..i fOlLow U..

Friday, December 17, 2010

..10 Muharram..

Hari nie merupakan hari yang bahagia bagi kami sekeluarga... kebanyakan umat Islam berpuasa Hari nie. Kami gembira menerima kepulangan Ayahbonda dari Tanah Suci Mekah.. Seawal 6 pagi kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menyambut ayahbonda.. Parking di sini amat terhad memandangkan kerja baik pulih sedang dijalankan. Flight dari Jeddah tiba di sini pada jam 6.30 pagi.. Hanya pekerja Tabung Haji kelihatan mengankat kotak-kotak air zam-zam untuk diberi kepada jemaah haji sebelum pulang. Alhamdulillah.. jam 7.30 pagi kelihatan ayahbonda telah keluar dari balai perlepasan bersama barang-barang mereka... Syukur sangat kehadrat ilahi kerana mereka telah selamat sampai.



Kami bertemu ayahbonda di luar airport.. Peluk cium kami erat tanda melepaskan rindu setelah berpisah selama 45 hari.






bergambar bersama ayahbonda sebelum pulang ke rumah..







Mak menghubungi ahli keluarga yang lain..



beg barang yang dibawa pulang dari sana..

Selesai urusah di airport, ayahbonda singgah solat sunat di Masjid Sg Ara dahulu sebelum pulang ke rumah.

Selepas solat isyak,kenduri doa selamat diadakan untuk menyambut kepulangan ayahbonda..


Alahamdulillah... aku bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mereka telah selamat pulang ke tanah air dengan selamat,diberi kesihatan yang baik.. Semoga Allah menerima Haji yang telah mereka lakukan sebagai Haji yang MABRUR...

2 comments:

azzey said...

Alhamdulillah mak & ayah awak slmt kembali ke tanahair semula

!eNa PnG said...

azzey..


Mekaseh..:D