..i fOlLow U..

Friday, April 16, 2010

.....penat seminggu.....



penat bekerja....
minggu nie sengaja aku tak amek cuti, aku simpan cuti tuk ke KUCHING pada minggu hadapan. sendiri yang jerat diri sendiri..padan muka kau..!

penat berfikir....
banyak benda yang berlaku seminggu nie.. daripada hal peribadi melarat ke hal-hal lain... semua membuatkan aku terpaksa berfikir.sampai tak tahu mana satu yang nak fikir dulu..

penat mendengar keluhan....
bila kita mula dengar keluhan seseorang,dengan harapan beliau akan berasa tenang... sebaliknya,kita tak dapat menenangkan hati sendiri.. tak mampu memberi jawapan yang sepatutnya..kerna jawapannya aku belum ketemu..

penat melayari laman sesawang....
seminggu ini aku begitu aktif di facebook,maklumlah..ada orang pinjamkan aku broadband..dapatlah aku mengupdate apa yang patut... MACEH yea..

penat berbelanja....
pantang ada jualan murah,aku mengambil kesempatan beli stok apa yang patut... kalo nak tunggu hari biasa,memanglah tak dapat harga yang murah.. hehehe penuh bilik aku ngan stok-stok baru... puas hati..

penat merindu...
dari tahun ke tahun,bulan ke bulan,minggu ke minggu,hari berganti hari, aku tetap jugak nak merindu dak sorang tue...walaupon aku tau,dia tengah bahagia dengan orang tersayang. namun jauh di sudut hati aku tetap ingatkan dia.. susah rasanya nak buang orang yang kita pernah sayang dalam hidup nie..aku tidak sama sekali menanti..penyebabnya,dia tengah berbahagia.. mana mungkin aku bisa menghancurkan kebahagiaan dia..hanya doa aku kirimkan buat dia di sana.. AKU PASRAH...

penat selsema...
penat seminggu belom hilang lagi...terjangkit pulak dengan virus selsema ngan batuk...hampir-hampir aku demam...dah aku memang demam pon semalam.. peritnya bila nak jaga diri sendiri..diri orang lain aku boleh jaga... :( alhamdulillah aku semakin pulih..dapat bekerja jua..

penat terbang....
dalam bz,bz aku nie..aku tak lupa membaca novel-novel yang telah aku beli pada pesta buku yang lalu... berjangkit pula pada member sebilik aku... lepas satu,satu novel baru aku buka... aku mula melayang dalam dunia ciptaan penulis... terbang mencari arah tuju...cuba menghayati.. menganalisa,melihat kembali kedudukan diri sendiri.. mencedok apa yang baik,yang boleh di buat panduan..

penat melihat...
melihat ke sana,ke sini perangai,ragam,ego,cara dan segala-galanya tentang diri dan manusia di sekeliling.. menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sedia ada.....

penat dan akan tenat....
kalau aku tak berehat,aku akan tenat dengan semua nie.. aku mesti rehat... sebelum berehat,semua nie ingin aku bereskan.. baru dapat aku berehat dengan tenang....




maafkan aku andai salah dan silap aku amat terlihat oleh mata-mata di luar sana...:) aku hanya manusia biasa...ingin serta menyayangi orang di sekelilingku... perbaiki diri...hiasi peribadi... memberi dan menerima.. namun aku juga bahagia dalam kehidupan yang penat ini,walau masih belum cukup sempurna...


....HANYA MAMPU BERDOA PADANYA YANG MAHA ESA.....

4 comments:

Buzu Ediany said...

...fuhhh penat jugak baca 'luahan yg penat...hehehe takpa2 nnt leh release kepenatan tu kt kuching...best tau jalan2 kuching...

!eNa PnG said...

mu....


hehehe maceh penat ja dok baca kan...
harap-harap dapat la kawe release tension skit masa kat sana...

Marzalina said...

aku pun penat gak fadh..penat jaga exam sepanjang minggu ni huhuhu..sampai tak sempat2 nak update blog!

!eNa PnG said...

intan


tue la pasal....
aku nak p berehat 4 hari kat kuching...:)