..i fOlLow U..

Saturday, November 30, 2013

Sembilang Oh Sembilang

Assalammualaikum wbt..

Ikan Sembilang? aih.. memang aku tak makan.. hirup kuah tue boleh la.. beberapa hari lepas En.Kpop teringin nak makan Gulai ikan sembilang..Adeh.. siap beli seekor lagi.. Acaner tue? Aku dah la tak berapa pandai masak..Jenuh la dok google resepi. Nak tanya mak pon sama ja jawapannya nanti. Jadi aku buat keputusan ikut ja resepi asal gulai ala utara dan tukar ikan ja jadi ikan sembilang.. Malam tue sempat la tanya mak acaner nak basuh ikan tue. Mak cakap basuh dengan asam jawa dan garam ja. Aku pon ikut la cakap mak..

Ikan yang En.Kpop beli aku terus masuk dalam peti sebab dah dikerat-kerat.Malas punya pasal aku tak basuh dulu.Teruk kan..Malamnya aku kerja,bergoogle la macamana nak masak ikan sembilang tue. Ada yang bagitau kena basuh ikan dengan beras yang di goreng,ada yang pakai limau dan pakai asam jawa ja untuk basuh dan hilangkan hanyir..

Semalam aku hari tido..Maka En.Kpop menanti aku masakan untuk dia ikan kegemarannya.. Dengan terkejutnya aku bangun petang semalam selepas En.Kpop telefon tanya ikan dah masak ke belum.Alahai,sian dia..Dia ingatkan aku nak suprisekan dia..Rupa-rupanya memang aku tak masak lagi.. huhuhu..Merajuk!

Aku apa lagi,bangun cepat-cepat,mandi,solat pastu terus masuk dapur. Bukak la kertas resepi letak atas meja.Meh aku kongsikan untuk korang.. Sebelum tu,rendam ikan bagi lembut sebelum pesiang. Sediakan bawang besar,bawang kecil,bawang putih,rempah kari,santan,cili mesin,air asam jawa,halba campur,bendi,tomato,cili hijau dan paling penting daun kari.Bawang besar serta bawang kecil dan bawang putih aku mesin separuhnya dihiris untuk tumis.. Periuk aku panaskan dan tumis bawang dan daun kari.Kemudian masukan halba sedikit.Biar kekuningan. Kemudian sediakan rempah kari,bawang mesin,cili mesin dan masukkan ke dalam tumisan tadi.Gaul hingga rempah masak. Kemudian masukkan air asam jawa serta sedikit air apabila rempah sudah masak. Biarkan ia mendidih ulang kacau. Sediakan santan dan ikan.
Bila dah mendidih,masukan santan dan ulang kacau.bila dah sekata,masukan garam sedikit dan masukan ikan. biarkan ikan masak kemudian rasalah kuahnya.Jika tidak masam,tambahkan air asam. Jika tidak masin,Tambahkan garam secukup rasa. Kemudian masukan bendi,tomato dan cili hijau.biar sekejap.Kemudian biar sekejap dan tutup api.

Lepas jea masak gulai,goreng telur dadar.Terus amik nasi dan siapkan bekal..Bawak bekal dan kami makan di Taman permainan yang berhampiran..SEDAP katanya! macam tak caya jea,macam tipu jea.. hahaha entah la En.Kpop cakap sedap.. Aku makan sikit jer kuahnya dengan telur.Ikan dia yang tolong habiskan..
Sekian.. Kesimpulannya kena la cuba masak menda yang kita tak makan walaupun geli jugak bila nak menyiang ikan sembilang nie.Gambar kari sebenar terlupa nak amik,pinjam gambar ikan kat google jea la..

Tuesday, November 19, 2013

Mood berbunga tangan sudah datang...

Assalammualaikum wbt.. Selamat Malam..
hari nie kerja double.. penat jugak la.. tapi dapat setel pesakit awal..
Dua hari dah mak mai KL. Dan malam nie aku nak belanja dorang makan sate... Yum Yum.. cedapnya..
Sure penat mak melayan cucu dia sorang tue..
Semalam ada sorang PM untul tempah hand bouquet. Dah beberapa bulan aku tinggalkan hobi aku yang satu nie.Maklum lah kan tengah ikut kursus.Tak dapat la nak buatkan tempahan untuk pelanggan saya. Maaf yea kawan-kawan..

Insyallah next year banyak lagi tempahan nak buat :D..Mood Dah MARI... yeayyyy...

Sunday, November 17, 2013

Lamanya bersarang...

Assalammualaikum wbt...

Apa habaq semua..? sehat kot? semoga semua bergembira di hujung minggu...
Dah lama tak keluarkan catatan-catatan kat blog nie.. Adeh.. RINDU sangat-sangat.. selama bebarapa bulan nie banyak perkara yang belaku yang tak dapat aku nak kongsi kat sini.. Maaf yea kawan-kawan.. Pelbagai perkara yang melibatkan diri,keluarga serta persekitaran aku.. Hanya dapat dilalui dengan sabar dan ketenangan dari Allah SWT.

Alhamdulillah khusus yang aku ikuti selama 6 bulan telah tamat dan mendapat keputusan yang memuaskan.. Kami semua LULUS! Syukur Alhamdulillah... Dan konvo akan diadakan pada 30 November nie..Tapi aku tak dapat pergi kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan..
Nie antara kawan-kawan group di KSKB Sg Buloh...TAHNIAH semua..


Saturday, June 1, 2013

Rindunya....

Hand Bouquet terbaru June/2013
untuk tempahan sila PM di FB saya TQ...

Assalammualaikum wbt.... Selamat berhujung minggu... mudah-mudahan sentiasa berbahagia di samping orang tersayang. Perjalanan hari demi hari makin berat terasa.. Pembelajaran di ikuti dengan ujian yang satu persatu datang dan pergi. Alhamdulillah semuanya beransur baik dan berjaya diharungi.. Sesungguhnya kita adalah insan yang lemah,kekurangan. Hanya pada DIA yang satu tempat ku bermohon agar dipermudahkan.Benarlah ungkapan "hidup tak sentiasa indah" sebagaimana yang kita harapkan. Jika ini berlaku,kembalilah meneliti hidup ini,tingkatkan ibadah,sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan rahmat yang kita rasai.. Mudah-mudahan sentiasa tenang dan sabar mengharungi liku-liku hidup. Semoga anda semua jua bersemangat tak kira dalam apa jua rintangan. Semoga dipermudahkah Allah SWT.

Wednesday, March 13, 2013

13.3.2013

Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi..
Selamat hari lahir buat Akak wad saya.. Kak Marlina..
Semoga berbahagia,dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh yang baik...  
 
 
Alhamdlillah semalam besda saya,walaupun sibuk bekerja,daat juga buat celebrate birthday last minit.. Ahai.. bestnya.. Tq kak ina tolong beli kek untuk kita bertiga.. memandangkan birthday kami sederet, kena buat small celebration la.. Semoga kami semua teruskan baagia dan berjaya dan diberkati Allah...
 
 
Selamat Hari Lahir buat Kami

Tuesday, March 12, 2013

12.3.2013

Assalamualaikum wbt..
Selamat Pagi...
 
Hari nie..
Hari Lahir Saya...
 
Selamat hari lahir Fadhlina Ahmad..
Semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
dipanjangkan jodoh,
diberi kesihatan yang baik,
diberkati Allah..
Gembira bersama insan-insan kesayanganku...
 
Sekian..
With lots of LOVE...

Tuesday, March 5, 2013

5.3.2013

 
Assalammualaikum wbt.. selamat pagi... Dah sarapan ker? Jom sarapan dengan Oat cookies sambil baca Novel Cik Blur dan Encik Ikhlas..
Alhamdulillah setel baca buku nie.. sangatkan best dan sweet cerita dia..
Slumber jea terima pilihan keluarga..kebetulan pulak pilihan tersebut mengena dan dua-dua sudah lama menyimpan rasa..Jadi.. pilihan ibu bapa in sya Allah terbaik dengan restu mereka bahagia dan mengukuhkan ikatan kaseh sayang mereka.. korang dah baca belum? best tau...



3.3.2013

Tarikh yang keramat...

Selamat Hari Lahir Buat My BFF... HAMZAH yang dok tersengeh tue..
 
 
Selamat Hari Lahir Buat Mak Uda da Mak Su aku..
siap berlari-lari lagi ank menantu nak ma hantar kek kat Terminal bas...
Terima Kasih Banyak...
 
 
Juga
Selamat Pengantin Baru Buat Sepupu aku..
Nana Farhana dan Akram
 
Semoga semuanya berbahagia bersama insan tersayang....
Juga buat rakan-rakan yang turut sama meraikan hari bahagia pada hari ini...

2.3.2013

Assalammualaikum wbt...
Hari ini..
Hari yang di nanti-nanti buat KAMI..
Seperti yang dirancang..
Alhamdulillah tibalah masanya KAMI bersua..
Dengan restu mama,diizinkan bertemu..
10 pagi..agak lambat bersiap dan keluar dari rumah..
Kereta aku pandu ke tempat yang dituju..
Lalu kami bertemu..
Aku memandu terus ke desinasi pertama rumah Buzu bersama Encik Kpop..
Selesai ambil papan untuk photobooth kami ke Medan Selera TTS..
Menu yang sama..aku bihun sup dan Encik Kpop kueyteow + mee sup..
Seterusnya selesaikan urusan Encik Kpop baru selesaikan urusan aku pulak..
Dari ofis Encik Kpop kami menaiki feri Penang untuk ke seberang..
Lama sudah tak naik feri dengan kereta.. selalu aku jalan jea kalau naik feri..
Sampai di seberang sana kami terus mencari makanan tengahari.. Encik Kpop dah mula lapar..
Kami singgah kedai makan area Sunway Canival.. Boleh tahan jugak lauk kat situ..
Aku tak dak pilihan terpaksa makan nasi juga.. Lepas tue kami ke A to Z,mencari barang untuk serih junjung sepupu aku.. selesai membeli-belah.. kami pon cadang nak balik sebab dah lewat petang..
Dalam masa tue sakit belakang aku mai balik..lupa nak letakkan minyak..itulah padahnya..menahan la jawabnya..sengal satu badan..
Kami sempat singgah kat Rojak Tonggek sebelum nak ke feri.. Encik Kpop yang turun p beli memandangkan hujan dah mula rintik-rintik..Lepas makan.. Terus naik feri dan singgah Giant sebab aku nak beli bahan untuk buat Spegthi atas permintaan kakak tersayang..
Selesai membeli bahan-bahan..Kami terus pulang..
Aku menghantar Encik Kpop ke tempat aku ambil pagi tadi..
Lepas tue dua-dua bersurai.. ucapan selamat tinggal dan terima kasih mengirngi perjalanan aku ke rumah.. sehingga kita bersua kembali.. Terima kaseh Encik Kpop untuk hari yang indah..


Friday, March 1, 2013

1.3.2013

Assalammualaikum wbt...
Selamat Pagi..
Salam Jumaat penuh barakah...
Selamat datang March...

Saya suka March....
dengan harapan semoga dipermudahkan.. In sya Allah.. Ameen...

 
waiting for me...

Wednesday, February 27, 2013

27.2.2013

Assalammualakum wbt...
Selamat Petang..
Hari ni badan dah mula sengal-sengal yang amat sangat.... Nasib baik tak demam..Syukur..
Luka kat tangan,lutut ngan buku lali masih lagi berdenyut-denyut dan pedih bila kena air..
Lepas mandi terus cuci luka.. huhu menyengat..
Lepas tue baru letak ubat..
Nak buat apa pon kena buat slow-slow..
Aduh.. nie la padahnya bila dah jatuh.. Sabaq jea la..

Tuesday, February 26, 2013

26.2.2013

Assalammualaikum wbt...
selamat petang...
selamat bekerja...
Akibat kegigihan bekerja,tersungkur jua aku pagi tadi dengan my boipren hijau.. adoiii sengalnya..
aku terjatuh moto pagi tadi dalam k egelapan.. Jalan yang biasa namun terlicin pulak pagi tadi.. Banyak pasir-pasir terbiar kat atas jalan.. padahal bukan bawak laju pon... Alhamdulillah tak teruk mana pon.. Luka sana sikit, luka sini sikit...tapi sangat pedih dan berdenyut-denyut oke... Nasib ada sorang pakcik kebetulan lalu kot belakang berhenti tolong angkat moto yang tergolek sama-sama.. Terima kasih pakcik.. Jasamu di kenang.. Sampai ja wad,aku terus p basuh luka dengan air bersih.. lap kering-kering dan tutup luka dengan gauze. Sebab ada darah. Pesakit dialysis dah mula datang,terus ja sambung buat kerja.Lepas setel pesakit.. barulah aku ke jabatan kecemasan untuk ambil injection sebagai protection.... Telan penadol dan buat kerja seperti biasa. Dorag hairan kenapa aku tak jumpa dr ambil MC.. aku tak suka nak MC saja-saja. lagi pon tak teruk sangat.. Yang mana keje ringan-ringan aku buat la.. yang berat-berat bagi jew kawan-kawan lain yang buat..

Balik rumah teruk jea mandi sebab kena hujan...terus cuci balik dengan ubat..

Monday, February 25, 2013

25.2.2013

Assalammualaikum wbt...
Selamat Hari Isnin...
Hari nie nampak sangat monday blues nya...Hadoi la.. teruk betul.. pagi-pagi sikit punya semangat,mai nak tengahari terus down...Apa pasai la..
Balik kerja aku terus p singgah bank.bayar apa yang patut.
Lepas tue p tengok BFF Noni yang ditahan di wad.. Due bersalin lambat lagi.. tapi air mentuban dah kurang.. Tekanan darah pulak tinggi.. Risaunya..
Lepas tue pulak hujan turun dengan lebatnya.. Berkampung la kejap kat dalam wad tue.. sempat la p beli karipap yang paling sedap kat HKL..

 
 
Lepas beli karipap ngan teh tarik,kami makan bertiga..Elok hujan berhenti, cepat-cepat minta diri balik. Kereta punya la banyak.. Jalan jem.. mengadap la kejap.. Lepas tue teringat nak p SOGO,
lepas mandi makan,terus keluar kejap singgah sogo.. banyak yang sale tapi urang menarik perhatian aku.. jadi window shopping jea la dulu.. lepas tue pergi beli roti sebelum balik... Mengadap jem lagi sekali...

Saturday, February 23, 2013

23.2.2013


Assalammualaikum wbt.. Selamat Petang.. Selamat bekerja buat saya.. Hari nie agak liat nak bangun pagi.. tapi sebab geng keje best hari nie.. kira semangat jugak la.. 6.45 pagi dah terjegat kat wad.. awal la jugak memandangkan waktu Subuh masuk awal. Hari nie memang penuh pesakit kat unit. Sangat bz. Jadi bila dapat geng yang sempoi,semua kerja dapat setel awal. Best kan..

Jam pukul 1 petang. Kawan  yang baru pulang dari tanah suci bawak mai air zam-zam dengan segala jenis kacang. bestnya.. dia bercerita pasal pengalaman pergi buat umrah kat Tanah Suci. Subhanallah.. teringin benar rasanya menjejakkan kaki ke bumi Mekah.. Semoga  diseru ke sana satu hari nanti..

Thursday, February 21, 2013

21.1.2013

Assalammualaikum wbt..
Selamat malam..
Penat? sudah tentu la kan..Pagi-pagi keluar pergi kerja..Hari nie memang banyak dugaan betul. 1 hari ada 4 orang untuk tranfusi darah pada masa yang sama. Memang agak kalut sikit bekerja..
Alhamdlillah berkat kerja berpasukan,semuanya berjalan lancar.. Asal semuanya selamat..
Passing report berjela-jela..Banyak cerita rupanya pesakit-pesakit nie.. Tak pa.. janji semua kerja setel. dalam perjalanan balik ke rumah sempat singgah ke Pejabat PosLaju Batu Caves. Shawl yang saya pesanan baru nak pergi tuntut setelah beberapa hari blik kampung. Rasanya diorang tak jumpa cari rumah. Surat sorry pon tak sampai ke rumah. JAdi gunakan trackking no dan i/c saja untuk ambil barang.. Yeay.. ada shawl dari The Hijabi Doll.. TQ Rina.

Then sampai rumah terus mandi solat dan siap-siap ke Bangi untuk ambil kakak.Pakcik dah menunggu sejak tengahari.Lepas siap terus ke Bangi. Perjalanan ke sana sangatlah terasa jauh..sebab hujan lebat pulak.. terpaksa la bawak kereta slow-slow.. Sampai sana,ambil barang dan trus baik ke rumah... sama jugak.. Hujan lebat..Time memang pack sebab orang balik kerja time tue..

Sampai rumah dekat kol 6..balik terus solat dan main dekan si budak Ireland.. Dapat kiss dari dia.. syiok kacau dia..

Wednesday, February 20, 2013

20.2.2013

 
Dah nyenyak tidur? tinggal aku ja yang masih seperti burung hantu.. adoi... nie la penangan minum nescafe sampi malam... ditambah pula dengan layan novel The Wedding Breaker nie... mulanya aku dah benti baca untuk malam ie.. tapi aku tidak dapa lelapkan ata akibat dah terminum segelas nescafe yang makcik buat. Orang dah tolong buatkan,aku bedal jeala.. Akibatnya hingga ke saat ini..tak tidur-tidur lagi.. tau si encik kpop,sure aku kene marah...So.. diam-diam okeh...

Tuesday, February 19, 2013

19.2.2012

 
Assalammualaikum wbt..Selamat malam.Alhamdulillah kini ku sudah sampai di KL.. Perjalanan 5 jam dari petang tadi amat lancar walaupun hujan renyai di sesetengah tempat.. Banyak ku bawa bekal hari nie. Spagethi,kek coklat,roti john,sosej dan nugget,nescafe suam dan buah dokong..
Complete set.. hehehe semua nie sebab dah breakfast nasi merangkap lunch.. Jadi semua kena tapau la..Lama dah tak tunjuk skill buat spegethi. Maklumlah balik kejap-kejap jea.. Bekal yang dibawa semangnya tak habis. Jadi rezeki orang KL la yang ada kat rumah nie..
 
 
 
Dalam perjalanan, aku habiskan dengan membaca novel yang aku beli baru-baru nie.. One Day You'll Be Mine dah setel diganti pula dengan cerita The Wedding Breaker.. Wow.. sangatlah gigih menghabiskannya... Another 1 book masih ada di Penang. Bertemankan hujan renyai-renyai ku minum nescafe serta makan roti john yang di bawa..Bestnya..memang layan habis la cerita nie..
 
Dalam masa tue sempat online upload gambar dan chit-chat.. Walaupun balik nie ku hanya p kenduri,dok rumah jaga tok dan layan novel..tapi tetap best.. Dapat berita yag someone nak datang KL.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.. Sampai kl dah 6.30 petang.Terus ambil tren untuk pulang ke rumah.. Alhamdulillah sapai rumah sebelum jam 8 malam. sempat la solat maghrib.. Pastu keluar pergi tempah baju sepupu untuk kenduri bulan 3 nie..Mudah-mudahan cepat siap..

Monday, February 18, 2013

Suka sangat...


Wahhhhh....Haruman bau rose sangat mendamaikan...
Jarang saya beli perfume yang bau rose..
TAPI
Lepas pakai sample perfume nie,terus saya jatuh chinta..
Ahhhhhaaai.. kena p cari jugak la jawabnya..
Bila nak SALE lagi?
Nak yang nie...

18.2.2013

Assalammualaikum wbt..
Tatkala ini..
hujan membasahi bumi Pulau Pinang...
Sejuk..nyaman aku terasa..

Dekat namun tetap jauh..
Alhamdulillah..
Walaupun tak punya kesempatan untuk kami ketemu..
Pasti ada hikmah disebaliknya..
Sama-sama kita fikir ke arah kebaikkan..
Kami seperti biasa..
Punya satu tujuan yang sama..
Semoga impian murni kami dipermudahkan..

Bersembang dengan bakal B2B merangkap pelanggan bunga tangan saya..
Masa berkursus kahwin, pengajar mengajar agak ingatkan ayat ini..
"nak kawin bulan depan" SETIAP MASA..
Maknanya dalam menyiapkan persiapan..
Bakal pengantin akan berasa teruja dan tujuanya sudah pasti segala persiapan dapat dibuat dengan rapi..
Sungguh betul peringatan nie kan..


Sunday, February 17, 2013

Ost Kerat 14 Penyesalan

Lirik Lagu Penyesalan (OST Filem Kerat 14)
Andai bisa ku unduri, memutarkan waktu
Takkan aku terus berdiri dalam gundah ini
Sendiri….

Andai mampu ku miliki hari yang telah pergi
Namun pasti esok bukanlah hari untuk ku lagi

chorus;
Benar ia terjadi…atas angkuh sendiri
Benar itu semua terjadi…sesal ku tak terperi
Tuhan ampuni aku…kerna menolak cintaMu
Ampunkanlah hamba kerdilMu tak layak berdiri

Diatas bumi suciMu…
Diatas kebesaranMu…

Nyata esok bukan untukku…sesalku tiada erti
Biar aku pergi membawa akhir penyesalan ini…

Lagu Dan Lirik : Amy Uk’s
Susunan Muzik : Amy Uk’s / Is Wow
Artis : Zarul Umbrella, background vocals by Eeza &Scha



Cerita nie cam best jea..:)

17.2.2013

Assalammualaikum wbt..
Salam hujung minggu...
Hari nie dari pagi sampai petang dok mengasuh tok kat rumah..
Fuh memang la menguji keimanan..
5 minit sekali nak p tandas. tapi bukan nak kencing pun..
Lepas tue saya pakaikan panpers.. tahan la 2 jam..
Lepas tue dia koyakkan pulak..adoi...
Tension dibuatnya..
Lastly abah alihkan kerusi tempat dia beristirehat dekat dengan tandas..
Haaa baru dia tau.. hehehe gelisah la dia dok kat situ. tak dapat nak tgk apa orang lain buat sebab tempat tue agak terlindung..
Apa nak buat.. Abah pon dah pening..
Petangnya aku dan mak ke Giant Bayan Baru.
Beli beras dan barang-barang rumah..
Terliur jea tengok aiskrim tue.. tapi apa nak buat.. tak boleh nak makan..
Batuk tak hilang-hilang..
Beli box besar untuk letak barang-barang lama..siap beroda lagi. agak murah jugak la.. RM32.88
Lepas shopping,teringin nak makan macam-macam tapi  malas nak pergi beli...
Balik ke rumah terus ambil sosej,wedges dan scallop ayam aku goreng dan makan dengan sos dan mayonis.. Lega..hehe lapaq kot lepas shopping...
Then sambung baca novel dan terus tertidor..
Maghrib baru terjaga dan cuba hubungi encik Kpop..
Rupanya dia pon tertidor jugak..
Patut la senyap jea..

Saturday, February 16, 2013

Hari ini...

Alhamdulillah... selamat dah lagi seorang BFF aku bertunang.. 1 langkah sedang menuju gerbang perkahwinan.. Syukur.. aku amat bahagia sebagai seorang sahabat..serta mendoakan sahabat-sahabat yang lain sama-sama ke arah yang sama.. Mudah-mudahan... walaupun tak sempat menunggu majlis sarung cincin tapi lega sebab dapat temankan dia sekejap kat sana..

Lepas kenduri my Bff,sy pon balik rumah dan solat Zohor. Terus ke rumah kenduri yang lagi satu.. Pergi ambil Zam dan Jin.. Kawan VF saya, Nazrul Fitri. walaupun lambat,sampai gak kami...Makan laksa plak tue..sangat sedap walaupun kuahnya agak cair. wah.. tak puas makan laksa..Jadi gambar akan di upload kemudian..oke..

mata malam nie mengantuk awal la... :( napa yea?
hati pulak tak keruan dibuatnya..
tengah sembang pasal kenduri tadi dengan mak,terselit pulak satu cerita tentang saya.. Sekadar memberitahu apa sebenarnya dah terjadi pada anaknya yang jauh nie.. Jadi..dengan rela hati mak mendengar cerita-cerita aku.. Terima kasih MAK...Sayang Mak...!

16.2.2013

 
Assalammualaikum wbt...
Selamat Pagi...
Cuti?
Saya pon sama.. cuti dan berada di Penang :)
Sukanya...
Hari nie sangat sejuk cuaca pagi..
Terketaq-ketaq bila mandi dengan ayaq sejuk..
ewah speaking lorat Penang..
Hari nie ada 3 kenduri..
1st p kenduri my BFF Intan Mgm Tunang..
2nd p Permatang Pauh...
3rd tue tak janji jadi p dak kat Kepala Batas..
 
 
Jadi.. Gambar kat atas tue memang salah satu menda wajib start seminggu nie..
Balik Penang pon kena makan ubat batok jugak..
Bila dah start,kerana segelas air sirap ais..
terus batuk lekat tak hilang-hilang..
risau la jugak...
harap-harap cepat sembuh....


Friday, February 15, 2013

Alhamdulillah..I'm in Penang

Assalammualaikum wbt... alhamdulillah saya dah selamat sampai Penang.. Naik bas express Season jam 11.30 pagi..Siap masuk Hentian Duta kemudian baru bertolak..Bas nie berhenti di Hentian Simpang Pulai. Sempat la ke bilik air dan beli roti sebagai alas perut..
Sebelum naik bas,aku singgah ke tempat yang satu nie.. Kedai Buku 1 Malaysia di Pudu Central.Setelah 10 minit,saya memilih beberapa buku yang dah lama menjadi idaman... Yeay... Lega dah dapat bahan bacaan..
 
 
 
1st tertarik dengan buku nie.. saya mula baca buku nie sebaik saja naik bas.. Tak sangka jumpa kata-kata yang saya post beberapa hari lalu..SUKA!
ONE DAY YOU'LL BE MINE..
 
 
Sampai jea Penang,kena jadi driver sebab adeq saya kurang sehat. Jadi saya yang menurut perintah menjadi driver hari nie.. Sempat singgah di Astaka Sg Nibong sebab kakak nak beli jeruk di kedai Jeruk Pak Ali. Jadi memandangankan tengah kelaparan. Singgah beli pasembur kat Mee Pitchay.. Kat sini memang sangat sedap pasembur,selain itu ada keteow goreng,mee goreng,bihun goreng dan mee rebus. Kalau datang Penang jangan lupa singgah sini yea..
 
 

15.2.2013

Assalammualaikum wbt...
Salam Jumaat...
Selamat Pagi..
Alhamdulillah selesai kerja malam 2 hari...
Hari nie tibalah masanya saya bercuti 4 hari dan balik Penang....
Bunga tangan dah pun sampai ke tangan tuannya...
Alhamdulillah... dia suka..:)
Saya pun suka...
Jadi..
Bag semua dah siap paking semalam..
Tinggal siapkan tuannya saja..
Balik labat sikit sebab berhasrat nak singgah Kedai Buku 1 Malaysia kat Pudu Central...
Kalo ada yang menarik memang nak menangkap sebuah buku...
Ok...
Semoga saya selamat daam perjalanan dan sampai ke kapung halaman...
Amin... <3 p=""> 



Hand Bouquet BabyPink+BabyBlue

Thursday, February 14, 2013

14.2.2013

Assalammualaikum wbt...

Selamat Petang...
Alhamdulillah... selamat siapkan satu jambangan bunga tangan untuk junior wad saye.....
harap-harap dia suka...:)

Tuesday, February 12, 2013

Demi Bahagia..

Layan THR.. sure ada yang lentok kan.. best gak tau kisah cinta kawan-kawan yang lain.. buat panduan dan teladan.betul dak.. bagi aku..sebut pasal bahagia.. aku lepaskan kesayanganaku demi kebahagiaan dia.. Alhadulillah aku bertambah tenang..dan teruskan lakukan apa yang kita nak lakukan bersama keluarga ataupun sahabat kita. Terlalu sukar untuk puaskan hati seseorang.. cukuplah kita hiburkan hati kita.

One Month to go....

 
hell0w....
OnE MoNTh To GO!!!!!
 
 
apa tue?
sebulan lagi...
ada beberapa perkara bakal berlaku sebulan lagie..
1..my b*******
2.mula kursus
3.kenduri my cousin...
 
Jadi.. kita nantikan lagi sebulan...:)


12.2.2013

Assalammualaikum wbt...

kerja lagi hari nie..
Tapi kerja dalam keadaan tenang..:)



Pernah dak rasa macam nie?




Monday, February 11, 2013

Sorry, if im hurting you..

"Sorry if im hurting u or made mistakes..Take Care"

Ungkapan tersebut diutarakan oleh seorang kawan yang agak lama saya kenali..Kami berkenalan hanya melalui telefon.. Bermula dengan pesanan ringkas(sms) kemudian diikuti dengan panggilan telefon demi telefon. Minggu demi minggu, tahun demi tahun.. Ada saja cerita yang kami bualkan hingga terselit cerita-cerita yang kurang enak di pendengaran saya. Mulanya saya biarkan kerana hendak melihat setakat mana tuturkata dia. Namun tahun demi tahun,dia masih tidak berubah. Hingga hujung tahun lepas saya kurang menjawab sms dari dia dan sentiasa sibuk dengan tugas harian. Mungkin dia telah  merasa bosan.Setiap kali perkara itu dituturkan,saya cuba mengelak dengan soalan-soalan dan cerita lain. Dengan harapan dia mengerti dan tidak kembali kepada topik tersebut.


Hari ini,pagi hari saya terima ucapan di atas tanda DIA minta maaf atas kesalahan beliau sepanjang perkenalan kami. Walaupun kami duduk di daerah yang sama,namun tidak pernah bertemu janji. Sudah pasti boleh tahu apa sebabnya? Berjawatan tinggi tetapi cara pertuturan terlalu kurang enak..Saya amat simpati dan berdoa agar dia berubah.Alhamdulillah dia sudah sedar diri dan ungkapan itu dikirim melalui pesanan ringkas.Jadi saya nasihat agak DIA tidak melakukan sedemikian pada orang lain.Cukuplah berubah menjadi lebih baik tanpa perlu orang tahu,cukuplan ALLAH tahu. Saya akui saya pon bukan insan yang baik. Tapi dalam setiap perhubungan sesama insan,perlulah kita melakukan yang terbaik agak diberi keberkatan atas ukhwah tersebut. Saya doakan agar DIA ditemukan jodoh yang baik dan mendapat keredhaan Allah. Tak susah untuk ke arah kebaikan. Kami masih kawan..Terima kasih atas ungkapan tersebut. Satu perkara yang sangat susah diungkapkan,Namu DITUNTUT demi sebuah persahabatan..

11.2.2013

Assalammualaikum wbt...
Selamat Pagi..
Masih Tahun Baru Cina...:)
Hari nie kerja lagi...
Best best.. datang kerja merempit dengan senang hati..
Kurang kenderaan.. Sebab ramai yang cuti.
Jalan raya macam ana yang punya...
Lengang selengangnya...
Merempit pagi-pagi nie memang sejuk sangat.. Pakai la jaket tebal mana pon,kena angin pagi terasa sampai ke tulang..
Hari nie keja macam biasa..
Pesakit pon wat cuti sendiri..:)
Korang dah breakfast belom?
Saya baru nak braakfast.. Jom sarapan...Kuey teow goreng :)

 gambar ehsan dari google..:)

Sunday, February 10, 2013

10.2.2013

Assalammualaikum wbt..
Selamat Malam...
Selamat Tahun Baru Cina...
Tahun Ular kan.. mesti banyak yang menyengat..:P
Alhamdulillah.. syukur.. semala 2 kotak limau dari pesakit kami dapat kat tempat kerja..
Hari ni pulak.. Kami dapat Angpau... Yeay... Syioknya...
Pesakit hadiahkan angpau untuk kami...TQ uncle,aunty... semoga cepat sembuh....

 
 
Sampul merah..manyak "ONG"

Saturday, February 9, 2013

9.2.2013


Assalammualaikum wbt..
Selamat Pagi..
Syioknya pada yang bercuti. Hari nie saye berkerja.
Jadi pagi-pagi dah bangun,6.30 pagi saya bertolak ke tempat kerja..
Alhamdulillah jalan sangat lengang..Tak banyak kereta..
Saya suka.. boleh la bawak moto dengan tenang..
Hari nie mungkin kerja sampai malam.
Kena ganti orang kerja..
Best gak buat OT sekali sekala..
Pada yang bercuti,rancang perjalanan anda dan hati-hati di jalan raya..






Friday, February 8, 2013

8.2.2013

Assalammualaikum wbt...

Selamat hari lahir buat Sepupu saya Cik Ezati..
Semoga membesar menjadi anak yang solehah..
Belajar rajin-rajin..
Sehat selalu..
Hadiah nanti kak cik bagi oke..




Hari nie kerja petang.. masa nak datang tadi Bulatan Pahang jem teruk.. Aik.. belum apa-apa dah jem teruk.ni semua sebab esok dorang dah start cuti raya cina. Saya tak cuti,jadi relik jea la pegi kerja. tak sangka pulak jem sampai nak menyelit pon tak boleh.. Sabar jea la.. Buat semua yang bercuti. Rancanglah perjalanan ke kampung.. Hati-hati di jalan raya oke... Selamat bercuti..

Thursday, February 7, 2013

Hand Bouquet tengah-tengah malam..

Assalammualaikum wbt...
Selamat Pagi.. :)
Salam ceria penuh kaseh sayang...
Semangat tengah nak siapkan 2 bunga tangan tempahan dari sepupu saya (yg pearl)
dan tempahan kawan tempat kerja(pinka+biru)
buat DIY tengah-tengah malam memang hobi saya..
idea pulak datang mencurah-curah...
SUKAnya...


puas tangan dok pontak-pintak manik :)
 
 
yang nie memang fresh dari oven.. in progress...
 
Berminat?
 
Untuk tempahan sila lawati FB saya..
 
Terima Kaseh..

7.2.2013

Buat insan yang hampir denganKU,Kesayangan hamba..


Seindah pelangi asmara
Menghias taman cinta kita
Biarpun sekian lama
Tak terpadam cinta

Ku genggam janji cinta kita
Tak akan ku mengingkarinya
Berpada kasih ke akhirnya
Hanya Tuhan saja penentunya

[*] Ku hulurkan tangan tanda kasih
Di dalamnya ada rasa rindu
Mekar bunga cinta dalam hati
Hanyalah untukmu


[**] Setialah pada janji kekasih
Moga cinta kan bersemi terpatri
Dan pergilah onak duri
Tabahlah kau menghadapi


[***] Andainya masa diizinkan Tuhan
Kan ku bina mahligai indah bersama
Hanyalah engkau seorang
Untuk selamanya


Seindah pelangi asmara
Menghias taman cinta kita
Biarpun sekian lama
Tak terpadam cinta
Yang menyala…



Tuesday, February 5, 2013

5.2.3013

Assalammualaikum wbt... Selamat Pagi...
Nie la deco terbaru dari saya...
Pearl hand bouquet untuk sepupu saya..:)
 
 
 
Pearl hand bouquet...
Mix pearl warna pink dan cream..
Wah..Comei kan..
 
 
Nie la hasilnya bila cantumkan 4 utas rantai pearl...:)
 
Untuk tempahan,sila pm di inbox @ tinggalkan email..:)

Monday, February 4, 2013

4.2.2013

Kala Cinta Datang Tak terduga...
Sahabatku yang di Rahmati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.Kala cinta datang tak terduga...Silih berganti menghampiri kehidupan kita...Ketahuilah bahwa cinta tak kenal waktu,dan tak kenal tempat dan kepada siapa...

Manakala menyedari saat JATUH CINTA peganglah kendali diri, jangan sampai terjebak dengan keindahan duniawi yang belum tentu akan menjadi halal bagi kita...

Peganglah kendali diri dengan selalu mentaati-Nya, jangan sampai DIA murka karena kemaksiatan kita....Kalau JODOH Tentu Tak kan Kemana... Maka jauhkan rasa yang belum menjadi halal itu kepada ktentuanNya.

Yakinlah bahwa dalam penjagaan-Nya segalanya akan baik- baik saja...Hingga jika sudah tiba saatnya kalau dia jodoh kita Allah Subahanahu wa Ta’ala mempertemukan kembali dengan Redha-Nya melalui ikatan Suci PERNIKAHAN yang BAHAGIA.


Sekiranya dia bukanlah jodoh kita, Maka Bersabarlah dan Mengharaplah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala saja,yang tidak pernah berbuat dzalim kepada hamba-hamba-Nya.

YAKINLAH…Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengganti yang lebih baik darinya,dan mendekatkan jodoh yang terbaik ... Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk KITA.

Sahabatku. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala Berikan Jodoh yang Terbaik bagi yang Menantikannya,Jadikanlah Pernikahan yang penuh Beraqah
Aamiin Allahuma Aamiin…


Kisah ini untuk panduan rakan-rakan sekalian..
Dititipkan oleh Kesayangan Hamba...

Friday, February 1, 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Assalammualaikum wbt...

Sudi tambah FOLLOWER?
Hari nie dapat jemputan dari tuan rumah mselim3 untuk Join sagmen tajaan beliau..
Simple jea.. cuma perlu lawati dan follow blog mselim3, klik butang FOLLOW, tinggalkan link anda di ulasan segmen, melawat dan follow blog-blog yang join segmen nie..Silakan semua kawan-kawan...


P/s : Anda dialu-alukan untukturut serta dalam segmen nie..terima kaseh...:)

Tuesday, January 29, 2013

24.1.2013

Hari nie aku telah pon bercuti..Get ready nak p Johor..my bff  Buzu n hubby dia mai amik kat rumah kol 1 lebih.. terus kami bergerak ke Sogo sementara nak tunggu 1 keta lagi ready.Jadi hubby Buzu pon sakan bershopping sebab baju untuk jaan-jalan semua dok ada kat kampung.. Syiok la dia dapat baju baru. Aku dan Buzu p shopping tudung kat Jalan TAR sebelum masuk Sogo. Macam lama tak jalan-jalan ngan mybff..Lepas setel shopping kami makan kat food court..Lepas tue terus bertolak ke arah selatan..

Sampai di Hentian R&R Seremban terserempak pulak dengan mantan si jantung pisang...Huish... memang kalau boleh scan jantung tue memang penuh dengan adrenalin yang melebihi kot.. Dah lamatak jumpa,bila terserempak macam tue,memang confirm la nak luruh jantung.Cakap pon jadi tak betul dalam dok cover-cover..Tanya sikit-sikit,lepas tue kami berpecah..Tiba-tiba hujan sangat LEBAT turn tak berhenti-henti... Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui..Aku pon cepat-cepat menuju ke musolla.Terus aku pon banjir sama dalam musolla..Aku mengambil wuduk dan segera solat. Ku panjat doa agar Engkau beri kuatan sepertimana aku dahulu. Agar ia lenyap bersama kenangan-kenangan terdahulu.Amin.. Selesai solat,aku menanti hujan berhenti. Bila hujan mula renyai, au berlari msuk ke dalam kereta.Sungguh mood aku terus melayang entah ke mana..

Dalam perjalanan,aku ditemani dengan novel Awak Suka Saya Tak?.. Lerai la sikit galau di hati nie. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa aku tak suka dengan keadaan ini.Tapi kuaggap ni atu ujian untuk menambah kekuatan diri aku.. Terima Kasih Ya Allah,atas bantuanMU aku lebih redha..

Seterusnya kami teruskan perjalanan dan bergerak dua kereta.Kami berhenti di beberapa r&R.. Boleh pula salah seorang dari kami trtinggal menda penting..iaitu PASSPORT.. ohoiiii... dasyat kot.. Jadi satu kereta berpatah balik dan menunggu kawannya datang membawa passport tersebut. Jadi kami terus ke Johor dan sampai di Johor kai terus masuk ke JPO.. 1st time aku masuk situ.Tapi kami ada 1 jam ja nak shopping..Lepas masuk satu outlet ke satu outlet,kami singgah di outlet ESPRIT..wah.. teruja degan 1 sweater ala-ala korean..Jadi aku pon beli lah.. bukan senang nak jumpa kan..lepas tagkap yang mana berkenan,terus ke outlet lain.tapi tak sempat nak pusing-pusing.Semua kdai dah siap sedia nak tutup..Kami terus ke Airport Senai untuk ambil Cik Ieda,siap bawa charger masuk airport sebab batery handfon masing-masing dah nak habis.. sementara tunggu Cik Ieda sampai,kami lepak kat tepi tangga yang ada kepala plug.. Orang lalu lalang siap pandag-pandang jea..20 minit kemudia,Cik Ieda sampai.Kami terus ke kereta dan terus ke Hotel J.A Residence..Check in dan terus nak ke bilik...

Menyambut Janji..



Hari nie saya suka lagu nie... Jom dengar sama-sama...:)

28.1.2013

Assalammualaikum wbt...

Selamat tengahari.. semoga sentiasa di rahmati Allah..
Hari nie aku kembali bertugas seperti biasa setelah beberapa hari aku bercuti..
Badan still sakit-sakit lagie..
Macam biasa 2 orang sepupu aku jadi tukang urut...
Terima kasih banyak-banyak..
Malas nak masuk keja masih terasa. huhu.. boring
Inilah padahnya bila dah bercuti panjang..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari nie..
Cuma esok kena meeting dengan doktor..:(
Hadoi.. sesi soal jawab yang tak best.
Tapi demi tidak melakukan perkara tersebut lain kali..
kena mengadap jugak..

Sunday, January 27, 2013

Balik dari bercuti...

Assalammualaikum wbt...
Finnaly semalam sampai KL dari JB ja 4 pagi... separuh jalan saya drive... Penuh dengan mat rempit sekitar highway kat Melaka.. Tension kot... Accident pon ada,siap kereta terbalik masuk longkang tepi jalan..Fuhhh.. slow gak aku bawak dalam gelap gulita tue..

Akhirnya sampai gak KL..Lega... Mengantok... dan Letih sangat..Tapi sangat BEST berHOLIDAY dengan my BFF...Thanks my dear BFF.. Pengalaman yang sangat menakjubkan,horror,dan keletihan bersama-sama... Len kali kita p lagie na...:)

 
 
 
 
Gambar dari camera Cik Ieda..TQ
 

Wednesday, January 23, 2013

23.1.2013

 
Kota Singa...
Hoyeahhhhh...
Mari bercuti bersama rakan-rakan tersayang....
 
 


Pesta Buku Malaysia 2013


 
Assalamualaikum wbt..
Pesta buku Malaysia bakal menjelma lagie...
Kepada semua silalah berkunjung  ke PWTC
Menambah baha bacaan dan dapat menemui penulis...
Semua peminat penulis MELUR JELITA
sila ke pwtc 1.2.2013 nie.. jam 11pagi hingga 3 petang..:)

Tuesday, January 22, 2013

22.1.2013

 
Apa MAKNA S.A.Y.A.N.G ?
 
 
Tolong mai habaq sat....!!!
 
 
*saya budak baru belajar*

Sampai Hujung Nyawa..

Assalammualaikum wbt.. terjumpa lagu nie..

Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta

Aku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku

*Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu

Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang

cintaku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa

Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...


*my k-pop..

Monday, January 21, 2013

Syukur padamu Ya Allah..

Saat ini aku bersyukur padamu Ya Allah..
Doa aku mohon padaMu Tuhan..

Bicaramu yang penuh bermakna
Menambah keyakinanku padamu Ya Allah..
Semoga segalanya berada dalam keredhaanmu..

Tak pernah aku harapkan apa yang aku tak mampu nak lakukan..
Cuma diberi peluang mengenali diri serta menyenangi hati orang-orang yang disayangi..
Doaku agar ianya satu permulaan yang baik..
Demi masa hadapan..
Andai ia milik ku..
Sudah pasti ia jua atas kehendakmu- Ya Allah..

Terima Kasih Ya Allah..
Pasti sujudku hanya padamu Yang Maha Agung..
Alhamdulillah...

gambar dari encik google..

21.1.2013

Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudhulah... 
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah... 
Tika bahu ini tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah... 
Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT... 
Agar tunduk di saat yang lain angkuh
Agar teguh di saat yang lain runtuh
Agar tegar di saat yang lain terlempar..

Assalammualaikum wbt...

Sebenarnya kata-kata ini sudah lama tersimpan dalam profile saya di sebuat website iaitu Virtualfriends.net.
Saya juga tak pasti kat mana saya cedok kata-kata ini.
Satu hari saya post kata-kata ini di ruangan FB saya..
Wah..tak sangka ramai yang respond.. Jadi saya nak share pada kawan-kawan blog saya pula..
Jom hayati..
Yang mana baik sila ambil teladan...
Terima kasih...

Sunday, January 20, 2013

20.1.2013

HIDUP ini susah kita nak DUGA:
Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu,
tapi sebenarnya JAUH.
Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu
HATI dia dapat kita SELAMI.
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak
tahu apa makna SENYUMANNYA