..Huruf M.....

Huhuhu makin hari makin sifat buruk yang satu itu makin menebal. Komfemlah semua dah tahu sifat tu ialah M.A.L.A.S .

Sempena tahun baru Islam nie.. Akan aku cuba mengikis sedikit demi sedikit sifat tue.. Cuba meningkatkan potensi diri dalam kerjaya,diri, keluarga serta apa sahaja yang berkaitan denganku.

Pemikiranku untuk jangka panjang amatlah perlu. Aku merangka apa yang perlu aku capai sebelum umurku meningkat 30an..

Semoga impian aku termakbul dan dipermudahkan.. Sesungguhnya yang baek itu datang dengan izin-Nya.. Perancangan haruslah rapi dan diperkukuhkan dengan DOA dan USAHA. Seterusnya diikuti dengan TAWAKAL setelah berusaha..

Setiap dugaan yang datang menghampiri pasti menguji kita,menguji tahap keimanan kita pada Yang Maha Esa.. Biarpun kita hanya manusia yang lemah,kita harus jua meneruskan hidup,tempuh segala dugaan serta suatu waktu nanti,kita akan sedar mengapa kita di uji..!

Setiap ujian membentuk halatuju hidup kita.. Suka atau pun tidak,kita pasti redahi jua..

Yakinkanlah hati..
Berserah..
Tenang..
Pasti kejayaan menyebelahi kita..

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..