..i fOlLow U..

Tuesday, December 1, 2009

- a!diladHa -


setelah 4 hari bercuti di kampung...keriangan aidiladha tidaklah begitu terasa..kunjungan sanak saudara tidaklah sehebat aidilfitri yang lalu.itu tidak menjadi penghalang untuk ku terus berada di kampung. Malah lebih menyedarkan aku apa erti sebuah pengorbanan. Erti pengorbanan sebenarnya ialah org yang sanggup berkorbanan tidak mengira waktu,tenaga,jiwaraga,harta,kepentingan diri dan sebagainya.. Sesudah berjemaah solat sunat aidiladha,seperti biasa khutbah diperdengarkan..ini memperingati kembali peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anakandanya yang tersayang Nabi Ismail a.s.. aku terfikir apakah pengorbanan yang aku dah buat selama masih bernyawa nie....? mungkin pengorbanan yang aku buat tidaklah sehebat mana... tapi demi keluargaku..aku rela berkorban apa saja... Biarlah apa yang kita korbankan itu menjadi kekuatan,menjadi motivasi pada diri kita..moga dapatlah sentiasa menjadi panduan untuk hidup ini. Pernah jua ku berkorban demi sahabatku.. biar pun aku dalam kesusahan pada masa itu... aku bersyukur sedikit sebanyak dapat meringankan beban sahabatku itu. Berkorban kasih.. semestinya andai kita sudah tidak diperlukan lagi pada satu masa. Semoga dengan pilihanmu itu bisa membawa kau ke jalan bahagia..Ku di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan buatmu.. Terima Kasih kepada sanak saudara yang masih mengingati diri ini..rupanya aku tidak keseorangan walaupun sekadar bertegur sapa saja bila mengunjungi kenduri doa selamat sedaraku. Masih diingati oleh guru sekolahku,jiran-jiranku,sahabat-sahabatku...alhamdulillah..syukur. Kini aku sedar biarlah berada di tahap manapun andai kita berbuat baik,baik lah balasannya..dan diri anda sentiasa diingati walau di mana jua anda berada.. di kesempatan ini..ku ingin memohon maaf andai kesilapan lalu masih segar dalam ingatan kalian..semoga kalian berbahagia..:) salam aidiladha..


2 comments:

Marzalina said...

setiap kali hang balik..selalu tak dapat jumpa..tak palah...blom ada rezki kita nak hang out sesama...selamat hari raya iena!

[[ iena_png ]] said...

intan : tue la pasai...nak wat cam na.. nad yg dok dekat tu pon aku xberkesempatan nak jumpa.. asyik terserempak ja ngan bapak di a:))