jika adat sudah tida bermakna,cabut saja Melayu dari dirimu " Amat mendalam maksudnya...walau di mana kita berada..adat adab sopan seorang Melayu pasti terus dipelihara..Jika dilupakan,sedikit binasa jua kelihatan,berbaliklah ke asalnya..suatu waktu,hidup hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia menjadi manusia.."Membijaksanakan akal dan diri" Untuk menjadi cerdik pula tidak semudah bersiul atau memetik jari.Banyak dugaan dan ujian yang perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat ...

Pernah Baca Tak Novel Nie?

Image
Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi... Menurut soalan yang di atas tue..jawapannya yer.. pernah baca.. tapi pada 1 waktu yg lama dulu..Now buku tue pon tak tau tersimpan kat mana dah.. Sekarang nie dah diterbitkan kisah tentang buku novel Gemersik Kalbu.. teringat critanya yang totally sama dengan yg pernah dibaca dulu... Jalan ceritanya pada permulaannya sangatlah slow.. tapi makin lama..dah nampak kerancakkan cerita sebenar,so makin lama kalau kita ikuti kisahnya,sure tak sabar nak tgk sampai abiskan... Betul tak? Bab pelakonnya memang lah sangat sesuai.. mulanya tak suka si Akasha yg jadi Heronya,tapi Akasha pandai melakonkan watak kasanovanya tue.. Wow.. meletops gitue.. so makin la aku tertarik nak tengok citer nie till endingnya.. hehehe sampai bebudak rumah tertanya-tanya best sangat ker crita nie????? Kepada peminat novel,mungkin nanti banyak lagi cerita2 novel yang akan diterbitkan dalam bentuk drama bersiri.. KAYO la penulis novel pas nie..Alhamdulillah.. Yang ada bakat unt...

..Tambah kolesi...

Image
Seperti yang dijanjikan,hari nie aku ke Jalan T.A.R tuk cari buku sekolah buat sepupu aku.. semalam nak singgah,aku tak berapa sehat.... So,hari nie aku pegi la area situ. Hari nie ada pasar malam kat tengah-tengah lorong Jalan TAR.. Ramainya orang.. aku pun redah jugak la cari parking moto kat area depan MYDIN. Nasibb baik dapat... Aku suka ke kedai Buku Pustaka Mukmin K.L .. Kat sini banyak jenis buku yang boleh aku cari. Dari buku agama,sains,sekolah rendah,sekolah menengah, pengetahuan am,fiksyen lain,alat tulis,kalendar,diari,Al-Quran dan yang paling banyak adalah NOVEL. Kalau sekali pegi sini,mesti aku akan borong Novel dalam 3 buah.. Siap ad diskaun lagi 20% untuk novel yang terpilih... So, kalau korang ada masa nak cari buku-buku kegemaran,bolehlah singgah kedai nie... Betul-betul tepi jalan jer, selepas kedai JUKEBOX... Pic kat atas tue adalah novel yang baru aku beli... Pasni bleh start baca la...

...Mulakan Operasi...

Image
Opssstttt.... bukannya buat operation eh... :d Jangan salah anggap pulak.. Hari nie seharian aku lepak kat umah... nak tido tak boleh,kepala tengah weng.. aku mengemas apa yang patut sepanjang hari selain dok online kat FB.. Opss.... Mesti korang tak taukan id aku kat FB.. meh nak bagi tahu... Korang boleh taip Fadhlina Ahmad .. then kalau nampak profile pic sama dengan gambar dalam blog nie.. Memang betul la tue... Jadi hari tue masa pegi Pesta Penang,aku ada beli sebuah novel terbitan NB KARA yang bertajuk HUJAN PUN MENARI.....setelah aku tinggalkan lebih sebulan kat Penang,hari nie baru nak koyak plastik dan mulakan operasi membaca.. Baca tajuk pon dah menarik kan.. belum baca isi kandungan lagi... jadi aku nak mula baca buku nie.. nanti aku story eh pasal buku nie.. JOM BACA NOVEL.....;)