..i fOlLow U..

Wednesday, June 30, 2010

...MenCeriAkan diRi seHarian MelaKa..


Tanggal 27 haribulan 6 tahun 2010... hari yang cukup indah sekali gus memanaskan suasana keindahan bumi Melaka... AKU,DD,MUNI serta KAK PIJA ( osmet muni ) memulakan perjalanan kami ke Melaka Bandar Bersejarah... tepat jam 9.30 pagi,kami bertolak dari bandar Putrajaya.. sebabnya.. aku dan DD bermalam di rumah Muni yang terletak di Putrajaya.kami sampai ke Melaka dalam 11.15 pagi... keadaan jalan raya waktu tue agak lancar...kami terus ke kawasan MMU untuk mengambil pemandu pelancong kami iaitu Cik Adilla... dia nie junior kami masa skolah menengah dulu :)

kami memulakan tuor ke Bandar Hilir.. setelah memakir kereta Myvi merah kepunyaan cik Muni,kami terus menyerbu Menara Taming Sari... sebelum nie memang aku nak sangat naik benda nie.. tapi memandangkan tak berkesempatan... nie la first time naik... ehehe best best best... selepas membeli tiket,kami di minta untuk ke sesi fotografi sebelum beratur tuk naik ke menara nie..memang panjang barisnya sampai kami terpaksa menunggu untuk naik trip seterusnya.. biasa la kan.. kami pergi waktu cuti.. memang ramai orang la kan... kini sampainya giliran kami pula... setiap orang perlu duduk di kerusi masing-masing..masa yang diambil untuk naik ke puncak menara ialah selama 7minit sahaja.. kejap jer kan.. tak puas langsung... [^_^].. lupa pulak.. harga tiket sebenar ialah RM10 bagi warganegara yang mempunyai kad pengenalan.. bagi orang asing,harga sebenar ialah RM20.. kanak-kanak pula RM10.. semasa menara berpusing,kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah di bumi Melaka ini.. mulalah tangan tak duduk diam.. asyik bergambar jer dalam menara nie..."clik..clik...clik..."


Menara Taming Sari

muni-adillah-DD-iena






hehehe pada kengkawan yang tak dapat pegi..jangan sedey yea..:) selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kota A'Famosa... binaan nya dari batu-bata yang sangat kukuh pada dahulu kala.. setelah bergambar di depan kota ini,kami meneruskan perjalanan dengan mendaki bukit St Paul dimana terletaknya sebuah gereja yang dinamakan Gereja St. Paul..Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya “Our Lady of the Hill” tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula sebagai “Gereja St. Paul’s”. Ia juga digunakan sebagai tempat persemadian bangsawan Belanda.St. Francis Xavier yang meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai tangan kanan.Pada 1952, Biskop Macau membuat keputusan untuk meletakkan patung St. Xavier di depan Gereja St. Paul. Sebuah patung marmar ditempah di Itali dan diukir oleh pengukir Itali terkenal, G Toni, dan ia telah siap untuk perayaan seratus tahun keempat pada Mac 22, 1953.[maklumat di ambil dari portal rasmi negeri melaka] rupanya memang patung paderi tue tak ada tangan sebelah... :)


selepas penat mendaki.. kami menuruni bukit ke kawasan yang dinamakan bangunan merah.. di sini terdapat pelbagai jenis muzium serta gereja-gereja lama yang maseh di gunakan lagi... di sekitar kawasan bangunan merah ini bolehlah anda menaiki beca jika penat berjalan... harganya agak berpatutan... sekitar kawasan ini juga banyak barang-barang kraftangan serta kuih-muih tradisional dijual..anda bolehlah memilih serta menawar untuk mendapat harga yang lebih murah... waktu kini sudah hampir jam 1 petang...perut mula meronta-ronta minta di isi... kami mula mencari kedai makan yang mempunyai masakan kampung di sekitar kawasan. yang aku tahu,ada sebuah kedai makan Asam Pedas selera kampung yang terletak berhadapan menara taming sari.. kami terus ke kedai tersebut..tapi malangnya kerusi sudah penuh.. tak dapat nak tunggu lama kerana waktu itu cuaca panas terik... kami beralih mencari kedai lain.. akhirnya kami makan di Mahkota Parade Food Court...setelah selesai makan,kami terus ke dataran untuk membeli belah...setelah membeli beberapa barang,kami ke Medan Samudera tuk mencari kuih-muih seperti inang-inang,dodol,kerepek-kerepek dan sebagainya. setelah penat berjalan,kami singgah di Masjid Selat untuk menunaikan solat... Masjid Selat merupakan sebuah masjid terapung yang terletak di atas air laut... senibinanya sangat menarik hati... syukur aku berpeluang ke sana..:) kami meneruskan perjalanan pusing-pusing bandar melaka,singgah di kampung Morten yang kaya dengan rupa bentuk keindahan rumah-rumah kampung yang unik di Melaka..melepak di perhentian bas lama yang kini telah cantik dibina semula sebagai salah satu tarikan pelancongan di Melaka..Asam Pedas Claypot merupakan destinasi terakhir di sini.. kami menjamu selera di sini setelah gagal ke beberapa kedai asam pedas yang femes tidak beroperasi..:( perut pon sudah kenyang.. hehe tibalah masanya untuk kami pulang.jam menunjukkan jam 9 malam...kami menghantak cik Adilla pulang ke rumahnya... dan terus pulang ke Kuala Lumpur..:) sekian...cerita dari Bumi Melaka... Insyallah kami akan kembali tuk ke tempat yang lain pula.. segalanya manis belaka...walaupon penatnya sangat terasa..terima kaseh kawan-kawan.. nanti kita akan berjumpa lagi di lain waktu :d

10 comments:

BuzuEdiany said...

...Wahh syiokknya p jalan2 melaka...dh lama tingin nk p sana...nak p jugak lah...huhuhu..

Leez said...

bestnya jalan2...
hari tu plan nak pi melaka gak tapi tak cukup korum..huaaaaa

Iryana said...

sy0k nya p sana ek.... memanaskan aku n intan di sini ye.. tak pe2...redha je....

!eNa PnG said...

Kak leez..

Melaka tu kecik jew.tp penat jgk kalo nak p semua tempat dalam 1 hari.. Best tau..

!eNa PnG said...

Yana..

Kalo buleh,Memang nak ajak semua..br best..

Muliati said...

oooooooowwwwwww....tak ajak aku...

!eNa PnG said...

Muliati...

I'm sorry..dd pnya plan la nie..

Marzalina said...

muliati...jgn merajuk...mcm la hang nak pi hahahahahaha

!eNa PnG said...

mu... sian mu.. tak p jugak melaka kan...

!eNa PnG said...

intan : muliati memang la... tapi tak pa.. nanti p lain...