1.1.11

Cunnya no kat atas tue...!! Happy New Year 2011... Orang tengah Happy-happy moto aku pulak yang wat pasal.. nie kes teringin mau makan Char Kuey teow depan Shell Batu Caves la nie.. Adeh...

Semalam balik keje aku rehat-rehat jap lam bilik.. petang tu dalam kol 6 aku kuar sorang-sorang g KLCC.. Tujuan nya nak cari Butik Padini,Vincci or butik bawah naungan Padini Holdings. Rupanya semua butik tue dah dipindahkan dan di gantikan dengan kedia jenama lain.. so.. aku pon naik tren terus ke Bukit Bintang. Niat haai nak p Pavillion,tapi macam xcukup masa jer..


Setibanya di bukit bintang,aku masuk ke BB Plaza.. adoi... punya la ramai orang... Pak ARab la Mat Salleh la...macam-macam ada.. pusing -pusing kat dalam tue,aku jumpa butik SEED.. maknaya aku kena beli t-shirt or apa sahaja tuk gunakan kupon yang aku dapat RM10. pilih -pilih,cuba yang itu,cuba yang ini.. akhirnya aku bali t-shirt yang ada diskaun 50%.. dan ditolak RM10..harga baju tue tinggai la RM19.50.


Lepas tue aku masuk Metrojaya tuk cuci-cuci mata tengok handbag untuk kawan aku... banyak jugak sale.tapi kebanyakkan nya sampai hari esok ja... Then terus jea aku g kat monorail..terus balik umah.. Malam tue aku kuar g makan Char Kuey Teow Kat depan Shell Batu Caves. Kat situ antara yang tersedap jugak la.. Selain tue ada menu lain seperti nasi lemak,bihun sup,kuey teow kerang+ pucuk paku.. SEDAP!!!! Kami pergi bertiga dengan Cik mimi dan en.Poda..


Lama jugak nak tnggu orang amik order.. sebab dorang ingatkan dah abes makan.. duduk meja yang belum dibersihkan lg.Maklum la meja kosong sold out. Siap makan dalam kol 11.30malam..
Masa datang tu moto aku ok lg... Lepas sambut new year,otw nak balik umah, moto pulak pancit, huhuhuhuhuhhu.. sian aku.. bawak jugak la slow-slow sebab takut nak benti tepi jalan.. akhirnya sampai jugak umah.. pak cik polis pun banyak malam semalam..sib baik tak kene roadblock..

Hari nie aku g keje jalan kaki.. huhuhuhu lama nya tak jalan kaki p keje.. sampai tempat keje ngam-ngam kol 7 pagi.. huhu FENAT!!!! balik pon aku menapak lagi.. mau kuar g cari pomen pulak..:D

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..