..Dah sampai Penang..

7 Petang aku keluar dari rumah ke Hentian Duta setelah berkemas bilik yang bagaikan tongkang pecah tue..hehe Ops! (Malunya).. Mulanya tak terasa nak balik sangat sebab teringatkan ajakan kengkawan Vf Undergrown untuk berkelah di Air Terjun Chamang,Bentong,Pahang..

Akhirnya,aku tak jadi pegi dan buat keputusan tuk pulang ke kampungku.. Jam 7.20petang aku sampai di Hentian Duta.. Punya la ramai orang,dan aku lupa bahawa bebudak U dah mula bercuti.. Nasib aku la kan kalau xda tiket.. Sebab main pegi kaunter on the dot ja... Nasib aku memang baik,tiket jam 9malam ada lagi 1. Aku pun belilah.. Dengan bag backpack aku galas meliar mata orang memandang.. Nak ke mana agaknya
aku nie kan. Pindah ka? Hahaha

Lepas beli tiket,aku pun terus ke Surau sementara menanti jaw 9 malam.. Lepas solat magrib,aku terlelap jap dalam surau..suraunya kecik jea pun.. Tapi tak pa la dari dok melepak kat luar,baik aku solat Isyak terus.. Lepas solat,aku terus ke kaunter,bimbang jugak,bus yang nak naik tak nampak kelibat pun.. Rupanya sekarang waktu bus tiket jam 7.45petang. Bus jam 9 lambat lagi la jawabnya.. Aku pun pegi makan,pegi toilet dulu sambil menanti bus..

Jam 9.30malam,pengumuman dibuat. Bus dah sampai,terus ja aku ke platform 7,rupanya bus nie campur B'worth dan Penang.. Naik je la.. Janji sampai Penang.. Nasib tak lewat sangat..

Alhamdulillah..Jam 2.30pagi aku dah selamat sampai. Abah dan mak datang jemput aku di hentian Sg.Nibong.. Pastu g cari tosei sebab tengah kelaparan...Huhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Kembali..

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..