..Apa pun HATI KENA IKHLAS..

Assalammualaikum wbt...dan Salam 1 Malaysia..


Apa khabar semua? harap-harap sehat-sehat belaka yer... Kalau tak sehat,sila dapatkan rawatan segera...


Hari nie nak cakap bab HATI dan IkHLAS... dua-dua perkara nie memang tak boleh dipisahkan.. Untuk berbuat sesuatu perkara mestilah datang dari hati,dimulakan dengan niat.. barulah kita akan merasa ikhlas.. Memang ada pepatah mengatakan jika ikut hati,akan mati.. ini berkait rapat dengan perkara yang buruk jika kita tidak dapat berfikir dengan waras menyebabkan kita akan bertindak secara luar kawalan dan akan membawa kebinasaan..

Maka hati selalulah kita pelihara dengan mengingati Allah,zikir serta melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan akhirat.. Begitu jua empunya diri,pabila sesuatu perkara mendatang yang menyebabkan hati kita resah.. cepat2 kita melaksanakan solat agar di beri ketenangan..maka dapatlah membuat keputusan sewajarnya..

Kini aku di Pulau Pinang.. kepulanganku tadi amatlah terasa rindu pada tanah tercinta ini.. seperti berbulan tidak pulang.. Alhamdulillah aku selamat sampai di sini pada jam 2 petang.. Aku melaksanakan puasa 6 sebelum tamat syawal yang penuh kemenangan... Syukur.. dapat jua aku melaksanakannya dengan sempurna.. Insyallah niat yang baik akan di akhiri sengan sesuatu yang baik.. Mudah-mudahan.. Pada malamnya kami sekeluarga makan di luar sempena menyambut hari kelahiran kakak ku.. Time kaseh belanja kami.. Semoga bahagia di samping orang tersayang dan mendapat cahaya mata...

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..