..i fOlLow U..

Tuesday, July 31, 2012

Keep In Touch


Sungguh terharu masih ada yang mengingati aku walaupon sudah hampir 11 tahun berakhir zaman sekolah menengah... TERIMA KASIH ADIK-ADIK A.S.A.M kerana masih mengingati akak..Akak sangat garang yea pada zaman menjadi penghuni ASAM sampai ada yang ingat sebab muka akak garang.. Jangan ambil hati..
Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan dan sentiasa diberkati Allah... Amin...

Salam Sayang..
*** Kak Iena ***


Monday, July 30, 2012

Jalan-jalan Carefour..

Assalammualaikum wbt... Lepas subuh aku terus tido balik..9.30 pagi aku dikejutkan untuk bersiap-siap ke Carefour.. Lepas mandi,sepasang jeans dan t-shirt berlengan panjang aku sarungkan..Mengenakan tudung berwarna coklat siap sedia menjadi pemandu kereta kepunyaan pak cik.. Aku membawa mak cik serta dua orang anaknya ke sana.. Tujuannya hanya mahu memilih kain untuk dijadikan pasangan pada baju yang telah ditempah..Kes nak buat baju raya la nie...

Siap parkir wira hijau itu lalu kami beriringan berjalan masuk ke pintu utama Carefour..orang mula membanjiri tempat itu.. Kami terus memasuki kedai Nagoya yang tak kurang juga pelanggannya.. satu demi satu kain kami mencari.. akhirnya terjumpa kain kosong yang mempunyai dua ton warna yang amat padan sekali.. lantas setelah memadankan dengan kain yang dibawa,ternyata sesuai.. bil dibuka dan urusniaga selesai..

Kami berjalan keluar dari kedai itu,deretan kedai-kedai yang ada di situ kami lewati.. banyak baru kurung moden yang sudah tergantung indah menanti pembeli.. ada sepasang dua yang aku berkenan..namun aku biarkan aja..tidak mahu memilikinya..cukuplah dengan 2 pasang baju yang telah ada.. singgah di kedai buku.. aku memilih membeli majalah Pengantin..dah lama akuu tinggal hobi yang satu itu...maka,aku membelinya sebagai bahan rujukan fesyen terbaru untuk aku melaksanakan tugas baru iaitu membuat hantaran buat sepupuku..

Lepas kerja aku terus pulangg dan membersihkan diri..Lalu halaman-demi halaman aku teliti..dalam otak berligat-ligat memadankan barang-barang yang ada dengan gambar yang ada..Lantas buku dan pen telah pun berada di tangan..catatan demi catatan aku mulakan..mudah - mudahan hasilnya bagus..

Puas meneliti.. aku pon menutupnya dan memikirkan apa yang perlu di beli untuk memulakannya nanti...Mata mulai layu..dan doa dibaca tandanya mahu beradu..Selamat malam semua..:)

Sunday, July 29, 2012

Sesudah Subuh...

Assalammualaikum wbt...Tertarik pabila membuka almari yang berada dikamar menggamit aku menyelak halaman demi halaman selepas menunaikan solat subuh di kg halaman Sg.Ara.. Naskah yang telah ku beli hampir setahun masih tersusun dalam almari kayu tersebut...Aku pasti sudah ku mendalmi isinya namun jalan ceritanya bagai sudah tiada dalam ingatan.. hati terpaut pada bait-bait kata yang diselitkan bersama kisah ini...kisah Panggil Aku Najiha

Frasa "Jika adat sudah tida bermakna,cabut saja Melayu dari dirimu"
Amat mendalam maksudnya...walau di mana kita berada..adat adab sopan seorang Melayu pasti terus dipelihara..Jika dilupakan,sedikit binasa jua kelihatan,berbaliklah ke asalnya..suatu waktu,hidup hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia menjadi manusia.."Membijaksanakan akal dan diri" Untuk menjadi cerdik pula tidak semudah bersiul atau memetik jari.Banyak dugaan dan ujian yang perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian..

Harapan itu semangat..Tunjang cita-cita kerana tanpa harapan,cita-cita sukar dijadikan realiti.

Hijrah rasa,kasih malah yang lebih besar ialah hijrah iman..Dua kali kesempatan diberi oleh TUHAN,pasti gunakan ia sebaiknya.."kalau JUJUR,apa salahnya"..perasaan kasih tu bukan kita buat..Jika percaya TUHAN,mestilah percayakan takdirnya.
Lelaki itu hanya boleh menangis dua perkara iaitu,ALLAH dan ibunya..menerima kekalahan dengan hormat dan tawaduk.

Saya sayang awak bukan cuma di sini atau sekarang.Di mana pun saya,di mana pun awak,saya tetap akan mengingati awak.Selagi TUHAN memberi saya keupayaan hati,saya akan beristiqamah dengan rasa itu..

Setiap bait katanya ada kebenaran..aku bukanlah yang arif dalam bermadah pujangga namun aku suka melewatinya....


Semoga Allah memberkati orang-orang yang aku sayang sama ada dalam pengetahuannya atau sebaliknya...Amin...

Saturday, July 28, 2012

Berbuka Puasa di Kenney Rogers Queensbay.

 Assalammualaikum wbt... Selamat malam.. dan selamat bersahut jua. Alhamdulullah dapat jua berbuka bersama geng-geng VF PENANG walaupun secara tak rasminya majlis ni di buat...Terima kasih buat Cik Anne,Encik Penyue,Encik Ery,Encik HCJ dan memnya Kak Anis kerana sudi memeriahkan suasana..





Booking dibuat lepas solat jumaat.. call jer no nie.. +604422325 dan boleh terus buat tempahan meja dan makanan...sangat senang.. tak payah tunggu lama-lama... kami memilih menu yang sama.. tetapi dishes yang berbeza...Syukur.. dengan pertemuan ini..masing-masing bertukar cerita..tapi macam biasa.. soalan cepuemas tetap ada..cam biasa.. jawapan sama.. Insyallah jika ada jodohnya..:) mudah-mudahan...apa lagi sembang pasal kawan-kawan VF yang pernah hang out sama-sama dulu...masing-masing dah berkeluarga dan bz jugak bt masa nie...bila lama tak jumpa,memang seronok sangat kalau dah jumpa balik...


Selamat bersahur semua...

Sunday, July 22, 2012

AA Promo last hari nie..

Assalammualaikum wbt dan Selamat pagi...

Selamat berpuasa ya bagi semua umat Islam... Lepas bersahur terus ambil laptop online sebab nak check tiket balik Penang untuk tahun hadapan yang kebetulan ada majlis perkahwinan di rumah saudara...  Rindu pula rasanya nak balik dengan flight,maklumlah tahun-tahun terdahulu banyak kali jugak dapat balik menaiki flight..Bukan apa..suka beli time promo.. kadang-kadang tue memang kena dengan timing program yang telah dirancangkan... Tetapi jika tidak menepati masa-masanya,sure aku tak beli punya.. balik jer naik bus senang kalau agak susah untuk meneruskan tempahan online nie..


Jadi,hari nie hari terakhir bagi promo nie... Memang semangat sangat nak booking... lepas booking untuk diri sendiri,next booking,harga tiket dah bertukar dari RM24 menjadi RM69... sangat kecewa untuk membooking bagi ahli keluarga yang lain... alahai... xbeshnya.. mungkin nak tunggu promo yang lain... ataupun wait and see jika ada perubahan pada kemudian hari... 3 lagi ahli keluarga yang lain janganlah kecewa yer...harap-harap dapat lagi harga yang sama pada promosi selepas ini...

Saturday, July 21, 2012

Soal Wanita @TVAH

Assalammualaikum wbt.. selamat malam...

Baru balik terawih ker semuanya? bestkan dapat lakukan solat terawih..Tapi aku baru ja pulang dari bertugas..Hari nie berbuka bersama-sama 2 lagi rakan setugas di hospital..Sempat membeli juadah berbuka di sekitar Kg Baru yang senantiasa sesak sepanjang Ramadhan...Alhamdulillah.. Hari bekerja dengan hari yang sangat riang walaupon banyak dugaannya.. Sampai ja rumah terus pergi bersihkan diri dan solat isyak..then duduk depan tv sambil menonton TV Al-Hijrah yang membincangkan tentang PUASA YANG YUK..Hostnya yang sangat berilmu ditambah dengan tetamu jemputan yang memberi hujah dengan penerangan yang jelas dan teruja sangat menyentuh kalbu..terasa menitis air mata sayu.. rasanya aku sorang ja yang berkata demikian,tapi host jua menyebut perkara yang sama... Terima Kasih Ustazah yang dijemput..

Banyak sebenarnya perkara yang simple yang kita rasa tak perlu dititikberatkan sebenarnya memberi impak yang besar dalam menjalani hidup seharian contohnya berkumpul dan kan bersama-sama ada waktu makan,solat berjemaah dan sebagainya. Kadangkala kita alpa dalam melalui setiap perkara yang kita laksanakan dan kurang bertangungjawab pada keperluan membuat perkara tersebut.. Berkaitan bulan Ramadhan ini,sama-sama kita menambah pahala dalam melakukan setiap perkara dengan baik pada setiap masa..Sedang mengingatkan diri sendiri yang mudah alpa dan leka pada sesuatu perkara..

Semoga Allah memperkenankan segala amalan yang kita laksanakan setiap masa terutamanya pada bulan Ramdhan yang penuh rahmat...Laksanakan dengan keTAQWAan yang tinggi dalam mencapai ksempurnaan setiap ibadah kita Insyallah... Lorongkan hatiku,imanku, jiwaku bersama-sama rahmat hidaa-Mu Ya Allah.. Aku Mohon..

Selamat berpuasa semua...

Salam Ramadhan...

Assalammualakum wbt Selamat Pagi..


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan... Syukur kepada Allah kerana mengurniakan umur yang panjang sehingga kembali bertemu Ramadhan tahun ini.. Masa sangat berlalu dengan pantasnya..Baru selesai bersahur dan akan bersiap sedia untuk bertugas pula.. Seharian bekerja dan sahur pertama di tempat bertugas...Juadah telah di pesan untuk berbuka nanti...:)


Buat semua umat Islam,selamat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini,semoga berlipat ganda amalan kita.. Insyallah.... Jom solat..:)

Sunday, July 8, 2012

Abby & Yan Wedding...


Assalammualaikum wbt dan Salam berhujung minggu..Tentunya sedang berehat-rehat di rumah kan sambil menikmati sarapan pagi..Hari nie ditugaskan bekerja sebelah pagi... Alhamdulillah semalam dapat menghadiri satu lagi walimah atas jemputan rakan sekolej dahulu.. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Abby dan Yan.. Semoga bahtera rumah tangga yang dilayari berbahagia serta dirahmati.. Amin.. Pertemuan 5 sahabat dari kolej yang sama.. masing-masing punya haluan sendiri.. Syukur..Happy sangat jumpa dorang semalam..Semoga semuanya berbahagia..:)