Hidup dan pilihan



cilok pic by encik yahoo... tq





Andai kamu masih hidup,memang tak kan lari dengan membuat pilihan... Setiap apa yang kamu pilih mempengaruhi apa yang kamu bakal hadapi seterusnya.. Memilih perkara yang baik semestinya dituntut agar mendapat result yang baik.. andai memilih perkara yang buruk,sudah pasti ianya akan mendapat result yang tidak baik... Setiap pilihan terletak pada diri sendiri.



Begitu juga aku.. tak kan lari untuk membuat pilihan apa sahaja dalam hidup.. Aku percaya semua ini adalah dugaan serta ketentuan dari-Nya. Terdapat sebab dan asbab yang mempengaruhi setiap pilihan kita.. Untuk membuat pilihan, kita perlulah sentiasa berada dalam keadaan tenang,memohon kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan membuat pilihan.. Berat telinga mendengar,berat lagi otak yang ligat berfikir tentang penyelesaiannya..



Setiap pilihan yang akan dibuat adalah berlandaskan kebaikan serta petunjuk dari Dia. Walaupun pilihan kita tak seperti yang diharapkan,pasti terselit sedikit kebaikan dan kegembiraan. Dengan itu..buatlah pilihan sengan waras serta berfikir dengan positif dari segala sudut. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku adalah kehendak Dia Yang Maha Esa untuk menguji kita sebagai hamba-Nya..



Insyallah pilihan yang aku buat ini diharapkan menyenangi semua pihak walupun terdapat cacat celanya.. Yang baik itu dari Dia,yang buruk itu sudah pasti dari diri ini yang tidak sempurna...




Allahhu Akbar...Amin..

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..

Selamat Kembali..