Posts

Showing posts with the label makanan

Alhamdulillah..I'm in Penang

Image
Assalammualaikum wbt... alhamdulillah saya dah selamat sampai Penang.. Naik bas express Season jam 11.30 pagi..Siap masuk Hentian Duta kemudian baru bertolak..Bas nie berhenti di Hentian Simpang Pulai. Sempat la ke bilik air dan beli roti sebagai alas perut.. Sebelum naik bas,aku singgah ke tempat yang satu nie.. Kedai Buku 1 Malaysia di Pudu Central.Setelah 10 minit,saya memilih beberapa buku yang dah lama menjadi idaman... Yeay... Lega dah dapat bahan bacaan..       1st tertarik dengan buku nie.. saya mula baca buku nie sebaik saja naik bas.. Tak sangka jumpa kata-kata yang saya post beberapa hari lalu..SUKA! ONE DAY YOU'LL BE MINE..     Sampai jea Penang,kena jadi driver sebab adeq saya kurang sehat. Jadi saya yang menurut perintah menjadi driver hari nie.. Sempat singgah di Astaka Sg Nibong sebab kakak nak beli jeruk di kedai Jeruk Pak Ali. Jadi memandangankan tengah kelaparan. Singgah beli pasembur kat Mee Pitchay.. Kat sini memang sa...

Menyambut Aidilfitri 4.9.11..

Assalammualaikum wbt dan Salam kemerdekaaan.. Tamat waktu kerja malam,aku bergegas pulang untuk mendapatkan tiket ke kampung.. Memang banyak lagi tiket memandangkan ramai yang pulang beraya menaiki kenderaan masing-masing. Bus pulak buat spoil.. tiket jam 7.45 pagi, bus pulak yang datang jam 8.30pagi.. Sampai penang dalam kol 2 petang.. Sesampai ja,adik datang ambil.. perjalanan dari KL-Penang sangatlah lama rasanya.. driver memang tak bawa macam biasa.. slow motion ja.. Sampai ja rumah,dah penuh tetamu yang datang.. aku terus bersalam-salaman dengan semua..Perut dah mula keroncong sebab makan roti jer dalam bas.. Apa lagi,aku makan Mee Kari yang panas-panas baru masak tue. SEDAPNYA... Lepas tu rehat-rehat jap,baru aku pegi bersihkan diri,pakai baju raya.. dari petang sampai ke malam,keja aku melayan tetamu,basuh pinggan mangkuk,hidang makanan,sembang-sembang ngan sedara mara,topup kueh raya n buat air... wah.. besh besh sampai sakit tumit kaki hehehe Syioknya walaupun lambat balik ber...

..Iftar bersama BFF..

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi... Hujan turun begitu lebatnya selepas aku pulang dari melawat sepupuku di Taman Samudera.. Muda-muda dah dapat penyakit.. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Yang Maha Esa.. Semua ada bahagian masing-masing..buatlah persediaan sebelum terlambat... Semalam,saya mengambil kesempatan beriftar bersama beberapa orang sahabat.. Kami ke tempat kegemaraniaitu di Jeram Kuala Selangor..Alhamdulillah sangat bersyukur di beri kesempatan bertemu sahabat-sahabat semua.. selain itu dapat jua aku berkongsi cerita bersama mereka.. Bagai bertahun lamanya tak jumpa.. Masing-masing punya kualiti masa tersendiri.. Makanan semuanya telah di order oleh En Firdaus a.k.a Capang n kawannya.. walaupun berada jauh di belakang,namun kami masih punya tempat yang selesa..Saya datang bersama Cik Buzu n Encik DF dan encik Hamzah.. Walaupun sesat, sampai jua En Hamzah ke destinasinya..:D Sungguh manis saat itu... :) Miss U All...

..Wajib makan kalau ada kat Penang...

Image
Assalammualaikum wbt dan selamat malam.. hurm.. ada yang tengah tdo kan... ada yang tak reti nak tdo macam iena nie... Balik Penang jer sure program diet dimansuhkan... apa tidak nya,masa nie la kena menikmati makanan yang BEST-BEST belaka.. antaranya... Pasemboq Padang Kota Ikan Bakaq @ 3 rasa Cool Cha di Restoran Kapitan Nasi Kandaq Penang Lauk telur sotong n ayam goreng Yummy... macam mana la nak diet kalau ada kat sini.. semua nak makan... Semalam kami sekeluarga keluar makan kat Bangkok Tomyam... Memang sedap makanan kat sana,kami order ikan siakap 3 rasa,tomyam,sup sayur,ayam goreng gajus,telur dadar,kailan ikan masin.. fuh.. kenyang.. nasi sikit jer,tapi asyik meratah lauk jea la.. Hari nie,tengah hari adik bawa balik Nasi Tomato dari ofis kakak.. bedal lagi tuk makan tengahari.. cuma aku,abah n tok ja ada kat umah..bertambah-tambah tok makan sebab ada buah durian.. pernah makan tak dengan nasi? orang tua-tua memang suka tau.. buah durian makan dengan nasi..dengan pulut tu dah ...

..Kegunaan Makanan Berfungsi Semasa Berpuasa..

Semasa berpuasa, sumber tenaga dalam badan menurun dengan ketara. Walaupun begitu, potensi tenaga masih terdapat dalam lemak badan. Tenaga ini boleh dilepaskan dari badan dengan memastikan bekalan vitamin dan zat mineral mencukupi. Elok kiranya sebelum imsak satu sacet SSSolution diambil untuk membekalkan sekumpulan vitamin B dan mineral ini. Alternatif lain ialah mengambil 10-15 kapsul spirulina sebelum imsak. Ini kerana spirulina organik adalah kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi. Bulan Ramadan adalah bulan detoksifikasi, dimana pembuangan toksin melebihi pengambilan makanan. Aktiviti detoks ini perlu disokong dengan meneruskan pengambilan B'Young, ISO5 dan air di waktu malam. Minda perlu suasana tenang untuk melawan nafsu. Ambil memo-complex beserta Royalmix (lesitin), selepas bersahur atau sejurus sebelum masuk waktu Imsak. Tingkatkan aliran darah ke otak, mata dan keseluruhan badan. Pilih samada ingin mengamalkan i-complex, memo complex atau/dan iso7. ...

..AyaM PenYet Wong SolO...

Malam nie terasa lapar pulak.. sebabnya last makan tengahari tadi... So aku ajak roomate g round-round cari makan kat area Kg Baru nie.. Round punya round,teringin nak makan ayam penyet pulak.. huiiishhhh.... Meleleh air liur bila sebut je ayam penyet... So... lepas pusing-pusing sambil menaiki moto.. aku benti kat kedai Wong Solo.. Kami order 1 set Nasi Ayam Baka, Buah potong serta air sirap dan limau suam... Wah.. mengancam sungguh.. Sampai jer makanan,aku meminta pinggan lebih,sebab kami berdua on diet.. so makan sorang sikit la.. tapi memang berbaloi.. kenyang wooo.. macamm makan kat Bandung pulak rasanya... tapi feel dia lain sebab makan dalam pinggan.. hehehehe ini boleh mengundang keinginan untuk ke Bandung lagi nie... Adeh.. :D Lepas setel makan,round-round 1 Kg Baru pulak... Best best best..:)

..Jumaat pun datang..

2.30 pagi, masih membuatkan aku masih berjaga.. Apa tidaknya,seharian aku berada di rumah,berehat,berfikir,melaksanakan tugas sampingan.. Lepas magrib,aku bersiap-siap nak g hantar jeruk..sebelum tu sempat lagi pegi tengok kk deco kat depan Maju Junction..rupanya tutup awal.. Terus je patah balik anta Zura.. Terus je g jumpa membe kat Char Keteow Batu Caves,depan shell sebelah Giant batu caves.. Boleh tahan jugak makanan kat situ..ada Bihun sup utara,nasi lemak dan keteow kerang pucuk paku.. Yummy.. Aku,Mimie,Sarsa dan Pobe pun makan.. Hero-hero ni makan 2 pinggan keteow.. Kami yg heroin,sepinggan ja.. Lepak-lepak sembang sampai la jam 11.30 malam.. Kami pun bersurai..otw balik umah,kena tahan pula dengan pakcik pulis,tanya itu ini.. Nasib baik semuanya ok.. Sampai ja umah terus ja solat dan baca yassin.. Kemudian lepak depan tv layan astro oasis sampai la sekarang...

..banyak capter dah aku terlepas..

Image
Firstly.. alhamdulillah aku dah selamat sampai di kampung halaman aku Pulau Penang yang agak panas hari nie... Puas tdo atas bas sepanjang perjalanan.. Penat baru abes keje malam.. lain macam jer balik kali nie.. dah macam lama tak balik jer.. mungkin aku keje kuat minggu lepas sampai tak ingat hari,xsempat nak update,macam-macam nak kene buat... Yang pastinya aku dah selamat jejak rumahku syurgaku... best best best...:) Nak lepak kat sini la.... (salah ejaan tue : Pak Hussin Tomyam) (pinjam gambar dari en.google)

Tik..tik..tik hujan turun..

Hari nie seperti biasa aku ke tempat kerja.. Memang tak berapa sibuk kerana ramai yang bekerja shif yang sama.. Aku ditugaskan menyiapkan data dan memasukan ke dalam MYCPD ONLINE..Semua nie untuk melihat dan mengukur prestasi diri di tempat kerja.. Hujan lebat tiba-tiba menjelang tamat waktu bekerja.. Aku sudah merancang mahu keluar mencari barang. Terpaksa aku tangguhkan jua.. Lepas magrib hujan mula berhenti.. Selepas solat magrib aku mengajak zura menemaniku ke kedai untuk mencari barang.. Cari punya cari.. Akhirnya jumpa jua bunga yang sama warna.. Aku terus membeli dan pulang ke rumah.. Sebelum tu,singgah makan dulu kat Shukumvit Restoran, Kampung baru.. Dekat ja ngan umah.. Sesampai ja di rumah,aku memulakan operasi yang telah ditangguhkan akibat tak cukup bunga.. So,apa lagi,terus deco je.. Dan siap sepenuhnya.. Tuan badan pun cakap kiut-miut.. Tinggal nak touch-up je nanti.. Selesai satu bab.. :-D

...Cool Cha...

Image
haaaaaa.... nampak sedap kan.. Makanan nie namanya Cool Cha Chicken ...salah satu makanan kaum india selain tosei,capati... Bagi sesiapa yang pernah nampak atau pernah makan... mesti rasa nak makan lagi kan.. cool cha nie ala-ala pizza jugak la.. di buat dengan roti nan dan di letakan isi ayam kat tengah tue.. pastue letak cheese kat atas.. Ia di makan dengan beberapa jenis kuah seperti kuah dalca,sos,pudina,dan coslow.. tak lupa juga dimakan dengan hirisan bawang besar,timun serta limau nipis..tak caya sila ke Kapitan Bandar Perda,Kapitan Georgetown atau Kapitan Quensbay.semuanya di Penang sahaja..:) Selamat mencari dan mencuba...