..HAFIZ AF punya gimik...

huhuhu... Secara jujurnya aku memang sukakan lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz AF..
Setiap bait-bait lirik amat membawa makna tersendiri buat diri aku...
Membuatkan aku terfikir tentang diri aku, keluarga aku serta orang di sekeliling aku...
Kadang kala aku jua yang membina ruang antara persahabatan, persaudaraan...
Mungkinkah aku benar tak sanggup pabila kita terlalu sayangkan,sukakan,minatkan sesuatu, ia mudah hilang dari kita.. Atau pun aku jenis yang sengaja membiarkan peluang yang datang itu begitu sahaja..


Berbalik pada tajuk asalnya yang Hafiz buat gimik lepas kena tembak tue... aku yang menonton kat rumah pun turut sama menjerit kecil HAFIZZZ... Mengapa? hehehe mestilah aku tengah feeling layan lagu tue... Ingatkan betul-betul jatuh.. Adeh.. kat part tue nampak sangat aku nampak 1 kehilangan membawa impak yang besar pada semua orang. Tak kira la siapa jua individu tersebut... Aku cukup takut akan kehilangan sesuatu atau orang yang aku sayang.. biar pun hanya aku yang sayang..

Aku memang tak suka akan kehilangan. Jika aku terasa akan kehilangan,aku mula memberi ruang buat aku sebelum aku benar-benar melaluinya. Sesiapa sahaja pernah berasa sedemikian.. Namun ada jua yang lebih tabah menghadapinya.. Jauh di sudut hati aku.. AKU MEMANG TERASA KEHILANGAN....

Puas aku pulihkan... puas aku lenyapkan.. segalanya aku cuba buat.. Tapi aku tetap ingat, dan mungkin ingat sampai bila-bila... Ya Allah, kau jauhi aku dari segala buruk sangka padanya, berikan aku kekuatan untuk menempuhi,melupakan kisah silamku..Pandulah aku sentiasa mengingatiMU... Terima Kasih Ya Allah..





Monolog dalaman..
AkUtakPuNyaH@ti

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..

Selamat Kembali..