Jalan-jalan Carefour..

Assalammualaikum wbt... Lepas subuh aku terus tido balik..9.30 pagi aku dikejutkan untuk bersiap-siap ke Carefour.. Lepas mandi,sepasang jeans dan t-shirt berlengan panjang aku sarungkan..Mengenakan tudung berwarna coklat siap sedia menjadi pemandu kereta kepunyaan pak cik.. Aku membawa mak cik serta dua orang anaknya ke sana.. Tujuannya hanya mahu memilih kain untuk dijadikan pasangan pada baju yang telah ditempah..Kes nak buat baju raya la nie...

Siap parkir wira hijau itu lalu kami beriringan berjalan masuk ke pintu utama Carefour..orang mula membanjiri tempat itu.. Kami terus memasuki kedai Nagoya yang tak kurang juga pelanggannya.. satu demi satu kain kami mencari.. akhirnya terjumpa kain kosong yang mempunyai dua ton warna yang amat padan sekali.. lantas setelah memadankan dengan kain yang dibawa,ternyata sesuai.. bil dibuka dan urusniaga selesai..

Kami berjalan keluar dari kedai itu,deretan kedai-kedai yang ada di situ kami lewati.. banyak baru kurung moden yang sudah tergantung indah menanti pembeli.. ada sepasang dua yang aku berkenan..namun aku biarkan aja..tidak mahu memilikinya..cukuplah dengan 2 pasang baju yang telah ada.. singgah di kedai buku.. aku memilih membeli majalah Pengantin..dah lama akuu tinggal hobi yang satu itu...maka,aku membelinya sebagai bahan rujukan fesyen terbaru untuk aku melaksanakan tugas baru iaitu membuat hantaran buat sepupuku..

Lepas kerja aku terus pulangg dan membersihkan diri..Lalu halaman-demi halaman aku teliti..dalam otak berligat-ligat memadankan barang-barang yang ada dengan gambar yang ada..Lantas buku dan pen telah pun berada di tangan..catatan demi catatan aku mulakan..mudah - mudahan hasilnya bagus..

Puas meneliti.. aku pon menutupnya dan memikirkan apa yang perlu di beli untuk memulakannya nanti...Mata mulai layu..dan doa dibaca tandanya mahu beradu..Selamat malam semua..:)

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Sampai Hujung Nyawa..

Selamat Kembali..