..i fOlLow U..

Wednesday, December 12, 2012

1.12.2012..

Hari ini merupakan Majlis Langsung Perkahwinan Syikin dan Zack..Pagi-pagi dan bangun pergi cari sarapan sebelum nak makan kenduri.. Jam 10 pagi Syikin mai ambil kami kat rumah kakak di Bertam Perdana. Kami serta saudara yang lain berkampung di sana. Senang dan selesa..Kami si dayang-dayang terdir dari pada sepupu-sepapat yang rapat  terus menuju ke bandar Sg Petani untuk Make-Up.Sampai di sana ada beberapa pasang pengantin tegah menunggu untuk disolek. Kami yang terakhir,maka kenalah tunggu semua siap. Sebab lambat lagi nak di solek,aku pon  keluar dengan Nana mencari bunga segar untuk ditambah pada tepak sireh.Lepas pusing-pusing terjumpa la kedai india yang agak besar dan bunganya cantik..terus aku pilih dan beli 10 kuntum. tangkai rm2.50.. huish... boleh la.harga standard..

Lepas tu terus pergi butik balik untuk ambil pengantin dan terus bergerak balik ke Kepala Batas. Pengantin offer aku untuk make-up tetapi aku menolak sebab kekangan masa dan malas na bukak balik selendang yang aku pakai...Akukan pengapit pengantin...hehehe ayat macam ek kan,hehehe Pengapit pengantin lelaki ja yang make up..siap betlipgloss lagi.. hehehe jambu... Then aku amik alih jadi driver la bila pengantin dah tukar baju..

Sampai jer terus kami teruskan misi membuat sireh junjung..cuma tambah bunga jer..memang dah siap deco oleh A to Z menggunakan sireh yang palsu..

idea dai A to Z,Penang..
 
 
Tangkap gambar dulu sebelum menyambut...Pengantin dan pengepit..

Berjalan ke hadapan khemah yang diserikan degan hujan rahmat...terpaksa tukar plan..bergambar dengan dayang-dayang..
 

Acara silat disertai bunyi serunai mngiringi acara berarak..

Siap sedia dipelamin menunggu acara bergambar dan renjis-merenjis.. 
 


Renjis-renjis dipilis..
 
 
 Sesi makan beradap..meja dah penuh jadinya..pengapit perempuan beri laluan pada pengapit lelaki untuk makan bersama pngantin.Pengapit perempuan makan kat meja lain degan sepupu sepapat yang lain.

Kemudiannya diikuti oleh Sesi potong kek oleh pengantin..

Seterusnya beramah mesra dan sesi photo booth..
 
 
Alhamdulillah selesailah acara di sebelah perempuan...
 
 
 

No comments: