Sorry, if im hurting you..

"Sorry if im hurting u or made mistakes..Take Care"

Ungkapan tersebut diutarakan oleh seorang kawan yang agak lama saya kenali..Kami berkenalan hanya melalui telefon.. Bermula dengan pesanan ringkas(sms) kemudian diikuti dengan panggilan telefon demi telefon. Minggu demi minggu, tahun demi tahun.. Ada saja cerita yang kami bualkan hingga terselit cerita-cerita yang kurang enak di pendengaran saya. Mulanya saya biarkan kerana hendak melihat setakat mana tuturkata dia. Namun tahun demi tahun,dia masih tidak berubah. Hingga hujung tahun lepas saya kurang menjawab sms dari dia dan sentiasa sibuk dengan tugas harian. Mungkin dia telah  merasa bosan.Setiap kali perkara itu dituturkan,saya cuba mengelak dengan soalan-soalan dan cerita lain. Dengan harapan dia mengerti dan tidak kembali kepada topik tersebut.


Hari ini,pagi hari saya terima ucapan di atas tanda DIA minta maaf atas kesalahan beliau sepanjang perkenalan kami. Walaupun kami duduk di daerah yang sama,namun tidak pernah bertemu janji. Sudah pasti boleh tahu apa sebabnya? Berjawatan tinggi tetapi cara pertuturan terlalu kurang enak..Saya amat simpati dan berdoa agar dia berubah.Alhamdulillah dia sudah sedar diri dan ungkapan itu dikirim melalui pesanan ringkas.Jadi saya nasihat agak DIA tidak melakukan sedemikian pada orang lain.Cukuplah berubah menjadi lebih baik tanpa perlu orang tahu,cukuplan ALLAH tahu. Saya akui saya pon bukan insan yang baik. Tapi dalam setiap perhubungan sesama insan,perlulah kita melakukan yang terbaik agak diberi keberkatan atas ukhwah tersebut. Saya doakan agar DIA ditemukan jodoh yang baik dan mendapat keredhaan Allah. Tak susah untuk ke arah kebaikan. Kami masih kawan..Terima kasih atas ungkapan tersebut. Satu perkara yang sangat susah diungkapkan,Namu DITUNTUT demi sebuah persahabatan..

Comments

At least dia sedar yg dia telah menyakitkan hati awk...klu yg xsdr2 lgsg or buat2 xsdr...lg jenuh!!!
Semoga awk sentiasa dlm pemeliharaan Allah swt...
!eNa PnG said…
eikorina...


Alhamdulillah dia da sedar...
harap-harap dia benar-benar berubah la...
TQ..

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..