..i fOlLow U..

Wednesday, December 12, 2012

Majlis akad nikah dan Henna..

Assalammualaikum wbt.. Salam 1 Malaysia... Berbaik kepada cerita di majlis perkahwinan sepupu saya..30.11.12 pada sebelah pagi adalah hari akad nikah bagi sepupu saa Sikin dan Zack. Majlis berlansung di Masjid Abdullah Fahim,Bertam Putra Kepala Batas.. Masjid baru dan sangat cantik... Dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri.Sayu pulak bila sesi penyerahan Ibu Bapa kepada si suami.. Semoga mereka menjadi pasangan suami isteri yang diberkati Allah.. Amin..

Pasangan menggunakan pakian dari butik Sri Anggerik Sg Petani..Simple dan cantik.
 
 
 
Pada malamnya...sesi tahlil dan sesi berhenna bersama saya.. hehehe memang sengaja nak pakai malam nie.. sebab lebih senang dan kerja-kerja buat bunga telur dah setel.. Lepas Tahlil,kami naik ke bahagian atas dimana letaknya pc kat ruma tue..Henna dan ada tapi tak tahu nak buat design macam mana..Jadi,terus ke google dan taip henna.Keluarlah macam-macam design..Lepas pilih-pilih,terus ja  ambil minyak cap kapak lumur di kawasan yang nak dilukis..Ni lah hasilnya.. hehehehe ok la kan..

 
 

melukis sambil tengok gambar kat google...
 
hasilnya...

dibuka untuk tempahan...hahahaha
 
 
Jadinya..selesai sesi berhenna..pengatin pulak nak tambah inai... lepas dah bubuh,rupanya inai dia jadi tak elok,bercapuk-capuk...dan agak hitam..huarggghhh...siannya... terpaksalah google pulak cara nak hilangkannya.. mula-mula cub rendam dengan air asam jawa...tapi tak berapa menjadi.. lepas tue saya bancuhkan air suam dengan garm dan minta rendam selama 15-20 minit..kemudian scrub dengan garam.. Alhamdulillah berkesan....Akhirnya pengantin rendam jari dalam air garam sampai pagi...

No comments: