..Malam Ini Aku..

Malam ini aku... Termanggu-manggu sorang diri..
Terbit rasa yang lama dulu telah kuburkan...
Mungkin jua aku terlalu menjauhkan diri...
Jauhku ada sebabnya..
Diam aku juga bersebab..
Semuanya sebab bahagia kamu kamu kamu..
Mula aku diimbau kembali..

Malam ini aku..
Rindukan ayahbonda sekeluarga..
Perkhabaran tadi menyentuh hati kecilku..
Bahawa aku belum menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak sepenuhnya..
Aku mau jadi anak itu yang tahu membalas jasa mu...
Aku yang mahu bersama-samamu tika sihat dan sakit...
Aku mahu jadi anak itu..
Namun aku punya cita...
Cita-cita yang ayahbonda jua inginkan...

Malam ini aku...
Bersyukur dikurniakan keluarga bahagia..
Dikurniakan sahabat-sahabat istimewa...
Diberi peluang berkasih sayang...

Malam ini aku...
Berterima kasih padamu Ya Allah..
Dengan limpahan kasih sayang serta rezeki yang mencurah-curah..
Semoga aku sentiasa ditetapkan hati,iman serta menjaga akhlakku...


Malam ini aku...
Ingin membahagiakan mereka...

Comments

Iryana said…
saya bahagia punya sahabat seperti kamu....
!eNa PnG said…
yana...


Mekaseh... saya pun bahagia punya kamu...:)

Popular posts from this blog

7.2.2013

Selamat Kembali..

Sampai Hujung Nyawa..