..i fOlLow U..

Thursday, December 23, 2010

..Was-Was..



eHemm... Salam dan selamat pagi.. Sehat tak pepagi nie? harap-harap semuanya ceria yea. Semalam balik keje jer aku dengar satu luahan dari sahabat aku. Kepalanya tengah serabut pasal tunang dia. Entahlah aku pon tak faham jugak kadang-kadang orang perempuan nie memang suka fikir panjang dan kadang-kadang terlampau memikirkan pula sesuatu masalah. Aku sebagai sahabat,aku perlu dengar semua tue. Aku perlu nasihatkan dia walaupun aku bukan pakar motivasi atau pakar kaunseling.

Jarak antara mereka dekat jer sebenarnya. Tapi susah nak meluangkan masa untuk bertemu bersama,lain pula aku lihat pasangan yang sudah hampir menuju hari bahagia. Aku juga risau akan keadaannya. Dia sudah menjadi tunangan orang. Jika seseorang itu tidak cinta akan kekasehnya,masakan ingin membina satu ikatan yang suci? Puas jugak aku sekolahkan dia semalam. Persiapan menuju hari bahagia belum bermula,mungkin itu yang menambah kerunsingan sahabat aku.

Was-was dalam satu hubungan memang perlu,tetapi tidak perlulah terlalu mencurigai pasangan kita. BAk kata orang,dugaan dalam jangkamasa pertunangan tue memang kena tabah selalu..berdoalah agak ditenangkan hati. Jika boleh di selamatkan, teruskanlah.. Usah diragui pasangan kita jika dia tidak melakukan atau mempunyai hubungan lain. Sebaiknya bersemuka dan berbincanglah dengan pasangan secara baik.

Oleh itu, aku harap doanya dimakbulkan dan mendapat ketenangan. Pada pasangan yang sudah mempunyai ikatan atau sudah punya kekasih, ikhlaskan hati menerima baik buruk pasangan kita,beringatlah dan berfikir panjang sebelum melakukan atau membuat satu keputusan. Yakinlah pada diri. Minta pendapat dan berfikir secara waras. Minta dijauhkan segala perkara buruk. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan dibalas ganjaran di akhirat sana.


Sabar itu penawar hati...