..OutiNg wIth Lil Brother..


@klcc

Jumaat merupakan penghulu segala hari.. Jam 7.00 pagi aku tamat waktu kerja. Aku bercuti hari nie selepas 2 hari kerja shif malam. Petang Sebelum tue aku mengajak adik Paan (Farhan) keluar dating.. ehhh... silap..keluar outing.. Dia bersetuju dan berjanji untuk berjumpa jam 2 petang.. Selepas pulang dari kerja,aku terus mandi, makan biskut cicah air milo sebelum meneruskan hajat yang satu nie..TIDO.. ! Tak lupa jugak ubat selsema bersama penadol aku telan.. jam aku kunci dengan harapan tidak terlajak tido..hehe..

"tit tit tit tit tit tit"

jam henfon aku berbunyi.. aku masih bermalas-malasan di atas tilam empuk bercadar pink biru berbelang putih... Golek kiri kanan, aku pun bangun mandi dan terus siap-siap untuk keluar.. Solat dulu dan Sementara tue aku panaskan air di dapur. teringat biskut Digestiv sekerat bungkus yang maseh ada.. selesai make-up, aku bancuh air nescafe suam dan mencelup biskut digestiv dan makan sambil lepak atas kerusi biru depan tv.

Jam dah menunjukkan pukul 1.55 petang..

" beep beep..."

mesej masuk. Dari adik paan.

"adik dah otw nie.. akak tunggu kat situ tao.."

aku pun membalas...

"owkeh dik... akak tunggu kat tempat hari tue.."

2.20 petang aku dah terpacak kat tepi pintu masuk dari tren putra di KLCC.

tiada lg mesej dari adik paan..

tunggu...punya tunggu.... adik paan pun sampai... kami terus g naik ke pawagam sebab aku nak tengok Cerita baru arahan Mamat Khalid.

"HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH"

Pergh... kami terlambat tuk tengok tayangan kol 2.40 petang. So kami beli tiket jam 5 petang. Sementara tue kami g makan kat food court then jalan-jalan kat taman KLCC..

lil bro..

me n adek paan

Jam 5 petang kami dah kat dalam panggung berbekalkan popcorn dan 2 air yang berlainan.Mula-mula biasa lakan..iklan jer banyak..

Panggung memang penuh time nie.. Wayang pon mula..intro saja dah nak tergelak... Hahahaha... Cerita nie ialah kesinambungan dari cerita Zombi Kampung Pisang.. So pelakon-pelakon yang sama memang bnyak la.. Citer nie memang lawak la... pastu ada campur seram sikit.. jalan cerita boleh tahan la kan... Nak tau lagi.. kena p tengok la sendiri..:)

Lepas nonton... kami pun lepak jap kat taman lagik.. then lepas magrib, kami pon pulang ke destinasi masing-masing...

To Adek Paan..

adiah besday akak saja nak delaykan dulu..;)

Comments

Cik Adza said…
best x? nnt blk, nk g tgk laa.. da lama xtgk mubie.. hehhe~
!eNa PnG said…
adza...


biasa la.. lawak citer nie... tapi tak brapa best sgt pon... lebih kurang crita zombi kg pisang..
ada mokhtar said…
berkobar nak pergi tgk ni... =)
!eNa PnG said…
ada...



hehehe selamat menonton...:D

Popular posts from this blog

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..

Selamat Kembali..