Mari Menderma..

 
Assalammualaikum wbt...
Hari aku cuti kan.. petangnya aku ke hospital kerana nak menderma..
Bukannya nak derma duit,tapi aku nak derma DARAH..
Korang pernah derma darah tak?
Dah berapa kali?
Sakit tak?
 
Semua tue soalan biasa kan...
kena cucuk ngan jarum komfem  la sakit kan
Macam semut gigit jea..
Sebelum tue korang kena isi borang penderma darah.
Jawab soalan yang dorang tanya untuk keselamatan anda dan penerima darah tersebut.
lepas tue ke stesen menguji haemoglobin dan kumpulan darah.
sessi kaunserling bersama doktor yang bertugas dan tekanan darah diambil
Seterusnya cari kerusi kosong untuk duduk..
Lepas duduk,kerusi diangkat dan berada dalam keadaan baring..
Jururawat datang mengambil bag darah dan sediakan kelengkapan untuk mengeluarkan darah.. 
Suntikan ubat kebas diberi sebelum dicucuk dengan jarum yang betul.
Lepas cucuk tue kena pam darah dengan jari-jari agar darah tak cepat beku..
Lepas 20-30 minit bag darah  pon penuh dengan 450mls darah..
Jarum dicabut dan perlu meneka selama 10 minit untuk berhentikan darah.
Lepas tue dibiarkan rehat sebelum boleh bangun duduk...
Mungkin ditakuti jatuh ketika berjalan..
Lepas rehat barulah diberimakan dan minum seperti di atas.
Sijil pon ada juga..Boleh simpan sebagai kenangan...
 
 
Jangan lupa bawa buku merah jika pernah menderma darah.
oke.. Kepada anda.. jika tak pernah menderma darah,bolehlah mencuba..
Darah anda mampu menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan..
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..